Friday, August 29, 2008

HISTERIA:UMNO TIADA PILIHAN! MINTALAH JASA BAIK TIMBALAN MURSYIDUL 'AM PAS

Assalamualaikum,

Seluruh rakyat Malaysia merasa kesihan dan simpati kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang yang semakin teruk dilanda histeria. Kita juga bersimpati dengan usaha yang telah dijalankan olej pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ada juga orang yang tertanya tanya adakah histeria itu kerasukan, dan adakah kerasukan itu histeria, dan bagaimana pula dengan fenomena yang dikatakan double personality, triple personality atau mulitiple personality. Kesemuanya itu biarlah mereka yang arif menjawabnya. Yang pentingnya pelajar sekolah tersebut sedang mengalami gangguan dan tentulah pelajaran mereka juga turut terjejas.
Juga rakyat Malaysia perlu merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menolong untuk cuba menyelesaikan masalah. Cuma masalah tersebut belum lagi dapat diatasi. Ada seorang yang belum dicuba oleh pihak yang bertanggung jawab iaitu meminta jasa baik Timbalan Mursyidul 'Am PAS, Profesor Dato' Dr. Harun Din, yang diakui oleh rakan dan lawan sebagai seorang yang berwibawa dalam hal ini. Beliau sendiri sentiasa bersikap low profile dalam insiden sekarang ini.
Saya tidak kata sekiranya Timbalan Mursyidul 'Am ini membantu dalam masalah ini, dijamin ia akan dapat diatasi. Tetapi cv beliau cukup untuk kita menaruh keyakinan yang masalah histeria di sekolah ter4sebut boleh diselesaikan dengan bantuan beliau.
Kita tahu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang tidak akan meminta jasa baik Timbalan Mursyidul 'Am tersebut, kerana beliau sendiri pun perlu menerima arahan selanjutnya. Maka di sini sana menyeru kepada Menteri Pelajaran supaya meminta Timbalan Mursyidul 'Am PAS untuk membantu menyelesaikan perkara ini.
Lebih power lagi jika Timbalan Perdana Menteri yang kita tahu mempunyai hubungan baik dengan Timbalan Mursyidul 'Am PAS tersebut menggunakan his good office untuk meminta jasa baiknya menyelesaikan masalah ini.