Saturday, January 31, 2009

PILIHANRAYA DALAM MASA TERDEKAT?

Assalamualaikum,


Senarai nama nama yang menggelongsorkan UMNO dan BN semakin menggemuk setiap hari. Nasarudin, Kugan, Arif Shah, Mutupalaniappan, Tajol, Pewaris, dan macam macam nama lagi sedang rancak memenuhi senarai ini.


Sedangkan pelbagai usaha sedang dijalankan agar gelongsoran ini dapat dibrek dan diberhentikan. Pada masa yang sama, masa terus berjalan, dan tarikh menggerunkan Mac, 2009 semakin hampir. Kenapa menggerunklan? Kerana tarikh tersebut adalah watershed yang mengukur kredibiliti banyak pihak .


Kredibiliti ini mesti dikembalikan. Tidak ada cara lain lain untuk mengembalikannya melainkan dengan mengadakan pilihan raya umum dan menang. Sekiranya menang, semua dosa dan masalah boleh disapu dan disorok bawah karpet.


Tetapi, katakan pilihanraya umum segera diadakan pada bulan Mei 2009, BN boleh menang ke?
Kalau kalah?