Saya sentiasa merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila Yang Mulia Pemangku Sultan Perak membatalkan arahan menteri besar Perak menamatkan perkhidmatan ketua pengarah jabatan ugama Islam Perak beberapa bulan yang lepas. Sedangkan, keluarga Di Raja Perak adalah arif dalam perjalanan undang undang.
Saya juga merasakan rasa tidak senang yang disuarakan oleh peguam Karpal Singh dalam isu tersebut ada asas undang undang.
Kemudian rasa ada sesuatu yang tidak kena itu menjadi semakin kuat apabila semasa berlangsungnya muktamar PAS di Ipoh, pada awalnya diberitakan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang akan berkhutbah jumaat, kemudian kebenaran tersebut dibatalkan.
Sekarang sesuatu yang tidak kena itu sedang tersingkap dan terlondeh sedikit demi sedikit. Ada tangan gatal yang mencatur perjalanan politik di Perak. Kalau ada tangan gatal, ubatnya ialah potong saja tangan tu. Atau kalau nak berpolitik, terjun dalam kancah politik.
Sebab itulah alim ulama kena bersama dengan gerakan Islam. Bukan bersama para nasionalis. Memang banyak lagi alim ulama yang kabur tentang gerakan Islam.
Kalau terus kabur, yang memanggil ialah kubur.