Thursday, September 4, 2008

ALOR GAJAH MENYAMBUT AIDIL FITRI DALAM BANJIR?

Assalamualaikum,

Saya harap apa yang saya tulis ni salah. Tetapi kemungkinannya tetap ada. Kalau Kelantan kena banjir kita tidak hairan. Kalau Johor kena banjir, dulu kita hairan, tetapi sekarang telah menjadi perkara biasa. Tetapi sekarang Negeri Melaka sentiasa diancam oleh banjir. Minggu lepas beberapa kawasan di Negeri Melaka telah pun dinaiki air, tetapi mungkin tidak begitu besar sehingga menarik perhatian umum, tetapi masih lagi menyusahkan penduduk, seperti Tehel dan Ayer Molek. Ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada kawasan Negeri Melaka yang sentiasa sekarang susceptible kepada banjir.
Oleh kerana pola hujan sudah berubah, dan musim hujan telah tiba lebih awal daripada kebiasaannya, maka kemungkinan berlakunya banjir juga telah turut berubah. Di tambah lagi dengan beberapa faktor tambahan, maka inilah yang menyebabkan saya menulis posting ini. Saya kata Alor Gajah, kerana daerah tersebut mempunyai semua resepi untuk meghasilkan banjir. Saya telah tuliskan dalam posting terdahulu: permukaan bumi di Alor Gajah menghasilkan terlalu banyak air larian permukaan, iaitu air yang kita lihat menglir dipermukaan bumi sebaik sahaja hujan turun. Kalau air jenis ini dihasilkan terlalu banyak, maka sistem saliran yang sedia ada tidak mampu untuk menampungnya.


Disini tumbuhan, terutamanya hutan, memainkan peranan penting untuk menahan, menyederhana, menyerap dam melambatkan perjalanan air permukaan ini. Bukit-bukit yang saya sebutkan disini sepatutnya ditumbuhi oleh hutan hujan tropika, tetapi keadaan ini tidak lagi berlaku sekarang.
Bagi Pekan Alor Gajah: Bukit Kukus berhampiran dengan Kampung Ulu Pegoh; Bukit Tunggal dan Bukit Putus berhampiran dengan kampung Kelemak dan kampung Ulu Kelemak; juga Bukit Tujoh...Bagi Kawasan Taboh Naning pula bukit-bukit seperti Bukit Tinggi, Bukit Payong, Bukit Batu Ampar dan Bukit Kelana, sepatutnya ditumbuhi oleh hutan hujan tropika atau pu belukar seperti yang didapati 35 tahun dulu, tetapi oleh kerana ia telah dipeneuhi oleh aktiviti manusia, maka fungsi hidrologi yang sepatutnya dimainkan oleh tumbuhan in tidak berlaku sekarang.
Dengan itu Sungai Simpang Ampat menerima terlalu banyak air larian permukaan apabila berlaku jujan.Selain dari itu Sungai Simpang Ampat juga menerima air larian yang berlebihan dari Bukit Gajah Mati, Bukit Dinding, Bukit jelong di samping Bukti Batu Bendinding. Kalau diteliti sistem Sungai Simpang Ampat ini, ia bertemu dengan Sungai Siput berhampiran dengan Kampung Paya Dalam, dan Sungai Siput ini sendiri menreima air larian yang berlebihan dari Bukit Ulu Panjang, Bukit Terbakar, Bukit Batu Berdinding, Bukit Ayer Menching, Bukit Maling Maling, Bukit Tunggal, Bukit Ayer Lanjut dan Bukit Mersawa..Imej satelit menunjukkan kawasan di sekitar Bukit Ulu Panjang, Bukit Terbakar, Bukit Batu Berdinding, Bukit Ayer Menching, Bukit Maling Maling, Bukit Tunggal, Bukit Ayer Lanjut dan Bukit Mersawa adalah kawasan yang telah dimajukan dan tidak mampu algi memainkan peranan hidrologi yang berkesan.
Oleh itu adalah sesuatu yang memang dijangkakan kalau air larian yang banyak dihasilkan di kawasan ini, dan air ini memenuhi sistem Sungai Siput daun juga Sungai Simpang Ampat.Bagi pekan Masjid Tanah pula, imej satelit jelas menunjukkan Bukit Apit dan Bukit Samak telah ditanggalkan tumbuhannya, jadi kalau keadaannya sedemikian, bagaimanakah kawasan sekeliling Masjid Tanah dapat membantu kawasan rendah yang disaliri oleh Sungai Baru yang lau ditengah-tengah pekan tersebut.
Saya menjangkakan semakin penghujung bulan September dihampiri, maka semakin kerap dan semakin lebat hujan yang turun. Oleh itu, kawasan Alor Gajah akan menerima kesan hujan ini paling maksima. Oleh kerana Aidil Fitri dijangka dihujung September atau awal Oktober, maka ia mungkin bertembung dengan unjuran hujan tersebut.
Mungkin kah Alor Gajah meraikan hari raya dalam banjir?