Friday, December 28, 2012

ANTRI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa sampai di kaunter imigresen lapangan terbang Jakarta, mereka berlari sambil mengatakan antri. Dulu aku tidak tahu apa maknanya, sekarang aku dah faham, mereka maksudkan beratur, atau queue. Semasa berada di Makkah, antara cabaran utama yang dihadapi ialah rata rata orang ramai tidak reti untuk beratur, mereka hanya reti untuk berebut rebut.

Aku kecewa bila seorang jamaah Malaysia pun yang berada di belakang aku semasa mengambil pakaian dari kedai dobi, turut meniru perangai tidak tahu antri, dah merengus bila ditegur.

Semasa bersekolah di MCKK, memang pelajar diajar dan dilentur supaya sentiasa beratur untuk pelbagai urusan, terutamanya untuk berkumpul dan bersolat jumaat di masjid bersebelahan.

Bila masuk belajar di Universiti Malaya tahun 1973, aku beranggapan pelajar pelajar universiti mestilah berdisiplin dan mengutamakan beratur. Tetapi bila aku perhatikan bas 238 Sri Jaya masuk ke dalam kampus dan berhenti di perhentian yang dikerumuni pelajar, belum lagi bas berhenti, penumpang yang terdiri rata rata kalangan pelajar berpusu pusu dan berebut rebut menaiki bas. Ada yang naik dari pintu depan, ada yang naik dari pintu belakang. Aku cuma perhatikan sahaja.

Kemudian aku diajak oleh Sohan Singh, seorang classmate Geography, untuk balik kampung menggunakan khidmat bas sambung sambung. Aku perhatikan dia menaiki bas melalui pintu belakang.

Satu hari aku pun balik kampung gunakan bas sambung sambung. Dari UM naik bas Sri Jaya 238 berhenti di Foch Avenue. Masa tu belum ada Pudu Raya. Cuma ada hentian Foh Hup sekitar Pudu Raya sekarang. Dari Foch Avenue berjalan kaki ke stesen Foh Hup. Bila bas sampai, Sohan Singh ajar serbu bas dari belakang, kalau tidak, tak dapat tempat duduk. Aku pun praktikkan ilmu Sohan Singh ni.

Sampai Seremban, hentian bas di sana hancing serta busuk dengan bau kencing dan taik yang menimbun. Di situ rebut lagi bas ke Tampin, melalui pintu belakang juga. Dari Tampin, rebut lagi tempat duduk untuk bas ke Melaka.

Bas dari bandar Melaka ke kampung aku barulah tidak berebut, dan tidak perlu antri, kerana penumpangnya tidak ramai.

Dua hari kemudian, untuk kembali semula ke UM, dari Tampin ke Seremban, rebut untuk dapat tempat duduk, dari seremban ke KL rebut lagi. Dari Foch Avenue ke kampus, barulah tidak perlu rebut.

Segala ilmu civic mindedness yang diasuh di MCKK hancai bila masuk universiti.

FATUL, ORG TAU LA.....


سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Orang tau la apa yg tersirat.


Thursday, December 27, 2012

MOTO SENSASI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiba tiba enjin kereta tersenggut dan power semakin berkurang. Aku cuba tekan minyak, namun kereta tidak bertenaga, kemudian power hilang langsung, dan akhirnya enjin mati secara tiba tiba.  Aku dan Mat Jani keluar dari kereta, dan ku lihat enjin kereta berasap. Kereta aku tersadai.

Aku dalam perjalanan untuk ceramah STPM di Kuala Selangor dalam tahun 1984. Kereta itu tersangkut di Asam Kumbang, dan perlu di top overhaul.

Kira kira seminggu sebelum kejadian tersebut, almarhum ayahanda ku meminta RM 500.00 daripada aku. Katanya nak beli motosikal honda cup. Aku beritahu almarhum, aku tidak punya duit sebanyak itu pada ketika itu. Beliau diam sahaja.

Kereta Toyota Corolla aku yang rosak itu sudah siap. Total bill: RM 500.00

Tadi kata tak ada duit RM 500.00, sekarang boleh pula bayar RM 500.00

Ayahanda ku beli juga moto tersebut dari sumber wang yang aku tidak tahu dari mana, dan digunakan motor tersebut ke akhir hayatnya.


Kesesalan ku: mengapa aku tak beri RM 500.00 yang dimintanya?

Wednesday, December 26, 2012

ALI BUKIT KATIL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bukit Katil ada dua Ali.
Satu dah bertukar jadi masjid






Satu lagi menyorok atas katil di puncak bukit tu

Thursday, December 20, 2012

JIRAN DI PANGGANG GRIL KUKUS

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kesedihan menikam dengan sangat berbisa apabila memerhatikan bagaimana negara ini diteraju oleh mereka yang bangang lagi bebal. Kesumat yang mendidih terhadap anwar ibrahim sekarang dimenifestasi dengan pelbagai aksi kegengsteran dan kesamsingan. Apabila kesumat di suhu didih ini diluah oleh mereka yang bebal, ia tanpa dijangka ,menjadi seperti marahkan nyamuk seluruh negeri dan harta benda dibakar.

Hanya kerana anwar ibrahim mempunyai rapport yang baik dengan habibie dan gus dur, telah menyebabkan sibebal menghamputkan seranah yang sundal kepada jiran. Sekali gus membenamkan silaturrahim yang sedia terjalin sejak azali dan mengkecaikan imej negara kepada tahap paling longkang dan paling melantung.

Sibebal dan mereka yang seangkatan dengannya tidak layak dipersadakan dalam media negara. Paling layak diperenyuk di kumbahan taik.



Wednesday, December 19, 2012

PM BARU LPS PRU 13

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bahan kimia tempat kerjanya mungkin telah menyebabkan dia dijangkiti satu penyakit yang memerlukan beliau menjalani pembedahan di kepala. Side effect daripada pembedahan tersebut ialah beliau hilang penglihatan secara total.

Secara tidak dijangka beliau menghadhirkan diri di usrah kami malam tadi. Selain untuk berusrah, ada urusan lain yang beliau hajati.

Sesi isu semasa dalam usrah tersebut berlegar sekitar semua isu politik semasa di Malaysia. Dari Deepak kepada Ropeah kepada Cecil Abraham kepada Nizam kepada Bala kepada si kartun ini dan kartun itu.

Cerita panjang dipendekkan, apa pun, selepas pru 13, msia akan punyai pm baru


Monday, December 17, 2012

MATANYA DICUNGKIL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Cuaca hangat banget. Jam 14:00 hari ke 25 berpuasa 2012 memang menjadikan siapa saja letih. Oleh kerana tugas, terpaksa ku gagahi memandu ke Sek. Men. Keb. Jalan Bukit, Kajang untuk menyelia seorang apprentis guru. Semua mereka bagi kumpulan kali ini perempuan.

Menjadi amalan ku semasa memandu akan ku isi masa dengan membaca hafalan Qur'an. Dalam perjalanan ini aku baca Tabarakallazi, atau Surah Al Mulk. Sampai di destinasi, surah yang dibaca baru sebahagian, dan aku azam untuk menghabiskan bacaan tersebut semasa memandu pulang.

