Saya bangun subuh hari itu terkocoh kocoh. Dah hampir sangat nak masuk waktu solat subuh. Saya bergegas semuanya. Cepat cepat keluar rumah, start kereta dan terus meluru ke surau.
Sampai di surau saya lihat jam menunjukkan waktu subuh telah masuk. Azan perlu segera dikumandangkan. Saya pun on sistem p.a. dan terus azan.
Selepas azan, saya solat sunat. Selesai solat sunat, saya tunggu jemaah lain yang akan sampai. Sementara menunggu itu, saya beramal dengan amalan biasa sebelum iqamat subuh diseru.
Saya tunggu. Tetapi lebih 10 minit jemaah lain belum sampai. Pagi ini lain benar damainya. Syahdu sekali suasananya. bening sekali sekitarannya.
15 minit berlalu. Saya sambung amalan amalan tersebut. 20 minit berlalu. Kenapa pagi ni orang tidur nyenyak sangat. Mengantuk sangat ke semua orang?
Sambil bergerak saya jeling jam yang tergantung di dinding surau. Ha, waktu solat dah lama masuk ni. Tiba tiba teringin pula lihat jam sekali lagi.
Jarum panjang dah melebihi nombor 12, sehingga ke angka 2. Maknanya sudah 10 minit melebihi had waktu 6:00 pagi. Tiba tiba teringat pula nak lihat jarum pendek. Saya pun perhatikan jarum pendek jam tersebut.
Saya perhatikan betul betul. Kemudian double check dengan jam lain yang juga tergantung di sudut lain dinding surau.
Jarum pendek menunjukkan nombor 4.