Sunday, October 5, 2008

RUMAH MUTA LIGAT KENA BANJIR TAK?

Assalamualaikum,


Beberapa bulan yang lepas Muta Ligat ada bercerita kepada saya yang kawasan taman perumahan di mana beliau tinggal sering ditenggelami oleh banjir. Pada kejadian banjir Sabtu 4 Oktober 2008, ingin juga saya tahu samada rumah beliau dinaikki air atau tidak.
Saya ingin sekali menilai sebab sebab banjir sering melanda Batu Berendam, tetapi dalam masa yang terhad ini, saya tidak dapat melakukannya. Walau bagaimana pun terdapat perkara umum yang boleh dijadikan panduan kenapa banjir berlaku.
1.Faktor meteorologi- secara mudahnya ini adalah faktor hujan. Kalau hujan lebat, ditambah pula dengan masa yang lama, maka air larian akan dihasilkan dengan banyak, dan ini akan menjadi punca penting berlakunya banjir. Faktor ini adalah diluar kawala manusia.
2. Faktor hidrologi. Ini adalah keadaan sungai, alur, kawasan tadahan, aliran air serta proses proses hidrologi. Sebahagian besar daripada faktor ini adalah diluar kawalan manusia, tetapi sebahagiannya boleh dikawal oleh manusia.
3. Faktor antropogenik. Ini adalah faktor kerosakan alam sekitar disebabkan oleh aktiviti manusia. Faktor ini boleh dikawal dan dikuasai oleh manusia.
Sekiranya banjir berlaku adalah disebabkan oleh faktor antropogenik, maka ia akan terus berlaku apabila hujan turun, dan kadang kadang hujan yang turun tidak semestinya lebat, asalkan cukup syarat untuk air melimpah, maka banjir boleh berlaku.
Biasanya banjir kilat adalah disebabkan oleh faktor antropogenik, dan ia bersifat reversible. Oleh itu dengan perancangan yang teliti dan memahami proses proses alam fizikal, masalah banjir ini boleh diatasi, kalau pun tidak boleh dikurangkan.
Tetapi saya rasa, faktor yang paling utama yang boleh dilakukan di Melaka ialah mengembalikan semula proses hidrologi yang telah terganggu disebabkan oleh kegiatan antropogenik. Caranya ialah dengan mengembalikan hutan di kawasan tadahan. (lihat artikel sebelum ini). Untuk mengembalikan fungsi hutan ini adalah tidak sukar. Ia cuma memerlukan political will.
Ia mungkin berbunyi janggal. Bukan kah kita telah biasa dengan tebang hutan, bersihkan hutan, bakar hutan dan lain lain lagi. Sekarang kita reverse perbuatan tersebut dengan tanam hutan.
Di mana nak tanam hutan nanti diberi tahu.