Terbaca saya hari ini suatu berita yang mencuit dan menggaru otak saya. Ketua penerang UMNO membuat kenyataan seolah ada sesuatu yang ingin ditonjlokkannya. Cuba perhatikan laporan ini: (dari Utusan Malaysia) SHAH ALAM 19 Julai - Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberikan pembelaan sewajarnya.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, ketika ini nasib Mohd. Saiful Bukhari seolah-olah tidak diberi perhatian dan diketepikan begitu sahaja.
"Saya nampak Saiful kini seolah-olah bukan menjadi mangsa. Sedangkan mangsa sebenar ialah Saiful kerana ada pertuduhan orang meliwat dia. Nampak macam tidak lagi mendapat perhatian.
"Sebenarnya dia (Saiful), keluarga, ibu bapa, saudara mara terasa Saiful dianiaya, kita mesti mempertahankannya, kasihan tengok dia dalam keadaan macam itu," katanya .

Saya terasa semacam satu keloyaan di sini. Anda bagaimana?