Tuesday, January 13, 2009

BIDUAN JALANAN

Assalamualaikum,




Biduan jalanan sering kita jumpa di lorong lorang di Jakarta. Pertama kali saya bertemu dengan biduan jalanan ini ialah semasa saya ke Borobudur, saya didendangkan dengan lagu Semalam Di Malaya, sebuah lagu yang popular semasa saya kecil. Hulur Rp 1k menjadikannya sangat gembira.


Gambar di atas ialah biduan jalanan yang memainkan irama keroncong. Saya rasakan sungguh unik. Ia lebih unik daripada dendangan lagu lagu pop yeh yeh oleh biduan jalanan Kuala Lumpur yang rata rata terdiri daripada OKU tiada penglihatan.


Saya rasa sungguh terpesona dengan permainan mereka. Pernah dulu di GELORA Senayan saya terpegun mendengar biduan jalanan mendendangkan lagu Sunda.


Yang pakai serban tu bukan biduan jalanan!