Thursday, August 28, 2008

MEMATANGKAN 2ND ECHELON DALAM PAS

Assalamualaikum,

Kemenangan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh akan mengubah landskap politik Malaysia seluruhnya dan selamanya.Ia akan memberi implikasi bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi juga kepada survival parti-parti politik di Malaysia , termasuk PAS tanpa kecuali.
Anwar sedang memacu satu gelombang kebangkitan yang besar, yang dilabelkan oleh ramai orang sebagai tsunami. Sekiranya tsunami melanda, ia bukan sahaja merobohkan apa yang tidak baik, tetapi apa sahaja yang berada dalam trajektorinya, yang berguna mau pun yang tidak berguna. Ia melanda lawan. Ia juga boleh melanda kawan. Sebagai rakan dalam PR, hakikat ini perlu diselami oleh semua lapisan pimpinan PAS.
Semasa saya terlibat dengan jentera pilihanraya PAS Selangor sebelum pru12, ramai diantara kami yang mempunyai persepsi bahawa PAS lah peneraju kebangkitan politik baru yang sedang melanda semasa pru10. Sebabnya ialah PAS lah yang mempunyai jentera pilihan raya terkuat, paling tersusun, paling berdisiplin dan paling mudah dikerah. Parti parti lain yang menjadi rakan semuanya mengharapkan jentera PAS untuk memberi bantuan logistik kepada mereka, dan secara bersedia, ikhlas dan bersungguh-sungguh, jentera pilihanraya PAS dikerah untuk membantu parti lain yang menjadi rakan semaksimanya.
Bacaan ini kemudiannya menjadi hampir betul apabila PAS muncul sebagai parti pembangkan paling banyak kerusi selepas pru10, dan Almarhum ustaz Fadzil Nor diangkat menjadi ketua pembangkang, dan setelah pemergiannya, TG Haji Hadi pula mengambil tempatnya. Tetapi lanskap itu telah berubah pada hari ini. PAS bukan lagi berada di kedudukan yang disebutkan tadi.
PAS hari ini lebih memerlukan kematangan berpolitik daripada terigau igau dengan kedudukan lamanya. Segala agenda yang diidamkan sekiranya PAS berkuasa terpaksa diletakkan on hold kerana mengambil kira suasana hari ini. Mungkin kerana terigau dengan kedudukan lama, atau kurang kematangan berpolitik maka terkeluar beberapa tindakan yang lebih merugikan daripada menguntungkan untuk jangka masa panjang. Lapisan kedua pimpinan atau second echelon yang lebih mudah melatah berbanding mereka yang lebih seasoned.
Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah turut sama memacu gelombang ini. Mungkin tidak sebagai pemacunya, tetapi kalau sebagai sayap pemacu sekiranya sampai ke tempat yang dituju pun sudah dikira berjaya untuk ketika ini. Di sini kematangan berpolitik lebih diperlukan daripada idealisme dan kegeruhan darah muda.
Sebab itu nada nada seperti tantawi perlu dimoderasikan untuk survival jangka panjang PAS.