Saturday, January 17, 2009

RAMIFIKASI KEPALA BABI

Assalamualaikum,


Ramifikasi daripada insiden kepala babi yang dibungkus dengan bendera PAS, dan ditulis pada bendera tersebut PAS, PMI , PM ialah generasi muda yang akan mengundi dalam pilihanraya negara sedikit masa lagi akan lari daripada satu parti politik yang sekarang ini telah menyarung imej kepala babi.


Sebabnya ialah mereka berasa jijik dengan tindakan yang dilakukan ini!



Cuba anda bayangkan dalam fikiran anda, dan simpan dalam tabung sub-concious anda, apakah parti politik kebelakangan ini yang sering memainkan isu babi?


Cuba anda bayangkan lambang parti politik yang kita tahu ahlinya terlibat dengan menggantung kepala babi dipagar rumah rakyat Malaysia. Jijik kan?


Bayangkan lambang parti politik ini yang sengaja mencampakkan bangkai babi di beberapa tempat di Malaysia ini, dengan harapan kemarahan rakyat akan bangkit, dan menyokong mereka. Tetapi rakyat rasa jijik dan loya kepada mereka. Semakin banyak babi yang ditabur, semakin jijik dan loya rakyat kepada mereka. Nampak lambang parti ini dalam kepala anda? Jijik kan?


Simpan rasa jijik dan loya anda dalam fikiran anda. Semasa pilihanraya, nyahkan parti ini.


PAS adalah yang teraniaya. Gambar kepala babi dibalut dengan bendera PAS adalah menifestasi PAS dianiaya.