Thursday, January 15, 2009

PRK 036 KT: PERSIAPAN TAKTIKAL 2

Assalamualaikum,






Pernah tak anda dengar bayaran royalti hsil minyak di Terengganu bertukar menjadi wang ehsan? Adakah berita ini fitnah atau dibuat buat? Pernah tak anda dengar penyokong UMNO dan BN semuanya merestui persalinan kulit ini? Adakah ini cerita bohong?


Soalan saya; apakah yang anda faham daripada perkara ini?



Untuk senangkan cerita, saya soal, saya yang jawab. Apa yang jelas daripada peristiwa bertukar kulit daripada royalti kepada wang ehsan ialah UMNO dan BN sedia melanggar undang undang yang mereka sendiri buat. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi berkali kali, diulang ulang dan akan sentiasa mereka lakukan sekiranya mereka rasa itu menguntungkan mereka dari segi politik.



Dan penyokong mereka akan terus sokong, walaupun itu adalah salah dan salah dan salah. [tau istilah tepat untuk penyokong seperti ini?]


Dalam PRK 036 KT, mereka akan langgar undang undang dan segala peraturan. Kalau pak menteri kata tiada pengundi hantu, anda akan menjadi sangat kurang cerdik kalau anda mempercayainya.



JPN dan SPR melanjutkan waktu pejabat mereka, kelihatan bagus dan seperti beriya membantu melicinkan perjalanan pilihanraya. Anda memangnya kurang cerdik kalau anda mempercayainya.



Anda sangat kurang cerdik kalau anda berkeyakinan kehadhiran anggota keselamatan yang extra ramai itu sebenarnya untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman orang ramai. Smoke screen nya ialah siapa orang ramai itu?


Petugas petugas yang dilantik nanti kelihatan seperti profesional. Anda memangnya sangat kurang cerdik sekiranya anda menaruh harapan yang mereka akan bersikap impartial.


Anda memang sangat kurang cerdik kalau anda mempercayai semua mereka yang berkaitan dengan house of power semasa pilihanraya ini.


Oleh itu, setiap perkara yang luar biasa, setiap perlakuan yang luar biasa samada kelihatan secara luaran seperti baik, atau sebaliknya hendaklah dikomplen oleh petugas pilihanraya PAS. Petugas hendaklah sedia membuat laporan polis sebanyak yang mungkin.


Petugas yang bertugas di pusat pusat pengundian hendak bersikap sentiasa curiga terhadap petugas yang disediakan oleh mereka. Anda hendaklah memahami segala undang undang dan peraturan perjalanan pilihan raya. Sebarang penyimpangan hendaklah anda protes.



Percayalah, kalau isu sebesar royalti minyak itu boleh mereka langgar sewenang wenang dan disokong habis habisan oleh si []tegar, maka mudah sahaja mereka nanti tidak mahu memberi salinan borang 14, atas alasan, tidak bawa karbon pendua!