Thursday, August 28, 2008

SETUJU KALAU PLKN AJAR PELAJARAN SEKS

Assalamualaikum,

Tapi jangan dinamai dia pelajaran seks, mungkin namai ia pelajaran seksualiti, iaitu pelajaran yang mengajar remaja kita perkara dan masalah yang berkaitan dengan seksualiti, dalam perubahan fizikal dan mental yang ditempuhi oleh remaja. Sebenarnya Islam telah lama menitik beratkan ilmu mengenai seksualiti seperti pengetahuan mengenai haid dan nifas, baligh, keluar mani, bersetubuh dan lain lain lagi. Saya ingat saya mempelajari semua ini di sekolah ugama, tidak disekolah akademik. Sebab itu apabila satu kajian dilakukan di Singapura beberapa tahun yang lepas, didapati anak anak orang Islam lebih berpengetahuan mengenai perkara perkara yang berkaitan dengan seksualiti ini berbanding dengan bangsa bangsa lain.
Dalam pelajaran seperti ini juga merupakan peluang untuk dimasukkan pelajaran tentang menjauhkan zina, jangan hampiri zina, mengapa berlaku perzinaan, apa kejinya zina dan mengapa perlu zina itu dijauhi dan pelbagai aspek lain lagi yang berkaitan dengan cabaran getir remaja masa kini.
Lebih penting lagi remaja diajar tentang bahawa penyakit-penyakit baru yang berkaitan dengan hubungan seks. Penting sekali pemahaman mengenai aids, hiv, hepatitis dan penyakit-penyakit lain yang dikaitkan dengan perlakuan seks. Bagaimana dan mengapa mereka mesti menjauhkan diri daripada terjebak dengan gejala yang sedang menular di dunia sekarang. Remaja juga perlu diajar tentang pergaualan bebas serta bahayanya, perbuatan seks bebas serta bahayanya.
Mereka juga perlu didedahkan tentang implikasi seks. Implikasi ugama dan juga implikasi biologi. Mengapa mereka perlu mengelakkan dari daripada perkara ini dan apa perlu dilakukan sekiranya mereka telah terjebak dengan gejala ini. Sekiranya termengandung tanpa nikah dan kemudian melahirkan anak, apakah yang seharusnya dilakukan. Apakah implikasi undang-undang dan apakah implikasi masyarakat. Kesemuanya ini adalah penting untuk kita addresselaku masalah yang memang wujud dalam masyarakat.
Banyak lagi yang boleh dimanfaatkan untuk generasi muda dengan mengajar pelajaran ini berbanding dengan persepsi pelajaran seks hanya mengajar cara cara melakukan seks.