Monday, January 12, 2009

BOLEH KEMPEN DI TV KE?

Assalamualaikum,





Janji nak posting semasa di Jakarta, tetapi hotel yang kami menginap, Hotel Alia Jalan Matraman, Jatinegara, internet freenya boleh diguna hari pertama, cuma tidak ada masa. Hari seterusnya internet tersebut tidak ada connection.


Sekarang Indonesia sedang rancak membuat pesiapan menghandapi pilihanraya umum April nanti. Saya difahamkan terdapat 48 parti politik yang mengambil bahagian.


Saya perhatikan semua parti politik diberi peluang untuk berkempan di TV, juga di akhbar. Saya kira di semua media arus perdana.


Di Malaysia ni, yang kita digemburkan tentang keterbukaan dan majunya kita, parti politik selain daripada UMNO dan BN boleh ke kempen di media arus perdana?