Guru apprentis yang diselia, seorang perempuan, berpakain kemas lagi sopan. Semuanya bagus sebagai seorang bakal guru. Memang, dia bertabarruj. Aku duduk di belakang kelas sambil menyelia pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

Dalam perjalanan pulang, aku cuba menyambung bacaan yang terhenti tadi. Aku cuba baca, sangkut. Cuba lagi, sangkut. Aku tidak boleh meneruskan bacaan surah tersebut. Surah ini aku sudah hafal  25 tahun. Tiap tiap hari aku baca dan jazamkan bacaannya. Sekarang aku tidak boleh baca.

Apa dosa aku buat sehingga bacaan ini terhalang daripada disebut oleh lidah ku?

Ooh. Aku bukan lihat engkau. Aku cuma supervise engkau.

Tapi, mata ku tetap dicungkil


Friday, December 14, 2012

KENA SEMBELIH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rusia telah mengakui bahawa regim Basyar Assad boleh jatuh bila bila masa lagi. Masyarakat antarabangsa telah diingatkan tentang kemungkinan penggunaan senjata kimia untuk menyembelih dan membunuh rakyat sendiri yang menjadi penentang regim ini.

Regim ini telah ada rekod tentang penggunaan senjata kimia terhadap rakyat sendiri. Begitu juga dengan bekas regim Saddam Husin yang juga telah menggunakan senjata kimia terhadap rakyat sendiri. 

Apa yang mereka pertahankan ialah kuasa yang mereka curi daripada rakyat. Mereka seperti kucing yang mencengkam apa jua yang dapat dengan kuku apabila ditarik dari tempatnya. Begitulah juga segelintir orang seperti diktator Arab telah telah tumbang satu demi satu. Mereka tidak akan sekali kali melepaskan kuasa yang dicuri walaupun semua rakyat membenci dan memberontak agar kuasa diberikan kepada rakyat.

Akhirnya semuanya tumbang dan akan tumbang.

Begitu juga di negara ini. Perangai seperti kucing mencakar apa sahaja yang dicakar agar kuasa tetap berada dalam kelumpuk sendiri menular dan menebal dalam kelumpuk yang ketagihan kuasa. Apa cara sekali pun kuasa mesti dipertahankan. Kalau perlu gunakan senjata kimia jenama 13 Mei untuk mempertahankan kuasa.

Akhirnya semuanya tumbang dan akan tumbang.

Tuesday, December 11, 2012

BINTANG JATUH DITEMUI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebuah bintang, atau STAR dalam BI yang kerjanya melaga lagakan orang bukan Islam supaya benci PAS telah jatuh. Baca seterus di sini


Monday, December 10, 2012

YOU GOT DIMPLE AA?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



KUALA LUMPUR, Dec 10 ― A DAP lawmaker accused MCA-owned daily The Star today of exploiting the strict enforcement of Islamic law on non-Muslims in PAS-led Kelantan to stoke racial sentiments in a bid to serve its political masters ahead of key national polls. Baca terus...





Thursday, December 6, 2012

ILMU HEBAT SAMOA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semasa aku belajar masters di U of Idaho, ada seorang mahasitua dari Samoa yang tinggal sama satu dormitory dengan aku. Namanya aku tidak ingat. Tapi rupanya aku masih ingat lagi. Orang Samoa adalah daripada kelumpok orang Melayu. Pertama kali aku lihat dia, ku lihat rupanya saling tak tumpah rupa almarhum Md. Salim.

Md. Salim ni adalah ayah kepada kawan sedarjah aku semasa sekolah rendah di Melaka. Tahun tahun 1950an hingga pertengahan 60an, Md. Salim tinggal di Kampung Jenuang, Ayer Molek, Melaka, kemudian pindah ke Felda Tun Razak, Bukit Katil, Melaka. Anak Md. Salim yang sedarjah dengan aku namanya Ibrahim. Adiknya bernama Kasah dan Imran.

Md. Salim Samoa ni menurunkan ilmunya yang sangat penting dan sangat ajaib kepada aku:

Put your right hand fingers here.
Your left hand fingers here.

This finger is for J
This finger is for F

This finger is for....
This finger is for...

Maka aku pun khatam dalam ilmu ajaib ini....

Menaip menggunakan typewriter

Monday, December 3, 2012

BERHENTI UTK SOLAT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Friday, November 30, 2012

FIQH BERKEMBANG?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mungkin kah perkembangan ilmu fiqh dicambahkan lagi untuk menangani keadaan semasa dalam isu salon unisex di Kota Baru?


Monday, November 26, 2012

SENSASI NYA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada institusi yang sangat kedekut lagi cerewet lagi maha mengemut bila mohon guna duit research untuk beli kamera. Macam la kamera tu nak digunakan untuk berposing posing. Dalam area aku, kamera diperlukan kerana data berubah dengan cepat. Jadi kalau difoto, data dapat dikekalkan.

Tak apalah. Kau tak luluskan permohonan untuk beli kamero guna duit research, aku kumpul trreat point, bila dah cukup aku tukar dengan kamero. Bila dah dapat kamero, aku berjanji dengan diri aku, gambar pertama yang aku akan ambil ialah muka surat Al Qur'an.

Maka aku buka Al Qur'an. Tanpa berkira muka surat yang mana. Snap.

Kau agak gambar apa yang keluar?





Saturday, November 24, 2012

FOUR-LETTER WORD

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bila polemik doa timbul semula, ia mengingatkan aku kepada almarhum Pak Mat Hancur atau Pak Din Hancur yang sentiasa berpersada di tubir retoren Amjal dan di anjung Masjid Ar Rahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Setiap ceramah sekitar Kuala Lumpur aksi menyaksikan beliau berkeliaran menjual Harakah. Setiap hujung kegemparan ceramah akan di sambutnya dengan Hancur ****

Mengapa tiada yang bising komplen?


Friday, November 23, 2012

MELURUT AIR MATA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Walaupun dah lihat gambar ni beberapa kali seperti di sini, air mata tetap memutik, melurut dan menitis.


Thursday, November 22, 2012

MELASTIK YAHUD

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tuesday, November 20, 2012

TUMBUK SIAP SIAP

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Kita kena hadapi pilihan raya dengan yakin, ikhlas dan ilmu dan bija.

Saya alu-alukan nak lantik saya jadi perdana menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.

Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.

Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh (dapat) ikan belukang sebesar kelingking je. Ustaz Azizah ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah.

Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.

Nabi jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah beri  kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi.

Jadi kita PAS ni kena ajar begitulah. Itulah caranya."
Siapa yang tak cerdik kata utz Hadi nak jadi PM?



Monday, November 19, 2012

TECTONA GRANDIS

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tectona grandis  adalah nama saintifik untuk pokok jati. Semasa menghampiri PRU 1999, seorang penysarah sebuah IPT, yang mana beliau sekarang telah almarhum, telah diberi liputan seluas luasnya oleh semua jenis media untuk meniupkan satu ketakutan di kalangan orang Melayu. Beliau berpaksikan kepada survival orang Melayu sekirannya mereka memilih bukan amenoh biyen dalam pilihanraya tersebut. Sana sebut survival. Sini sebut survival. Dia sendiri sekarang yang tidak survive.

Begitu juga dengan tectona grandis ni. PRU 13 inilah menentukan survival orang Melayu, leternya. Tectona grandis ni pesan jangan sekali kali pilih pembangkang demi jalur 3 nya yang kononya keramat. Tectona grandis ni pernah tulis surat kepada aku melantik aku jadi ahli perhubungan negeri. Aku tolak. Sebab aku dah baca dua tiga lapis di bawah lipatan.

