Tuesday, July 22, 2008

PADAH MUZAKARAH

Assalamualaikum,

Saya setuju dan sama pandangan dengan tuan Guru Nik Aziz (TGNA) menegenai impliksi muzakarah yang telah diadakan. Memang telah diduga, tujuan utama pertemuan tersebut ialah untuk menarik PAS ke dalam BN, tujuannya ialah untuk menyelamatkan UMNO.
Selepas ini, saf PAS akan berkocak paling kurangnya, dan saya harap tidak berpecah. Yang jelas ialah imej PAS dalam tilik PR telah terjejas. PAS mengadakan muzakarah tersebut secara ex parte vis a vis PR. Ini sememangnya akan memberi kesan kurang senang rakan kongsi terhadap PAS. Kita tidak mampu untuk bertahan kalau ada suara lantang dalam komponen PR yang dua lagi yang berteriak PAS menikam dari belakang.
Mungkin juga dalam saf PAS yang mula mencari-cari calon stadby untuk presiden, memandangkan tahap kesihatan penyandang mula goyah.
Ustaz Azizan? Ustaz Dr. Haron Din?
Pendapat anda?