Wednesday, October 8, 2008

SAMBUNGAN DIHEMPAP TEMBOK

Assalamulaikum,

saya rasa tiga tahun yang lepas, saya ada mengupah kontraktor untuk membuat ubahsuai rumah. Mereka pun buat kerja, tetapi disebabkan kurang cermat, mereka melonggokkan pecahan batu di tepi jalan luar rumah saya.
Dalam masa kurang 1 jam, datang raja tempatan, iaitu penguatkuasa pihak berkuasa tempatan. Langsung mengeluarkan saman. Yang menerima saman ialah kontraktor tersebut. Yang kena saman ialah saya, sebagai tuan rumah.
Saya segera bayar saman tersebut. Saya tidak ingat lagi berapa jumlahnya. Tetapi saya rasa tidak kurang daripada RM 150.00
Sebelum ini, kawan saya ada juga membuat renovation. Kontraktor dia melambakkan sampah sarap lebih teruk berbanding dengan kontraktor saya, dan longgokan itu pula telah berada di tempat tersebut lebih lama lagi. Tidak pula kena saman.
Kawan saya beri tahu, kontraktornya tidak kena saman sebab dia letak kotak rokok atas longgokan sampah tersebut.
Kontraktor saya tidak letak kotak rokok atas longgokan sampahnya.
Anda tahukan apa dalam kotak rokok tu.......