Friday, July 25, 2008

MENGENAI BUSINESS ACUMEN

Assalamualaikum,
Saya kira dalam tahun 1996, saya telah menghadhiri satu sesi brainstorming di rumah Kelantan bersama Tuan Guru Nik Aziz TGNA. Saya dijemput oleh Utz. Dr. Shafie Ibrahim yang pada masa itu dilantik sebagai ketua unit strategic study untuk Kelantan (Dr. Shafie Ibrahim ialah bekas calon PAS DUN Kajang dalam pru 1995). Antara yang hadhir setakat yang saya ingat ialah Utz Nasharaudin Md Isa, pada masa tu masih lagi pensyarah UIA, Utz Zulkifli (sekarang Prof. Dr. Zulkifli, AI, UM), Utz Kamaruzzan Yusof (sekarang Prof. Madya Dr. KY, UKM) dan ramai lagi.
Dalam pertemuan itu saya kemukakan pendapat saya bagaimana untuk memajukan Kelantan. Tetapi dari apa yang dapat saya amati ialah, idea yang saya kemukakan itu kelihatan terlalu janggal dan sukar diterima oleh mereka yang menjalankan polisi di Kelantan pada masa itu. Saya tidak tahu samada idea yang saya kemukakan itu terlalu kokak dan hampeh sehingga sukar diterima atau terlalu kehadapan sehingga sukar difahami. Walau apa pun, idea tinggal idea, dan sesi brainstorming tu menjadi seperti biasa, iaitu menghabiskan masa dan menghabiskan boreh, namun hasilnya tidak ada yang dapat dilihat. Cuma baiknya ialah kita dapat kenal mengenal antara satu aktivis dengan aktivis yang lain, yang sukar ditemui dalam rutin kehidupan harian kita.
Saya masih berpendapat, dan terus berpegang dengan idea ini: Sesebuah pemerintahan Islam mestilah melakukan 3 perkara besar bagi melaksanakan tanggung jawabnya:
1. Dakwah
2.Mempertahankan Islam dan seluruh warga
3.Kesejahteraan warga
Perinciannya adalah seperti berikut:
1. Dakwah. Ini adalah kesinambungan daripada tugas yang telah diwariskan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya. Tugas yang paling besar di sini ialah a. MengIslamkan orang yang belum Islam. b. Menambah baik mutu kefahaman dan ibadat orang Islam
2. Mempertahankan Islam dan seluruh warga. Tugas ini sebenarnya adalah bidang kuasa kerajaan pusat, tetapi dalam hal-hal yang dibenarkan oleh perlembagaan, sebuah kerajaan negeri boleh melakukan banyak usaha dalam bidang ini.
3. Kesejahteraan warga. Dalam hal ini, perkara yang paling pokok sekali ialah apa yang dinamakan sebagai creation of wealth. Ini bermakna, tugas yang paling utama yang tertanggung pada pemerintah ialah mencipta peluang pekerjaan. Dan untuk mencipta peluang pekerjaan inilah memerlukan kreativiti yang tinggi. Saya beri satu contoh kreativiti ini. Tahun lepas saya ke Singapura untuk tujuan conference, sambil itu saya ambil kesempatan melancung. Ada satu aktiviti berbayar yang saya dan keluarga ikuti, iaitu menyusuri sungai Singapura dengan menaiki kenderaan amphibious yang telah tidak digunakan lagi oleh tentera dan dijadikan kenderaan sight seeing. Aktiviti ini mencipta peluang pekerjaan dan menambah pendapatan. Sedangkan modalnya ialah alam sekitar , kenderaan buruk dan kreativiti.
Saya lihat pengangguran di Kelantan itu tinggi, dan apabila ada suara suara pihak lawan yang mengatakan ramai orang Kelantan berhijrah ke tempat lain untuk mencari pekerjaan, sering saya lawan hujah tersebut dengan mengatakan bukan orang Kelantan sahaj yang berhijrah mencari pekerjaan di tempat lain, tetapi orang dari semua negeri-negeri di Malaysia ini sama berhijrah, terutamanya orang Negeri Sembilan, sehingga banyak rumah-rumah buruk tinggal reput di Rembau dan di Kuala Pilah. Begitu juga orang Melaka, ramai yang berhijrah ke Selangor dana Kuala Lumpur, begitu juga orang Perak, dan orang Kedah dan, dan, dan seterusnya.
Tetapi kalau bukan untuk tujuan berhujah, memang ramai warga Kelantan yang tidak mempunyai pekerjaan, ramai yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, dan ramai yang tercari cari peluang pekerjaan di tempat lain. Maka di sinilah kreativiti pemerintahan diperlukan untuk mencipta peluang pekerjaan.
Saya berpendapat, di Malaysia ini, orang atau kumpulan yang mempunyai business acumen ialah orang Cina. Ini memang kita sama sama akui. mengapa tidak diambil ketrampilan dalam bidang bisness orang Cina ini dan digunakan dalam perancangan creation of wealth di Kelantan?
Panggil Chinese Chamber of Commerce Kelantan, dan berdailog dengan mereka untuk mendapatkan idea bagaimana cara untuk mencipta kekayaan bagi kesejahteraan rakyat. Lantik mereka dalam jawatan kuasa yang berkenaan yang boleh merancang dan memacu ekonomi Kelantan supaya ia betul-betul maju setanding dengan jumlah tahun yang telah dianugerahkan memerintah kelantan. menafaatkan semua sumber, samada sumber asli, sumber alam sekitar, sumber manusia dan sumber idea untuk dijana kegiatan ekonomi sehingga ia mampu menghasilkan mahsul yang tinggi.
Saya lihat, Singapura tak punya apa, cuma yang ada pada mereka ialah business acumen. Saya lihat Pulau Pinang sama sumbernya dengan Kelantan, tetapi kerana mereka ada business acumen, mereka menapak jauh terkehadapan.
Kelantan punyai segalanya. Ia juga punya business acumen, cuma yang berkarat.