Assalamualaikum,
Walau macam bertubi pun kesalahan dihempapkan kepada Md Said kerana dia membuat order kereta Mercedes, Proton tetap menerima padah buruk daripada peristiwa ini. Kalau sekiranya saya dan orang yang semakam dengan saya buat bising mengatakan mutu proton tu rendah, maka memang mereka buat tak indah. Tetapi kalau orang politik yang berjawatan tinggi membuat bising maka mahu tidak mahu pihak yang kena tuduh mesti tampil ke hadapan dan membersihkan diri.
Saya ingat lagi apabila saya membeli proton model Satria, yang generasi awal sebelum Gen2, saya mengalami pelbagai masaalah yang tidak sepatutnya berlaku pada sebuah kereta baru, tetapi tanpa dijangka saya terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah tersebut. Bila saya beli toyota Unser, tak ada apa masalah pun selama 5 tahun.
Juga proton kena tahu, jangka hayatnya tidak panjang. Selagi ia bertahan dengan strategi sekarang, lambat laun ia akan gulung tikar. Mau tidak mau, rakan kongsi perlu dicari, dan dengna adanya rakan kongsi, diharap mutu kereta nasional itu akan meningkat.
Yang menurun nanti ialah cengkaman UMNO kepada laba syarikat tersebut.