Walau pun ramai mereka yang kononnya anti kapitalis sedang bergembira sekarang kerana sistem kapitalis sedang mengalami keruntuhan, ingin saya mencadangkan kepada semua mereka yang menjadi pelanggan kepada ideologi ciptaan manusia bahawa semua ideologi tersebut bersifat sementara dan tidak kekal.
Walau bagaimana lekeh pun anda pandang, walau bagaimana hina pun anda persepsikan, ideologi yang dicipta oleh Allah itulah yang akan kekal selamanya dan akan menumbangkan semua ideologi artificial.
Pernah kah anda terfikir bahawa ada ideologi ciptaan ALlah? Pernahkah anda terfikir bahawa tauhid itu bukan sahaja aqidah tetapi juga ideologi? Saya mengajak semua manusia supaya mentauhidkan Allah dan ambil tauhid ini juga sebagai ideologi.
Saya menyeru Tukar Tiub memikirkannya!