Lebih kurang 15 minit dari masa saya menulis ini, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan. Saya ucapkan selamat hari jadi ke 51 kepada Malaysia. Saya setuju kalau dicadangkan kepada semua rakyat Malaysia supaya menyambut hari kemerdekaan ini. Saya sentiasa respect hari kemerdekaan ini. Saya sentiasa hormat tehadap status bendera Malaysia, sebab itu saya tidak setuju kalau mana mana pihak mengibarkan bendera Malaysia terbalik, atau sengaja menterbalikkannya. Saya masih ingat lagi semasa saya di tingkatan 4 di MCKK, malam kemerdekaan itu disambut oleh beberapa individu di hadapan old main. Dan apabila sampai detik 00:00, terdengar suara melaungkan merdeka!merdeka!merdeka! Suara itu ialah suara Kamarudin Jaafar, yang pada masa itu berada di tingkatan 6 atas.
Tetapi sehari lagi umat Islam sedunia akan menyambut kedatangan Ramadhan. Bulan yang membawa seribu barakah. Ini yang saya tunggu tunggu. Ini yang saya nanti nanti. 31 Ogos boleh datang dan pergi, tetapi ia tidak mencuit hati saya. Sebaliknya kedatangan Ramadhan inilah yang lebih besar dan lebih agung dan lebih dirindui.
Jadi, hari merdeka datang kita hormati. Ramadhan datang inilah yang kita agungkan.
Selamat menyambut Ramadhan.