Wednesday, July 23, 2008

HAL MUZAKARAH LAGI

Assalamualaikum,

Kumpulan usrah saya baru sahaja selesai mengadakan pertemuan mingguan kami. Perkara yang dibincangkan adalah sama, itu hal-hal ilmu Islam, tetapi dalam slot isu semasa kami berbincang panjang lebar hal muzakarah UMNO-PAS . Ramai yang menzahirkan kemurungan mereka. Yang paling dinanti nantikan ialah muktamar PAS yang akan datang pada bulan Ogos di Perak. Mungkinkan berlaku perdebatan hangat mengenai isu ini? Atau adakah ia menjadi perdebatan yang pakai muffler?