Yang sibebal lain julang dia kerana dia pj pada masa tu.




Wednesday, November 14, 2012

DIA KATA NAJIB GUGUR KELAYAKAN JADI CALON PRU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dia kata kat sini PM kita gugur kelayakan jadi calon PRU kalau dalam keadaan  begini



Thursday, November 8, 2012

REGISTER ANAK ANDA KAT AULAD

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Wednesday, November 7, 2012

DITEMUI SARANG BURUNG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ana ditemui sb
dia nak apa?
Dia menyampai ajakan umno ana jadi calon
kenapa
mereka tak punya calon untuk pru ni
mereka mau calon yang ada latar belakang agama dan winnable
apa situasi sekarang?
mereka risau. boleh kalah. kalau menang pun, tipis, lepas tu, orang mereka lompat parti. Dia sebut orang ini dan orang ini yang ada potensi lompat kalau bn menang tipis
Apa lagi?
Orang lama akan sabotaj kalau mereka tak dicalon
syeikh, kalau anta terima tawaran ni, sampai akhir hayat orang tak percaya lagi dengan anta
ana tau

Monday, November 5, 2012

HAFIY

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Wednesday, October 31, 2012

SIAPA YANG KAWAL HAMKA?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Usrah malam tadi baca Surah Fussilat. Dalam mentafsirkan ayat 29, HAMKA menyatakan semasa beliau kena tahanan mulai 12 Ramadhan 1383 kira kira dalam tahun 1962, beliau telah sakit, lalu dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi kamar khas.

Semasa dalam kamar tersebut, anggota polis yang sepatutnya mengawal, hanya hadhir untuk masa yang singkat, kemudian menghilangkan diri, sekira kira kalau HAMKA nak cabut lari, boleh dilakukan. Apabila kesihatan beliau bertambah baik, jururawat yang sering bertugas memberi tahu beliau kami takut masuk ke kamar bapak. Kenapa, tanya HAMKA. Sebab diluar kamar bapak ada orang pakai pakaian putih dan berserban putih berkawal. Sebab itu polis yang sepatutnya berkawal di luar kamar, tidak berkawal, tetapi menjauhkan diri dekat pos sekuriti.

Teringat peristiwa tahlil di rumah Hj Hamzah Osman kira kira 15 tahun yang lepas, Hj Arifin Mahmud yang lengkap berserban lengkap duduk di sebelah aku. Serban Yasser Arafat warna merah. Kemudian Hj. Arifin azan, aku memerhatikannya. Sebaik selesai azan, dia kembali duduk sebelah aku. Aku perhatikan dia, tiada serban, dan hanya pakai baju melayu dan kain pelikat dan kopiah putih. Habis siapa tadi yang berjubah dan berserban azan?

Kira kira 20 tahun yang lepas, Hj Arifin Daud pula menumpang kenderaan aku untuk ke usrah. Aku berhenti depan gate rumahnya. Dia keluar, melintas di hadapan kereta aku, dan dari suluhan lampu kereta aku nampak dia pakai jubah putih dan serban putih. Dia masuk kereta dan duduk sebelah aku.

Sebaik sampai ke tempat usrah, semasa bersila aku perhatikan Hj Arifin Daud hanya pakai baju melayu, kain pelikat dan kopiah putih.

Habis siapa yang berjubah putih dan berserban putih yang duduk sebelah aku tadi?

Monday, October 29, 2012

MASJID AYER MOLEK .....2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semasa aku menziarahi kubur Almarhum Hj. Ithnin b. Hj. Naman pada hari Tasyrik pertama 'Eidul Adha ini, sempat aku memerhatikan Masjid Ayer Molek dari tempat aku bertinggung untuk menghadiah Al Fatihah dan doa kepada almarhum.

Almarhum adalah bekas pengerusi masjid tersebut selama 15 tahun sebelum melepaskan jawatannya. Apabila almarhum kembali ke rahmatullah, tidak ada satu tanda penghargaan pun daripada jawatan kuasa masjid sebagai menghargai jasa beliau berkhidmat kepada masjid berkenaan.

Apabila jenazah beliau dimandikan, aku perhatikan tukang memandikan jenazah memandikannya dengan cara yang cincai.

Itu lah tahap kepala hotak orang Ayer Molek.




Sunday, October 28, 2012

ANUGERAH AMENOH KPD PAS

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Penglipur lara cerita potong rumput telah selalu didengar. Orang kuat amenoh dapat kontrak potong rumput, dia sub kepada kroni, kroni sub kepada gurkha, gurkah cari pemotong rumput, upah potong dan ambil beza upah dengan harga kotrak. Sonang cerito.

Tapi di negeri Tun Kudu, sebuah keluarga yang sering diziarah oleh seorang aktivis PAS langsung dilabel PAS, sedang di taman itu ada seorang aje orang PAS. 

Si gurkha jumpa kroni, orang ini bukan orang PAS la. Ye ke kata kroni.

Ok. Kalau gitu aku bagi kau kontrak potong rumput. Bulan ni aku bagi kau potong 6 km. Bulan depan 40 km.

Sonang je nak dapat kontrak.


Friday, October 26, 2012

DIKEPALANYA ADA SYEIKHUL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Senyumnya melerek panjang sambil ekor matanya memerhatikan langkahku masuk ke dalam saf. Belum pernah aku lihat Hj Mohamad Nor tersenyum begitu hebat, dengan dikulum giginya yang pada ketika itu  masih penuh.  Aku terus masuk ke dalam saf, dan solat sunat dan menunggu solat 'eidul adha di laksanakan di Thaqofah, di Sungai Merab.

Beberapa tahun yang lepas setelah selesai menjadi tetamu satu program pelajar, mereka menghadiahkan aku satu bungkusan. Bila aku balik dan buka bungkusan itu, aku dapati ia adalah serban warna hijau yang jenis yang biasanya dipakai oleh ahli kumpulan Arqam dulu.

Semasa aku membaca sirah Nabi s.a.w., Baginda sering memakai jubah warna hijau untuk solat 'eidul fitri atau 'eidul adha. Juga aku baca dalam sirah Fathul Makkah, satu bahagian tentera Islam memasuki Makkah sedang pakaian mereka serba hijau.

Lalu aku meminta almarhumah ibunda mertua ku buatkan satu jubah hijau. Setiap hari 'eidul fitri atau 'eidul adha, aku akan mengenakan jubah hijau tersebut bersama dengan serban hijau Arqam.

Tetapi selepas isteri ku buat kabinet pakaian baru, aku tidak jumpa lagi jubah dan serban tersebut. Aku tidak komplen, kerana aku sibuk memikirkan pelbagai hal yang lain.

Tujuh lapan tahun berlalu. Semasa aku memunggah lipatan kain baju lama di bahagian atas kabinet baju, secara tidak sengaja aku terserempak dengan serban hijau aku.

Oooo, ada orang sorokkan serban syeikhul aku ye!!!





Tuesday, October 23, 2012

MASJID LANCANG KUNING

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Terpesona dengan kesergaman sebuah masjid berkubah kuning sebaik menjejak kaki di lapangan terbang Sultan Syarif Kasim II di Pekan Baru, Riau, aku bertanya pak supir yang memandu bas airport. Masjid apa tu? Lancang Kuning, jawabnya.

