Semalam 28/1/2008 semasa dalam perjalanan ke ofis, saya keluarkan duit dari ATM di Petronas tempat saya sebanyak RM100.00. Dalam poket saya hanya tinggal RM2.00. Mesen tersebut pun keluarkan RM50.00 sebanyak 2 keping.
Saya beli akhbar Sinar harian RM1.00. Dalam poket saya tinggal RM101.00. Dua keping RM50.00 dan satu keping RM1.00.
Waktu zohor, saya pergi solat, masukkan RM 1.00 dalam tabung masjid. Dalam poket saya tinggal RM100.00 dalam bentuk 2 keping RM50.00.
Sebaik sahaja start enjin kereta selepas solat, datang seorang menghampiri saya. Tersongeh songeh, dan buat muka sadin. Dia kata: encik, tolong saya, saya perlu ini....... sambil menunjukkan kertas kertas yang nampaknya menyokong apa yang ia dakwa.
Saya sudah 36 tahun berjemaah di masjid ini. Dah tahu sangat hal hal seperti ini. Memanglah orang ini datang minta duit. Kadang kadang anda unsur kedekut dalam diri manusia. Saya rasa saya tidak terkecuali. Kalau hendak menderma, kita, termasuk saya, akan cari wang tukaran yang paling kecil sekali untuk diderma atau disedekahkan.
Tetapi saya sudah tahu, dalam poket saya yang ada hanya dua keping not RM 50.00. Tanpa melihat hamba Allah ini, dan tanpa memeriksa surat surat yang cuba ditunjukkannya, saya pun seluk wallet, keluarkan satu not RM 50.00, beri pada dia, masuk gear, dan jalan.
Saya berkata pada diri sendiri, itu adalah duit yang tidak boleh aku pertahankan. Tinggal 1 keping RM 50.00 lagi, sebab lunch saya bawa bekal.
Saya di ofis sampai magrib. Solat magrib di masjid yang sama. Selesai solat, hari mula hujan. Cepat cepat pergi ke kereta. Sebaik start engine, entah dari mana datang seorang, rupanya macam orang dari India atau Bangla. Meminta minta dalam bahasa yang saya tidak faham, tetapi orang ini boleh cakap satu perkataan: makan! sambil mengisyaratkan menyuap mulut dengan tangannya.
Saya kata ma fi. Dia tak paham pula. Sambil saya mengikat tali kasut, dia terus merenget renget: makan, makan. Kemudian dia baca Surah AL Waqiah. Saya tahu itu surah Al Waqiah sebab tiap tiap hari saya baca surah itu. Saya tahu apa fadhilat surah tersebut, iaitu Allah akan memberi rezeki kepada pembacanya dari sumber yang pembaca tersebut tidak menjangka. Sebab itu Abdur Rahman bin 'Auf, walau pun kaya semasa hayatnya, tidak risau meninggalkan anak anaknya. Kerana beliau bekalkan anak anak beliau dengan Surah Al Waqiah, dan bukan dengan harta yang beliau punyai.
Tiba tiba hati saya terbuka untuk menghulurkan kepada peminta ini. Seluk poket. Ambil wallet. Beri dia RM 50.00. Di hujung kerlingan saya, kelihatan macam dia antara percaya dengan tidak. Saya kata dalam hati, itulah kelebihan surah Al Waqiah.
Masuk gear. Jalan. Dalam poket aku sekarang ada RM 00.00