Sunday, July 20, 2008

YB PUN KENA TAMPAR

Assalamualaikum,

Berlaku insiden YB Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne yang diberitakan ditampar oleh pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, kedua dua YB tersebut dari PKR. Insiden ini memang dikesali dan tidak sepatutnya berlaku dan diharap tidak lagi berlaku pada masa akan datang.
Yang hampasnya ialah UMNO/BN cuba meraih keuntungan politik dari peristiwa ini. Sekonyong konyong muncullah Ketua Penerangan UMNO dan satu ustaz UMNO dikaca tv untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia yang PR sedang menghadapi masalah yang teramat besar. Begitu juga Khir Toyo turut memberikan komen untuk memperlekehkan PR kerana insiden ini. Mereka cuba menonjolkan bahawa insiden seperti ini tidak pernah berlaku dalam UMNO.BN.
Sebenarnya merekalah jaguh dalam perkara ini. Beberapa tahun yang lepas, Karpal Singh telah ditampar oleh orang pak kiyai UMNO kononya kerana tidak menghormati sultan. Kemudian dalam tahun 1999 YB Teng, ADUN Selangor, telah ditumbuk oleh YB zakariah. YB yang menumbuk ini kemudiannya terkenal kerana membina istana, dan menemui ajalnya sebelum dapat menikmati apa yang dibinanya.
Dan senarai ini terlalu panjang untuk kita hitung satu persatu. Tetapi yang masih belum terungkai masih segar dalam ingatan kita, seperti seorang ahli parlimen PAS , Hamid Gul,mati dikapak kepalanya.
Siapakah sebenarnya yang gedebe?