Riau adalah negeri orang Melayu. Kisah Lancang Kuning telah difilemkan semasa aku diperingkat umur juvenil

Cerita ringkas Lancang Kuning:

Lancang kuning berasal dari kata “lancang” (perahu kebesaran kerajaan) dan uning” (warna kebesaran kerajaan). Lancang Kuning adalah nama perahu besar kerajaan yang digunakan sebagai kendaraan air oleh raja-raja Melayu Riau. Adapun legenda atau cerita rakyat ini diangkat dari nama itu, karena legenda ini menceritakan peristiwa yang terjadi dalam lingkungan kerajaan.
Sinopsis Lancang Kuning
Lancang Kuning
Suatu hari, Datuk Laksamana pemimpin Bukit Batu Bengkalis di Riau, memanggil dua panglimanya, yaitu Panglima Umar dan Panglima Hasan menghadap ke istana untuk diberi tugas ke Tanjung Jati menumpas perompak atau lanun yang selalu mengganggu kawasan tersebut di Senggoro kawasan mana tempat mata pencarian nelayan Bukit Batu. Dengan ketaatannya, Panglima Umar langsung berangkat melaksanakan tugas ini, meskipun harus meniggalkan istrinya yang cantik bernama Zubaidah. Sementara itu Panglima Hasan tidak ikut berangkat melaksanakan tugas itu, karena ternyata berita adanya perompakan di Tanjung Jati itu hanyalah rekayasa siasat Panglima Hasan sendiri agar Panglima Umar jauh dari isterinya Zubaidah dan Datuk Laksamana.
Selama kepergian Panglima Umar, diam-diam Panglima Hasan berusaha merayu Zubaidah agar mengkhianati suaminya dan menjanjikan kehidupan lebih baik, namun Zubaidah bertahan dengan kesetiaan dan marwahnya. Situasi ini membuat hati Panglima Hasan semakin marah dan brutal. Panglima Hasan mencari akal menghabisi Zubaidah. Nah,bertepatan ketika peluncuran Lancang Kuning ke air, tiba-tiba Lancang Kuning berhenti tidak bergerak sama sekali, maka Panglima Hasan memutuskan mengambil Zubaidah sebagai tumbal untuk galangan lancang. Dengan bergalangan tubuh Zubaidah, maka lancang berhasil diluncurkan ke laut dan Zubaidah pun mengakhiri hidupnya di bawah lancang.
Tak lama setelah kematian Zubaidah, Panglima Umar yang baru pulang dari Tanjung Jati mendapat fitnah yang dibuat oleh Panglima Hasan sendiri, bahwa Datuk Lasemana lah yang membunuh Zubaidah dengan menjadikan tubuh Zubaidah sebagai tumbal galangan lancang. Hasutan Panglima Hasan ini termakan oleh Panglima Umar dan membuat Panglima Umar menjadi kalap dan amat marah. Tanpa pikir panjang Panglima Umar membunuh Datuk Laksemana. Detik-detik menjelang ajalnya Datuk Laksemana memberi sumpah kepada Panglima Umar, bahwa apabila Panglima Umar melewati Tanjung Jati, akan tenggelam bersama kapalnya.
Setelah itu barulah Panglima Umar sadar akan fitnah itu, pertikaian dengan Panglima Hasan pun terjadi, dan berakhir dengan kematian Panglima Hasan yang tragis di ujung keris Panglima Umar.
Panglima Umar pun pergi menjalankan kutukan dari Datuk Laksemana, berlayar keperairan Tanjung Jati dan tenggelam. Sejak saat itu pulau Bengkalis dikenal daerah yang sangat sepi dari penduduk dibandingkan masyarakat di daerah Riau lainnya sampai sekarang.

Sumber cerita: http://www.riaumagazine.com/sinopsis-lancang-kuning/

Monday, October 22, 2012

NGO RASIS SOKONG PAKATAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Itu lah yang paling menggemparkan kalau mana mana NGO rasis menyokong PR.

Tapi kalau NGO yang ternyata sangat rasis, paling totok rasis, paling mengampu dengan harapan tok ketuanya diangkat jadi calon BN, tetiba membuat pemasyhuran

Kami akan sokong BN dalam PRU akan datang ini.

tu jilat rektum namanya

Sunday, October 21, 2012

KETAQ SELURUH BADAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pheewing yang sebelah kiri himpit. Pringggg yang sebelah kanan mencelah.  Ponnn ponnn yang belakang memekak. Phew, peluh menetas didahi aku, meluruh ke leheq aku. Bila turun dari stadium Merdeka, dan masuk Jalan Maharalela ke hape namanya waktu orang keluar pejabat, itulah masa yang paling sesak di jalan tersebut.

Nyonya instructor tu berbuih mulutnya marah kan aku. Lu lepas kelas manyak apa hal? itu la sebab enjin mati lo. Jalan dua meter, enjin mati lagi. Lu tekan minyak manyak oo, ini maciam aa, moleh habis minyiak lo.

Itulah pertama kali aku memandu ditengah trafic jam di Kuala Lumpur sebelum ambil driving test 1978.

Hari tu anak aku ambil driving test. Fail.  Adik salah buat three-point turn. katanya.

Dua bulan dulu dia ambil test lesen motosikal. Fail juga.

asik fail je Dik



Friday, October 19, 2012

NASH X NAMPAK DIA KE?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
































Thursday, October 18, 2012

MASJID BAITUR RIDHA, SIAK

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Semasa ke Riau, minggu lepas, sempat aku merayau rayau ke alam Melayu Siak. Kira kira 1 jam sebelum sampai ke pekan Siak, sempat kami berhenti untuk ambil foto masjid ini yang di namakan Masjid Besar Baitur Ridha, Kecamatan (mukim) Tualang, Kabupaten (daerah) Siak. Tempat di mana masjid ini berada ialah Ninas.



Kawasan ini tidak termasuk dalam nasionalisme keris ke?








Wednesday, October 17, 2012

MENGIDAM SISA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bagaimana dengan pendapat tuan mengenai utz itu yang bersuara begian dan begian? Nak cepat sampai, terjun kapal.
Bagaimana dengan bp tuan? ok, under medication.

Selesai makan, buat sesi foto, dan beliau beredar.

Hasil berpuluh tahun berusrah, ramai di antara yang hadhir telah didedahkan dengan kelebihan ilmu, orang yang menuntut ilmu, orang yang mengajar ilmu serta ulama'.

Kitab Mat'la al Badrain  oleh Syeikh Daud Fatani mengajarkan kesemua ini dalam bab paling awalnya. Begitu juga dalam Sir As Salikin oleh Syeikh Abdul Samad Falembani.

Bila bertemu dengan suasana sebenar maka ramai yang ingin merealisasikan apa yang terkandung dalam kitab kitab agung ini.

Kalau ada satu kumpulan dakwah dulu berebut nak minum sisa air basuh tangan syeikhul nya, maka yang hadhir di sini ingin merealisasikan apa yang diajukan oleh Daud Fatani dan Abdul Samad Falembani. Memang sisa makanannya di idamkan dan dihirup dan dikunyah.

Hanya yang tidak berjumpa dengan tulisan Daud Fatani atau Abdul Samad Falembani sahaja tongong sombong yang berani berlagak menggelar diri sendiri mursyidul am sebuah ngo.




