Semasa ke tanah suci, saya, dan ramai orang lain juga membeli kalungan tasbih ini untuk kegunaan sendiri dan mungkin juga untuk dihadiahkan.
Kalungan butir tasbih ini adalah sejenis counter atau pembilang untuk membilang zikir yang dilakukan.
Semasa membeli tasbih ini untuk dijadikan hadiah saya sering terfikir, kadang kadang tidak ada manfaat menghadiahkan seseorang itu item ini. Sebab zikir itu sendiri telah ditinggalkan oleh ramai manusia Muslim.
Tasbih ini hanya layak bagi orang orang tua, orang yang menghampiri kubur, dan tidak seiring dengan perkembangan semasa.
Zikir adalah bacaan bacaan , kata kata dan kalimah kalimah yang diajar oleh Rasullah s.a.w dan diajar oleh Al Qur'an untuk menjadi pengisi bagi rohani orang Islam.
Iman seseorang ada turun naik. Ada masa ia rajin beribadat, kebanyakan masa ia malas. Kadang kadang orang Islam lebih membenci Islam dan merendahkan Islam berbanding orang bukan Islam. Ini menunjukkan power dalam dirinya kurang atau tiada langsung. Seperti bateri rohaninya telah kehabisan.
Untuk berada dalam keadaan bateri itu sentiasa berkuasa, zikir adalah jalannya. Zikirlah dengan apa yang diajarkan oleh Rasullullah, seperti: subhanallah, alhamdulillah, allahakabar, lahaulawala quataillabillah dan lain lainnya.
Semua makhluk sentiasa berzikir. Termasuk anda sendiri. Kalau anda tidak zikir dengan zikir yang diajar oleh Islam, anda akan berzikir dengan zikir yang diajar oleh hiburan terkini.
Sebab itu anda bernyanyi sendirian. Itu adalah zikir anda.
Sebab itu anda bercakap sendirian. Itu adalah zikir anda.
Sebab itu anda tersenyum sendirian. Itu adalah zikir anda.
Sebab itu anda berangan sendirian. Itu adalah zikir anda.
Gantikannya dengan zikir yang diajar oleh Islam, dan jadikan rohani anda sentiasa ada kekuatan dengan di charge oleh bateri ajaib ini. Dan kalungan tasbih itu akan membawa makna kepada anda.
Tidak lagi ia hanya hiasan digantung dalam kereta.