Wednesday, July 23, 2008

MELELEH AIR LIUR

Assalamualaikum,



Hari ini akhbar menyiarkan rasa terpanggil Lim Kit Siang terhadap apa yang dihebohkan sebagai muzakarah ini. Beliau menanyakan kenapa AA Badawi hanya membincangkan mengenai perpaduan Melayu dan bukan perpaduan Malaysia, adakah AA Badawi hanya perdana menteri orang Melayu, atau adakah dia perdana menteri Malaysia?


Saya rasa cetusan perasaan LKS ini perlu diberi perhatian oleh mereka yang bersifat racist seperti kebanyakan orang UMNO, kerana yang sempit itu dalah mereka, yang terkongkong otaknya ialah mereka, sebab mereka berfikir hanya dalam ruang lingkup UMNO nya. Cuma di sini saya ingin menyatak sebab UMNO bercakap tentang perpaduan Melayu dan juga kononnya perpaduan Islam, walau pun saya percaya LKS telah sedia tahu apa yang ada dalam otak UMNO.

Perpaduan Melayu adalah satu istilah isyarat dalam politik UMNO yang membawa maksud semua orang Melayu akan undi UMNO dalam pilihanraya. Artikel 153 perlembagaan Malaysia mengenai hak istimewa orang Melayu adalah keris UMNO untuk mempertahankan diri mereka. Setiap kali mereka kalah pilihanraya, maka keris ini dihunus sama seperti seorang orang besar UMNO beberapa bulan yang lepas menghunus sebilah keris. Sesiapa yang cuba menghalang mereka daripada bergayut kepada kuasa politik mereka akan diradak dengan keris ini. Anda pernah baca cerita orang mengamuk dalam teks klasik Sejarah Melayu? Orang mengamuk ini akan meradak siapa sahaja yang melintas dihadapannya, tanpa mengambil kira salah ke tak salah, lelaki ke perempuan , dewasa atau kanak-kanak. Sifat hodoh Melayu ini segar dan dipraktikkan dalam kancah politik UMNO. Kontrak sosial ialah lesen bagi mereka untuk menjadi Ali dan kontrak Ali-Baba. Kontraknya senang sahaja. letak seorang Melayu dalam lembaga pengarah syarikat, beri dia saham syarikat, beri dia elaun, dan si Baba boleh mengaut untung sebanyak yang mungkin tanpa masaalah.


Sekiranya mereka hilang kuasa politik, maka mereka akan melaungkan kuasa politik Melayu semakin terhakis. Sekiranya ada orang meminta bantuan diberi kepada semua warga negara tanpa mengira bangsa, kaum, etnik dan segala bentuk diskriminasi, maka mereka akan melaungkan pihak tersebut mencabar artikel 153. Sekiranya ada pihak mahukan pengagihan kontrak projek dilakukan secara tender terbuka, maka mereka akan melaungkan pelanggaran kepada kontrak sosial. Maka apabila keputusan pru12 telah merobek robek cengkaman mereka kepada politik, mereka mula melaungkan perpaduan melayu, mempertahankan aratikel 153 dan terus memperingatkan masyarakat Malaysia tentang kontrak sosial. Sebenarnya mereka mempertahankan gayutan rapuh mereka kepada kuasa.
Apabila mereka ditendang keluar dari tampuk pemerintahan di Selangor, satu kejutan besar melanda mereka. Selangor adalah negeri termaju dan paling banyak duit di Malaysia, kalau negeri ini terlepas kepada lawan, padah besar menanti mereka.
Maka PAS pun dirisik, dengan umpan yang sangat menggiur dan meliurkan. Dan orang PAS telah termakan umpan tersebut.
Mungkinkah ada orang PAS telah meleleh air liur kegiuran kerusi empuk menteri besar Selangor?