Monday, October 15, 2012

EKORNYA BERTAIK

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Orang mengatakan untuk berkecimpung dalam politik, kau tak perlu pandai, apatah lagi bijak. Kau perlu cuma perlu bahlol dan tipu dan tak tau malu. Lepas tu kau boleh berjaya dalam politik.

Tuan Guru Nilk Aziz telah berjaya mendapatkan respect dari segenap lapisan PAS untuk menentukan halatuju parti tersebut, sementara Anwar Ibrahim adalah gam yang melekatkan kesemua komponen PR. Yang paling digerun oleh biyen ialah undi Cina boleh pergi ke PAS, dan undi orang Melayu boleh pergi ke DAP. Kalau ini yang berlaku, mereka akan jadi seperti al an'am, yang disembelih di hari korban.


Oleh itu pertautan antara DAP dengan PAS mesti dipecahkan kalau biyen nak hidup dan tidak disembelih sebagai al an'am. Untuk memecahkan pertautan ini, baji mesti digunakan. Dan beberapa ekoq baji haprak yang hodoh telah pun dicipta dan muncul.

Baji haprak ni memang bersifat seperti baji, iaitu badan nya dihantam dulu, barulah ia berfungsi. Sekali ketuk, sekali lah dia berkokok. Biyen yang hantam baji, baji berkokok. Kokoknya pun sumbang. Ganti Nik Aziz dengan Haron Din. Tapi kokoknya sumbing dan sumbang resepi ampuh bahan lawak kerana

ekoq si baji berlendih dengan taik

Thursday, October 11, 2012

SULTAN MINTA MAAF

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Baginda minta maaf


Walau pun baginda telah mangkat 1968





Wednesday, October 3, 2012

ASALKAN MELAYU, KITA HAMPONKAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apa yang puak puak pembangkang ni heboh sangat. Asalkan mereka Melayu, kita hamponkan, kita sokong mereka. Bagus la dikata orang terkaya di Malaysia, kira Melayu la tu, walaupun kat Sarawak.

Kalau ada yang buat kenduri kawin anak 130,000 orang hadhir, ok la tu. Sebab dia Melayu. Bila dia Melayu, kita mesti sokong. Mana dia dapat duit, tu biasaklah. Jangan tanya.

Tu yang kaya, apa nama? bokari? ok la tu, Harab dah celup Melayu kira Melayu la tu. Tak bangga ke Melayu kaya?

Tu yang beli cincin berjuta juta cara menabung, ok la tu. Asalkan Melayu kita mesti sokong, sebab kan bagus orang Melayu boleh menabung sampai boleh beli cincin berjota jota hinggit rege nya.


Asalkan Melayu tu amenoh dan bn kita mesti sokong.

Apa apa salah pun, kalau ada, kita hamponkan

Sunday, September 30, 2012

DI MANA DIA KEMPEN, DI SITU PR MENANG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Rabu lepas diskus dengan seorang ahli tim research pilihan raya IPTA. Kajian dia orang mendapati di mana Anwar kempen dalam pru 12, di situ pr menang. Anwar tidak kempen di Terengganu, pr tak menang.

PRU 13 ni Anwar kempen satu Malaysia kan?

Saturday, September 29, 2012

BAJET BUAKKAN UNDI DACING

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Mungkinkah bajet yang baru dibentang membuakkan undi kepada BN? Harapan dan perkiraan strategist beeyend begitulah.

Tetapi perkiraan pengundi sama seperti sebelum bajet.

Kau beri aku ambek. Undi rahsia

Apa maknanya tu?

Monday, September 24, 2012

MENGGAMIT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






METHODIST DLM MASJID

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





AJAIB: KENA POTONG X BERDARAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Saturday, September 22, 2012

MANYAK MOHONG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Macam mana mau pegi kau punya tempat? Dia jawab lu amek haiway seremban - PD, kelua Telok Kemang, jumpa roundabout, belok kiri. Lepas tu telus maa.

Aku tanya lu punya tempat ada pantai ka?

Tala maa.

habis apa pasal itu nama TIA-- BEACH RESORT?




Wednesday, September 19, 2012

KERJA X DE GAJI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


fb PASTI BAGAN SERAI KATA....petugas PASTI adalah pekerja sukarela, tak ada gaji. Yang mereka dapat hanyalah sedikit saguhati yang kadang kalanya dapat ada kalanya tidak.

P.A.S.T.I.  tu adalah sistem pembelajran pra sekolah yang dikendalikan oleh petugas PAS.

Bila baca komennya, aku kata... mak hai,, budaya tu dah wujud lagi dalam masyarakat sekitar aku....


Mana tak nya, guru guru PASTI aku dapat gaji, elaun, insentif bonus dan macam macam lagi. Itu pun yang nak kekal kerja 5 atau enam bulan susah nak dapat.


Guru guru PASTI aku
Guru guru PASTI aku yang dah senior gaji mencecah RM 1,000.00 lebih. Kemudian dapat lagi seperti di bawah:




Cam mano tu?

Tuesday, September 18, 2012

TERINGAT SI DIA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Bila orang sibuk pergi haji aku pula terigau igau teringatkan macam aku pula yang pergi haji




Monday, September 17, 2012

KUEH TERMAHAL DI BIMA SAKTI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Ini adalah kueh termahal yang dihasilkan di dunia ini. 

Sebabnya ialah 

Bil letrik aku yang bayau







Saturday, September 15, 2012

KIRIN BACA QUR'AN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dah rasa teringin lagi untuk ke Tanah Suci. Mendengar  cerita Hj Dawam umrah 10 hari terakhir ramadhan yang lepas, mendengar sahabat itu dan sahabat ini sedang bersiap siap untuk ke tanah suci mengerjakan haji.

Sanubari aku telah menggelitik untuk ke sana.

Gambar semasa umrah April 2012 puteri ku Nur Syakirin membaca Qur'an




Friday, September 14, 2012

ORG INI DIHORMATI ALLAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sekiranya khutbah jumaat hambar, itu adalah perkara biasa. Sekiranya khutbah jumaat tu sedap, biasanya khatib tu tok guru. Sekiranya khutbah jumaat berapi rapi, jaga, tangan khatib berpeluang untuk digari.

Hadhirin yang di rahmati Allah. Begitulah khatib memuliakan jemaah. Pertama kali aku dengar frasa ini apabila menghadhiri kelas pengajian perubatan Tuan Guru Haron Din. Masa itu Darussyifa belum wujud lagi. Apabila aku dengar tuan guru menggunakan frasa tersebut, maka aku rasa amat bagus sekali penggunaannya.

Tahun demi tahun, frasa tersebut di copy paste oleh pelbagai penceramah dan mereka yang berucap di khalayak ramai. Termasuk lah aku sendiri menirunya, kerana aku rasa dan tahu frasa  tersebut bagus.

Lama kelamaan, aku dengar, apabila ustaz, atau khatib yang menggunakan frasa tersebut ada yang tersasul dalam penggunaan. Setiap kali, aku dengar betul betul, ya atau tidak yang mengucapkannya tersasul. Aku dengar berkali kali. Ustaz tersasul. Dj tersasul. Khatib tersasul.

Ada yang menyebut: tuan tuan yang dihormati Allah.

Aku amat amati lagi apa yang orang ni sebut: Kali demi kali demi kali:

Tuan tuan yang dihormati Allah!

