Tuesday, January 13, 2009

HARTA NEGARA BUKAN HARTA KAMU

Assalamualaikum,



Selama ini UMNO sengaja buat buat tidak tahu bahawa harta negara bukan harta mereka. Mereka ni sentiasa menjadikan harta negara sebagai harta peribadi, di semua peringkat. Sebab itulah diperingkat cawangan mereka tidak punya ofis . Beribu ribu balai kepunyaan negara ditawan mereka untuk dijadikan pejabat . Alasannya: Ini harta orang ramai. Maka orang ramai boleh gunakan. Tetapi orang ramai itu mesti UMNO sahaja. Bukan UMNO tidak boleh!


Itulah smoke screen mereka. Kalau dikatakan untuk kepentingan orang Melayu, sebenarnya itu adalah untuk kepentingan peribadi mereka.


Pihak berkuasa sebuah PBT sedang menyita sebuah balai orang ramai yang ditawan oleh UMNO untuk dijadikan pejabat mereka.




Sebab itulah mereka tidak boleh diberi amanah mentadbir masjid. Duit masjid dikebasnya. Tidak boleh mentadbir koperasi. Tidak boleh menjaga tanah negara. Tanah dikebasnya. Tanah dijualnya. Tidak boleh diberi kepercayaan mentadbir negara. Duit negara dikebasnya.