Thursday, January 29, 2009

SOLAT

Assalamualaikum,




Rukun Islam yang kedua ialah solat. Atau sembahyang. Ini adalah suatu tugas yang difardhukan kepada semua orang Islam. Pentingnya solat ini sehinggakan perintah mengenainya diambil sendiri oleh Rasulullah s.a.w. langusng dari Allah semasa isra' dan mikraj.


Masa yang diambil untuk solat tidak lama. 5 minit paling maksima. Tetapi ia bersifat berulang ulang 5 kali sehari sepanjang hayat.


Saya seru kepada semua orang Islam sedunia, atau kalau ada muslim di angkasa lepas sana, untuk mengerjakan solat seperti yang diajar oleh Muhammad s.a.w.


Tetapi ibadat solat inilah yang paling banyak ditinggalkan oleh umat Islam. Ada yang meninggalkan 1 solat. Ada yang 2. Ada yang 3. Ada yang 4. Ada yang 5.

Ada yang meninggalkan solat 1 hari. Ada yang 1 minggu. Ada yang 1 bulan. Ada yang 1 tahun. Ada yang bertahun tahun. Ada yang berdekad.

Dalam kebanyakan keluarga di dunia ini, bukan semua, ada sahaja ahli keluarga yang meninggalkan solat. Kalau tidak anaknya, bapanya. Kalau tidak bapanya, emaknya. Datuknya. Neneknya. Cucunya.


Perhatikan keluarga anda. Saya berdoa janganlah ada diantara ahli keluarga kita yang meninggalkan solat. Latihlah mereka dari kecil untuk mengerjakan solat. Peringatkan mereka untuk mengerjakan solat sehingga ke liang lahad.


Saya berdoa semua muslim yang membaca tulisan ini tetap teguh mengerjakan solat.


Kalau ada yang tertinggal, saya berdoa agar Allah mencampakkan hidayahNya, inayahNya, rashadNya serta rahmatNya kepada anda.


Semuga tulisan ini menusuk qalbu kita semua untuk tunduk kepada Allah.