Wednesday, September 12, 2012

HANTU BERNAMA SOROS

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


 Aku rasa baru sekarang mereka rasa kes ni berat. Dulu mereka berkata mahkamah perancis tidak boleh cuit kita, tetapi sekarang mereka sedar yang mahkamah tersebut boleh londehkan seluar mereka.

Sebab itu PDRM, Bank Negara, JPN, KDN dan S'jaya Komunikasi & Multimedia telanjangkan Suaram.

Aku rasa tim penelanjang ni tidak lengkap.

Sepatutnya pertubuhan katak semalaysia, pertubuhan penyimbah cat, persatuan tonggeng bontot serta persatuan pembuat kek taik masuk dalam tim ni.



Monday, September 10, 2012

ORG PAS MATI DLM KERANDA UMNO

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Amalan berpolitik  begitulah. Sekiranya anda tidak sehaluan dengan pandangan dan pendirian rasmi parti, samada anda keluar parti, menyendiri atau mati beragan atau layu mati terkulai. Zaman Daeng Sanusi Daeng Mariok, beliau memberi tahu kami kaedah PAS adalah membiarkan kes yang sedemikian mati beragan.

Pendirian PAS terhadap Nasharudin Mat Isa nampaknya masih lagi menggunakan landasan seperti yang disebut oleh Pak Daeng tersebut. Telah banyak kes yang berlaku, di mana pemimpin itu yang terkucil, dan ahli bawahan tetap istiqomah dengan perjuangan.

Teringat kata kata Pak Leman yang menjual pasemboq di restoren amjal: dia ni yang pimpin usrah kami di Kampung Kerinchi, tetapi sekarang dia dalam dakapan umno. Teringat kata kata sahabat sahabat di Batu Laut, Sepang sekitar 1990s: dia dulu yang memperkenalkan kepada kami PAS dan mengusrahkan kami, tetapi sekarang jadi ADUN umno.

Teringat seorang yang membawa pelajar pelajar sekolah menengah swasta ke pelbagai program rehlah dengan tujuan untuk turn over pelajar pelajar tersebut supaya menjadi pendokong PAS, sekarang dia seoarang menteri UMNO.

Sekitar pilihanraya 1969, negara digempaqkan dengan isu kafir mengkafir. Maka untuk meredakannya diadakan majlis bersumpah di masjid. Presiden PAS (pada masa itu Yang Di Pertua) bersumpah di masjid Muhammadi Kota Bharu,  presiden UMNO bersumpah di masjid Zahir Alor Star.

Sebaik selesai pilihan raya negara dilanda mala petaka peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Presiden UMNO tersebut, Tunku Abdul Rahman, diakhir hayatnya keluar UMNO dan tidak mati dalam UMNO.

YDP PAS diakhir hayatnya, keluar PAS dan

setakat yang aku tahu, mati dalam keranda UMNO

Thursday, September 6, 2012

BUDAK U JGN BACA .....7

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Antara ilmu penting yang perlu diraih oleh pelajar di universiti ialah mengenal pasti masalah, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian kepada masalah. Ini adalah ilmu asas yang mesti diraih oleh pelajar, sekiranya mereka gagal untuk mendapat ilmu ini, maka pada asasnya mereka gagal dalam pelajaran di peringakat tinggi.

Untuk mendapat ilmu ini, pelajar diajar untuk berfikir secara kritikal, menganalisis sesuatu masalah, dan tidak menerima sesuatu keputusan selagi ia tidak disokong oleh bukti.

Sebab itu anda mesti bersifat analitikal dan kritikal, bukan bersikap dan bersifat lembu dicucuk hidung.

Apabila para pelajar melihat gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang dikencing oleh gangster, maka para pelajar mesti menilai, apakah perlakuan tersebut betul atau salah, beradab atau tidak. Kalau salah dan tidak beradab, maka pemikiran kritikal dan analitikal anda akan bertanya, kenapa polis, atau pihak berkuasa tidak mengambil tindakan?

Apabila sebahagian veteran tentera membuat tarian menunjukkan bontot ke arah rumah Ambiga, dan tiada apa apa tindakan dikenakan oleh mana mana pihak yang bertanggung jawab, maka pemikiran para pelajar mesti menanyakan mengapa? betulkan perkara mediam diri ini?

Apabila kepala babi dicampak ke dalam surau dan masjid, apabila kepala lembu diarak ke sana ke mari dengan tujuan menghina dan menaikkan kemarahan pihak yang ditarget, maka para pelajar mesti menilai, mengapa tiada tindakan dikenakan kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian?

Tetapi apabila seorang pelajar menunjukkan bontot kepada gambar seorang pemimpin politik negara, maka serta merta siasatan dilakukan, tangkapan dilakukan, media menyerbu, pelajar dibuang daripada kolej, ptptn diberhentikan serta merta, dan segala macam bentuk penderaan dikenakan tanpa bicara.

Adakah anda yang berfikiran kritikal dan analitikal boleh menerima tindakan zalim lagi berat sebelah ini?

Atau anda dengan senang hati endorse kerana

 hidungmu dicucuk serta bertali penambat



Tuesday, September 4, 2012

JGN AJAR MEREKA QUR'AN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Seorang sepupu isteri di Jakarta mengusahakan supaya anak anak yang terbiar di sekitar komunitinya dapat belajar Al Qur'an dengan cara mencari penyumbang dana dan mengumpulkan anak anak tersebut agar dapat diajar oleh ustaz dan ustazah.

Kelas pengajian diadakan dirumah beliau. Pelajaran yang diajar bukan sahaja mengaji Al Qur'an tetapi juga tarbiyyah agar anak anak tersebut tidak terjebak dengan gejala sosial seperti dadah dan sebagainya.

Tetapi apabila pengajian tersebut mendapat sambutan sehingga mencecah 150 orang pelajar , ada saja orang yang tidak setuju dan membantah. Cuma mereka belum baling kasut saja semasa pengajian berlangsung.

Kalau ingin menyumbang hubungi email blog

Monday, September 3, 2012

KAMBING ADA SURAT BERANAK DI CAMERON H

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


“From 200 goats, I now have 35 only. I have incurred losses of RM30,000. When I lodged a police report, the police asked me the brand of the gun that was used and whether I had birth certificates for the goats,” he said.

cerita penuh di sini

Wednesday, August 29, 2012

POLONIUM-210.... HAPE KE BENDA NYA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Daripada kau baca berita seorang ahli politik yang sekarang digembur melakukan sumbang mahram, lebih baik dan lebih menarik aku baca tentang apa yang membunuh Yasser Arafat.

Para pengkaji percaya polonium-210 telah membunuh Yasser.

Siapa yang ada racun tu?

Tuesday, August 28, 2012

POKOK AJAIB BERBUAHKAN DUIT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



 Hari raya ke 3 beraya ke rumah bapa saudara ku, Md. Don, di Felda Bukit Senggeh. Dia tidak ada dirumah. Balik handau aje kami sekeluarga. Pada hari raya ke 6, Fir, anak buah yang datang Felda Tenggaruh datang ke rumah aku untuk berjalan raya bersama keluarganya.

Aku tanya Fir, bapa mertua awak dah sign ke borang FGVH tu. Dia kata sudah. Aku cakap pada Fir, daripada apa yang paklong baca mengenai kontrak tu, memang bodoh orang yang sign borang tu. Dia kata orang felda tempat dia pakai sign aje, tak tau amende pun.

