Monday, October 6, 2008

SUARA CAKNA KOMUNITI ANDA .....amende

Assalamualaikum,


Anda masih ingat beberapa tahun dahulu seorang YB PAS Kelantan terpaksa menghadapi kes mahkamah kerana ia mengatakan seorang YB UMNO kurang cerdik? Istilah tersebut adalah istilah berlapik untuk mengata orang bodoh. Hanya orang tak cerdik yang mengatakan secara tanpa berkira yang orang lain bodoh.
Anda baca sebuah tabloid yang yang bermoto seperti tajuk posting ini? Seminggu dua minggu ini tabloid tersebut semacam mengambil alih tugas lidah bercabang beberapa akhbar penjuak UMNO. Semacam satu perisian dimasukkan ke dalam satu isu dengan bermotif untuk merenggangkan PAS dengan PKR dan PR, dan melunakkan pendapat PAS terhadap UMNO.
Anda baca ulusan mereka mengenai apa yang dilabelkan kononnya erdogan? Anda baca semacam perang antara Khalid Samad dengan Mustapha Ali? dan komen komen Haji Hadi? Mungkin lepas ni mereka akan komen tentang Tulang Besi dengan Songkok Putih. Tapi itu tidak penting, yang lebih penting ialah ada orang PAS yang menari dengan cakna ini.
Apabila mereka menari dengan gendang tabloid ini, benarlah apa yang dikatakan oleh YB Kelantan dulu.
Mereka ini, orang PAS ini, kurang cerdik.