Sunday, July 20, 2008

KALAU TERENGGANU, MESTI MERCEDES LA

Assalamualaikum,

Hari ini kita baca berita mengatakan Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Kereta berkenaan yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 orang Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.
Beberapa ahli Exco kerajaan negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong dilihat menggunakan kenderaan berkenaan pada majlis-majlis rasmi yang dihadiri mereka hari ini.
Kalau lah PR yang melakukan pembelian ini, maka UMNO/BN dan media perdana akan berkurun kurun menghentam tindakan ini, tetapi kalau puak mereka yang buat, apa reaksi mereka? mundane? lame duck?
Tetapi bagi orang UMNO Terengganu, Mercedes tu perkara biasa. Kalau tok penghulu cabok pun pakai mercedes, tak kan lah exco nak pakai Perdana pula.