Tuesday, July 22, 2008

HAL MUZAKARAH LAGI

Assalamualaikum,
Saya katakah hal muzakarah UMNO-PAS ni macam ni:
Mengapa perlu diadakan?
1. UMNO kalah banyak kerusi dalam pilihanaraya. Cengkamannya kepada kuasa kian terlepas
2. Orang yang ketagihan, akan mengalami keliuran kalau tak dapat apa yang ketagihkannya. UMNO ketagihan kuasa. Bila hilang banyak kerusi dalam pilihanraya, tetapi mengalami spasm berat. Kalau PAS dapat dijinakkan, ketagihan tersebut dapat diubati.
3. Hal perpaduan Melayu, keutuhan Islam itu ialah camouflouge. Sekiranya dapat kekuatan politik, hal itu diterajang jauh.
4. PAS mempunyai kekuatan. Kalau PAS dapat ditundukkan, UMNO akan kembali gagah, dan terus boleh angkuh semula
Siapa yang meraih untung?
1. AA Badawi. Dalam keadaan keyakinan rakyat kepadanya sangat meredum, bila dia umumkan dah berlaku pertemuan PAS-UMNO, maka sirih layu mula jumpa junjung kukuh.
2. UMNO. Kalau ini berlaku, pasti ia akan diterjemah menjadi undi. Undi UMNO yang dulunya lari kepada PAS, akan kembali semula kepada UMNO.
Apakah matlamat kabir muzakarah ini?
1. Tarik PAS masuk BN.
2. Kalau tak dapat, gabungkan PAS dengan UMNO
3. Kalau tak dapat, lembutkan pendirian PAS terhadap UMNO
Untuk capai matlamat nombor 3 ini, media mesti pastikan baji dipasak antara PAS dengan PR. Itu yang kita lihat sekarang pemalu gendang UMNO menyibarkan serangan psycho yang PAS melukut dalam PR.
Siapa yang akan untung?
UMNO
Siapa yang bodoh?
PAS. Kerana budaya tok lebainya tebal sangat.
Lebai ada banyak lebai. Lebai yang paling terkenal dalam alam Melayu ini ialah Lebai Malang.
Apa pendapat anda?