Friday, August 29, 2008

SUDAH KAH ANDA TAHU APA KOMEN MEDIA MENGENAI BELANJAWAN PETANG INI?

Assalamualaikum,

Diberitakan belanjawan negara untuk 2009 akan dibentangkan di parlimen petang ini, dan seperti biasa pelbagai pihak sedang membuat persiapan untuk mendengarnya. Syarikat-syarikat pelaburan dan analisis kewangan sejak malam tadi telah sibuk membuat persiapan mengenai apakah yang akan dibentangkan tengahari ini.
Dan seperti biasa, sebaik sahaja pembentangan itu selesai, maka pelbagai pihak akan dijemput untuk membuat ulasan dan komen mengenai belanjawan tersebut. Anda tahu apa komen mereka?
Perhatikan apakah komen atau ulasan yang akan dipaparkan di dada media petang ini dan esok. Jawapannya ialah stereotaip yang saya telah dengar sejak saya mengikuti pembentangan ini . Belanjawan terbaik yang pernah dibentangkan! Belanjawan mesra rakyat! Rakyat lega! Potongan cukai! Cukai diturunkan! harga barangan turun! Rakyat berterima kasih belanjawan yang amat prihatin!
Dan seterusnya dan seterusnya. Betulkan apa yang saya katakan ini? Kita sama sama saksikan petang ini.