Bila baca posting Mazlan Aliman mengenai beberapa orang Felda dah mula terasa keperitan apabila saham yang mereka terima sebanyak 800 unit dan tidak sampai 1 lot itu pun, telah mula dicharge riba' kerana harga saham tersebut dibeli dengan membuat pinjaman, yang diuruskan bagi pihak peneroka. Bila mereka tenyeh untuk sign, sekarang bank tenyeh mereka dengan riba'.

Aku beritau Fir, tanah 10 ekar, dapat 800 unit saham. Ada orang yang dapat 150,000 saham, tak payah pun gadai tanah. Terma terma lain yang di dodoikan untuk peneroka memang meliurkan. Yang aku faham ada semacam pencen kepada peneroka. Semoga itu betul.

Aku beri tau Fir, FGVH tu memang menguntungkan. Industri ladang sawit memang menguntungkan, sebab itu mereka terliur untuk ambil tanah tersebut, sebab, satu satunya pokok yang berbuahkan duit iala pokok kelapa sawit.

Untuk para peneroka, mereka dapat durian runtuh

yang dikencingkan tupai




Monday, August 27, 2012

BUDAK U JANGAN BACA.....6

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semasa menjelajah masuk kawasan rumah awam Ayer Molek, aku terserempak dengan satau pemandangan yang sangat biasa. Iaitu bangunan yang dikenali sebagai balai raya, atau balai rakyat yang dihias dengan bendera umno, kadang kadang dengan bendera bn.

Apabila dipacak bendera parti pada bangunan tersebut, maka ia membawa maksud bahawa bangunan tersebut adalah milik atau hak kepunyaan parti yang berkenaan. Dan rata rata di Malaysia, keadaan ini berlaku serta tidak dicabar.

Sebagai pelajar universiti, anda tidak sepatutnya menerima keadaan ini tanpa mempersoalkan betul atau tidak tindakan seperti ini. Anda sepatutnya memikirkan betul atau ke salah sekiranya papan tanda pemakluman projek pembangunan yang dilakukan oleh negara Malaysia atau JKR di bubuh satu ayat tambahan: satu lagi projek kerajaan barisan nasional. Tahukah anda perbuatan itu salah dan menyalahi undang undang kerana mengatakan projek negara sebagai projek parti?

Sebagai satu contoh kecil, sekira kira 2 bulan sebelum pilihanraya 2008, sebuah bangunan seperti sebuah balai raya didirikan di seksyen 4 Bandar Baru Bangi, dan siap dibina dalam masa 2 atau tiga minggu. Bajet dari mana datangnya tidak diketahui, kelulusan untuk mendirikan sebuah bangunan di atas lot tanah kosong itu entah bila diluluskan oleh PBT, toptop telah berdiri sebuah bangunan yang menjadi markaz kerja kerja pilihanraya umno.

Tiba tiba umno kalah dan tidak membentuk kerajaan di Selangor, maka dalam masa beberapa hari sahaja unit unit air cond telah tiada lagi, aku percaya dicuri, dan  banyak benda benda lain yang di vandalise. Sekiranya bangunan tersebut milik umno, tentulah umno dan orang umno akan tetap menggunakan bangunan tersebut, tidak kira umno membentuk kerajaan atau pun tidak. Tetapi kerana bajet yang diguna untuk membina bangunan tersebut bukan milik parti, tetapi aku percaya milik negara, maka mereka cabut lari apabila kalah pilihan raya.

Pernah engkau dengar wang ehsan mengganti royalti minyak berkepuk tersorok di bawah katil seorang orang kuat umno. Siapa yang mengendalikan pemberian wang BR1M? rata rata orang umno, kerana mereka mempunyai persepsi duit negara itu adalah duit umno.

Pernah dengar peruntukan untuk Parlimen dan DUN hanya untuk kawasan yang bn menang sahaja, yang bn tidak menang, tidak diberi peruntukan, bermaksud duit negara adalah duit bn. Pelajar universiti mesti faham dan menerima perlakuan ini adalah salah dan salah dan mesti ditolak.

Menggunakan dan mengambil wang negara untuk kegunaan persendirian dan parti adalah salah dan sama seperti merompak negara. Menafikan pemberian royalti minyak kepada mana mana negeri yang layak menerima royalti tersebut adalah salah. Menafikan pemberian royalti kepada mana mana negeri yang bukan diperintah oleh bn adalah satu kesalahan.

Mencuri wang negara adalah salah. 

Jangan kau bersikap seperti orang kampung: kalau umno yang buat tak apa!

Thursday, August 23, 2012

APA ITU TEMAHAQ?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hari raya pertama ramailah anak buah cucu dan cicit kepada bapa mertua aku datang menziarah beliau. Makanan yang disediakan tu standard la kalau hari raya. Seorang daripada cucu yang makan tu dah selesai makan, tetapi aku lihat dalam pinggannya ada sebelah lagi ketupat yang tidak habis dimakan, dan beberapa ketul daging juga yang tidak habis dimakan.

Emaknya mengambil pinggan tersbut dan, pruup, masuk dalam tong sampah semua sekali.

Aku rasa ghalat yang teramat sangat sebab makanan tersebut tidak habis dimakan, untuk menyediakannya bukan free, tetapi telah sekian banyaknya budget yang dikeluarkan, barulah boleh dihasilkan makanan itu. Si ibu dan si bapa memang kadang kadang rasa temahaq, iaitu haloba dan tamak mata bila melihat makanan banyak, dan diisikan sebanyak mungkin ke dalam pinggan anak, tanpa mengira si anak tu boleh habis ke tidak.

Pernah dalam satu kenduri kawin, seorang budak perempuan makan dihadapan aku, dan makanannya diambilkan oleh ayahnya. Si anak ini makan dua tiga suap sahaja, lepas tu dah, berhenti makan. Aku lihat dalam pinggannya dua tiga daging masak kurmak terponggok, dan itu akan dibuang begitu sahaja. Sedangkan daging itu telah diproses , ditumis, dimasak dan melibatkan pelbagai kos, tiba tiba buang begitu sahaja.  Halnya si ayah temahaq mata semasa mengisi pinggan untuk anaknya.


Begitu juga kalau dalam majlis yang menyediakan makanan secara buffet, yang temahaq tu akan mengambil
sebanyak mungkin makanan, setelah dimakan, tak boleh habis, akhirnya buang begitu sahaja. Orang yang di hujung queue mungkin tidak dapat makanan, sebab yang dipangkal telah begitu temahaq mengambil sebanyak yang mungkin, tetapi lebih banyak masuk tong sampah daripada masuk perutnya.

Kalau pergi haji atau umrah, inilah perangai hodoh yang berapa kali tawaf pun tak boleh diperbetul. Ambil makanan sebanyak yang mungkin, lepas tu tak habis makan. Ambil buah buahan sampai tak cukup tangan, lepas tu buah buahan tersebut dibiar kecut dalam bilik.

Orang yang temahaq ni patut disuruh hirup kahaq

Monday, August 20, 2012

TERJUMPA...DI KUBURAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Memang dia seorang yang baik. Seorang ustaz tulin memang layak jadi orang yang diterima oleh Allah. Allahyaraham meninggal pada hari jumaat terakhir dalam bulan ramadhan ini. Secara mengejut ia berlaku. Semuga Allah masukkan beliau dalam tim mereka yang mendapat RedhaNya.

