Friday, January 16, 2009

ALL TRICKS IN FULL SWING

Assalamualaikum,


Dapatkah anda tafsirkan kenapakah pegawai pengurus pilihanraya PRK 036 KT, Dato' Mat Razali Kassim menarik diri daripada menjalankan tugas sebagai pegawai tertinggi proses pemilihan ini? Tentulah anda tahu jawapannya, iaitu, hadhirnya beliau akan memberi kerugian politik kepada UMNO. Sebab itu beliau mesti melepaskan jawatan tersebut.


Ini ada petanda bahawa segala bentuk penipuan dalam proses pembuangan undi nanti akan berlaku secara berleluasa. Sekiranya ketua nombor satu telah tidak boleh impartial, sehingga apabila didesak baharulah meletakkan jawatan, anda mesti membaca bahawa keseluruhan tenaga yang mengendalikan urusan pilihanraya ini telah ditaklimatkan sedemikian.


Matikan trik membeli kertas undi, membeli sementara kad pengenalan, kad pengenalan segera, melambatkan proses pengundian, menyegerakan penutupan tempat mengundi sekiranya mereka dirasakan kalau dilanjut akan merugikan, mendatangkan pengundi dari luar yang dikawal khas, mungkin oleh mereka yang mempunyai kuasa dan entah apa lagi.


Petugas PAS hendaklah mematikan usaha seperti ini seberapa segera apabila dikesan.


Selain daripada itu, kerja kuat jentera sendiri adalah lebih penting lagi. Jentera pilihanraya yang mantap dan kerja bersungguh sungguh boleh mematikan segala trik mereka.


Sementelah pun, saya baca PAS berada jauh dihadapan UMNO/BN.