Saturday, October 11, 2008

SIAPA MAHATHIR??

Assalamualaikum,


Siapa Mahathir??? begitulah sindiran yang dikeluarkan oleh artist terkenal M.Nasir dalam satu insiden beberapa tahun yang lepas. Zaman itu ialah zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, dan Datuk Mohamed Rahmat adalah setiausha BN pada ketika itu. Apabila cemuhan siapa Mahathir? ini sampai ke pengetahuan Datuk, maka melenting yang teramat tinggilah si Datuk. Bagaimana seorang artis boleh memperlekeh perdana menteri yang sangat disayangi dan dihormati rakyat? Maka bergegaslah si Datuk mengatur tindakan yang perlu dikenakan kepada artist tersebut.
Ada suara yang inginkan artis tersebut digam, supaya lagu lagunya tidak kedengaran lagi, ada yang mahu artist tersebut dilucut kerakyatannya, kerana timbul cerita artist tersebut sebenarnya rakayat Singapura. Ada yang mahu artist tersebut ditongkangkan kembali ke Singapura.
Si Datuk begitu tegas tindakannya terhadap sebarang perlekehan dan pengecil ngecilan terhadap wira jagat Dr. Mahathir. Begitulah taatnya, patuhnya, dan enggehnya si Datuk, dan semua bala tentera UMNO terhadap Dr. Mahathir.
Tetapi sekarang anak si Datuk ini, yang bernama Nur Jazlan memperlekehkan Tun Dr. Mahathir, kerana bekas PM ni menggelarkan dia, Ali Rustam dan Mohamad Taib sebagai jokers yang ingin bertanding jawatan naib presiden UMNO.
Kalau bapaknya dulu begitu taat kepada Dr. Mahathir seperti Hang Tuah taat kepada sultan, mengapa ketaatan ini tidak ada pada anak si Datuk?
Jawapannya kan senang; ketaatan tesebut adalah ketaatan kerana mengampu. Bila sudah tidak pegang jawatan lagi, nak buat apa taat.
Kalau dia dah tak pegang jawatan, nak hormat ke hapa. Siapa Mahathir?