Malam lepas sepupu kepada isteri pula dijemput Allah, juga dengan cara yang tidak dijangka keluarga. Semua Allah mencucuri rahmat ke atas rohya.

Tanah perkuburan ini adalah satu satu tanah perkuburan orang Islam yang besar di bandar ini. Semasa melalui tanah perkuburan ini kira kira 20 tahun yang lepas, aku dapati terdapat beberapa orang pengunjung yang meletakkan kalungan dan jambak bunga dikubur yang mereka lawat.

Aku berkata sendirian, ini macam amalan orang bukan Islam.

Semasa aku ke kuburan untuk upacara semadian sepupu yang meninggal, aku dapati hampir semua kubur yang telah diziarahi diletakkan jambak atau kalungan bunga.

Setakat yang aku pernah lihat, inilah perkuburan Islam yang pusara itu diletakkan jambak bunga, kalau amalan ini juga berlaku di perkuburan lain, wallahuwa'lam.

Sengaja aku tidak tunjukkan gambar kubur yang dijambak dengan bunga, kesian aku, kerana aku berpendapat, amalan seperti ini

bukan amalan dalam Islam

Saturday, August 18, 2012

SELAMAT RAYO

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Beli lomang kat roundabout. Ni bagus ni encik, malam tadi saya bakar kat sini, katanya. 

Aku ketuk ketuk buluh lemang tu, sambil berkata kalau kau ketuk pun bukan kau tahu apa yang di dalam.

Berapa sebatang? dua belas hinggit, kata sipenjual. Mak hoi, mahalnya. Tapi aku beli juga.

Selamat hari rayo. Maaf zahir batin



Sunday, August 12, 2012

KENA LEMPANG DI BULAN PUASA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Menjadi kebiasaan bagi sebahgian daripada mereka yang hatinya terpaut di kedai kopi di kampung aku kira kira 50 tahun yang lalu, apabila masuk sahaja bulan puasa mereka mula beramal.

Amalan mereka ialah mereka bertarawih di celah celah semak dan ladang ladang getah yang terpencil.

Tarawih mereka ialah berjudi. Beberapa kumpulan akan membuka atau membentang kain alas untuk memulakan aktiviti berjudi.

Semuanya dah dewasa dan punya anak pinak.

Sekali aku lempang baru tau


Friday, August 10, 2012

RAJA SERIBU KUIH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



1973. Aku mula masuk universiti dan di tempatkan di Kolej 5, U Malaya. Bila sampai bulan puasa, pada hari pertama berbuka, aku lihat bermacam macam kuih muih dihidangkan bukan sahaja dalam dewan  makan, tetapi melimpah ke kaunter ofis di luar dewan.

Itu lah pertama kali aku lihat masa berbuka kuih dihidang dengan begitu banyak sekali. Memanglah berbuka di situ dijamu dengan seribu kuih.

Sebab pengetua kolej pada masa itu adalah raja.

Keturunan Iskandar Zulqarnaian. 

Dakwa beliau

Thursday, August 9, 2012

BATU MEMBERI SALAM

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة. حدثنا يحيى بن أبي بكير عن إبراهيم بن طهمان. حدثني سماك بن حرب عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ. قَالَ :
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم “إِنِّي َلأَعْرَفُ حَجَرًا بِمَكَّةَ كَانَ يُسَلِّمُ عَلَيَّ قَبْلَ أَنْ أُبْعَثَ. إِنِّي َلأَعْرَفَهُ الآنَ”.
2- (2277)

Hadits riwayat Jabir binSamurah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:

Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda : Sesungguhnya aku mengenal sebuah batu di Mekkah yang pernah memberi salam kepadaku sebelum aku di utus (menjadi Rasul). Sesungguhnya aku mengenalinya sampai sekarang.

(Shahih Muslim No 2277-2)

sumber: http://mromi.wordpress.com/2011/11/15/sebuah-batu-memberi-salam-kepada-nabi-saw-sebelum-beliau-di-utus/





Monday, August 6, 2012

KENCING ATAS KUBUR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Satu ilmu penggerun yang diamalkan oleh amenoh ialah dengan menakut nakutkan orang sekiranya tidak melakukan apa yang mereka hendak, maka akibatnya nanti ialah padah yang amat buruk akan menimpa generasi akan datang.

Pada masa itu, gertak mereka, anak cucu kau akan kencingkan kubur kau!

Satu kontroversi baru timbul apabila ada sebuah filem mengebohkan Lim Kit Siang kencingkan tiang bendera di rumah menteri besar Selangor semasa peristiwa 13 Mei.

Saksi yang ada bertugas di situ pada ketika tersebut menyatakan perkara itu tidak mungkin berlaku, kerana tiang bendera berada dalam perkarangan rumah mb dan dikawal oleh jaga. Lim Kit Siang sendiri pada masa itu berada di lokasi lain dan dia boleh buktikan. Juga pada masa itu dia sendiri tidak tahu di mana kah rumah mb Selangor pada masa yang disebutkan itu.

Berbohong memang dah mendarah daging dalam diri mereka ni.

Nanti anak cucu kau kencing atas kubur kau



Saturday, August 4, 2012

SEMBAHYANG 1000 RAKAAT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa mendengar khutbah di sebuah masjid semalam, khatib yang membaca khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa agama menyatakan Imam Syafie khatam baca Al Quran 60 kali dalam bulan Ramadhan. Aku mengira ngira, kalau macam itu imam yang mulia itu kena khatam 2 kali dalam sehari, dan kena khatam selama 30 hari berturut turut.

Aku berkira kira lagi, secara fizikal, amat sukar untuk seorang manusia melakukan perkara yang sedemikian.

Ada juga aku dengar orang mengatkan imam anu solat malam 1000 rakaat. Aku pun mengira ngira. Kalau sekiranya imam tersebut mengambil masa 30 saat untuk satu rakaat,  maka untuk 1000 rakaat, beliau memerlukan 30,000 saat, bersamaan 500 minit bersamaan 8.3 jam. Aku rasa beliau tidak cukup masa untuk solat sedemikian kerana waktu subuh dah masuk sebelum selesai 1000 rakaatnya.

Kalau si imam ni mengambil masa 1 saat untuk satu rakaat, maka beliau akan memerlukan 1000 saat untuk solat 1000 rakaat, dan akan mengambil masa 2.7 jam. Kira kiranya sempatlah berqiamullail sebelum subuh masuk.

Tapi logik ke solat satu rakaat dalam masa 1 saat?

Aku pernah time seorang yang solat laju dalam sebuah masjid satu masa dulu. Insan ini mengambil masa kira kira 10 saat untuk rukuk setelah takbirratul ihram. Katakan lah untuk semua rukun, seseorang itu mengambil masa 15 saat untuk satu rakaat., maka untuk solat 1000 rakaat dia memerlukan 4.1 jam.

Kalau dia mulakan qiamullailnya jam 10 malam, maka dia selesai jam 2 pagi. Itu dengan cara solat tanpa henti untuk rehat atau tarik nafas.

Dalam tafsir AlAzhar, karangan yang mulia almarhum Hamka, beliau mengatakan semasa dalam tahanan beliau khatam quran sebanyak 100 kali. Yang ini aku percaya, kerana Hamka kena tahan selama 2 tahun, dan untuk khatam 100 kali, beliau perlu khatam setiap 7 hari.

Dalam hidup aku pernah bila aku pulun cukup cukup, dapat khatam dalam masa 10 hari.