Sunday, August 31, 2008

UMNO MULA TERASA RACIST TU JIJIK

Assalamualaikum,

Seorang kawan saya bernama Nasa'ee menceritakan apabila beliau keluar daripada satu kursus BTN dalam tahun 1980an, dia terasa sangat benci kepada orang Cina, sedangkan sebelum daripada memasuki kursus tersebut beliau tidak pun bersikap sedemikian. Apakah yang diindoktrinasi oleh badan tersebut kepada trainee mereka? Yang jelas ialah program tersebut menukarkan orang Melayu biasa kepada orang Melayu yang racist.
Semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, seorang pemimpin UMNO Pulau Pinang telah melukakan hati orang Cina Malaysia dengan melabelkan mereka sebagai squatters atau setinggan. Maksudnya di sini ialah, pada pandangan orang ini, orang Cina di Malaysia ini merempat dan apabila sampai masanya boleh diperhambat ke tempat lain secara hina. Kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina Malaysia dari semua pertubuhan, politik atau pun tidak. Sebelum daripada ini, dalam sidang parlimen pun ada ahli parlimen UMNO/BN yang telah mengeluarkan kenyataan racist terhadap kumpulan etnik lain di negara ini.
Dalam salah satu komen tulisan saya mengenai isu racist ini, seorang telah menjawab mengatakan orang yang berlumba kereta itu pun racist. Spesis ni anda nak nak namakan dia apa?
Apabila banyak suara pro UMNO melaungkan ketuanan Melayu, maka mereka sebenarnya bersifat racist. Juga apabila disanggah oleh segenap penjuru dalam masyarakat Malaysia bahawa apa yang mereka tonjolkan itu sebenarnya hodoh dan tidak diterima lagi, maka sedikit demi sedikit mereka memahami maksud perkara ini yang selama ini amat dungu untuk mereka memahaminya. Bila kefahaman itu terserlah, maka barulah mereka sedar, bahawa mereka memperjuangkan sesuatu yang hodoh.
Sebab itulah Tengku Razaleigh cepat cepat memberi definisi sendiri yang bersifat apologitik dengan mengatakan perkataan racist tidak sama dengan perkauman, semua bangsa ada perasaan bangga bangsa, cintakan kaum masing masing. Yang nyata ialah, UMNO sekarang terasa ia perlu menjawab persolan yang diajukan kepada mereka; mereka telah di forced into error, sama seperti beberapa badut yang telah bersumpah kerana suasana memaksa mereka bersumpah. Jadi suasana sekarang memerlukan orang UMNO menjawab dan menerangkan yang mereka bukan racist, mereka bukan jahat, mereka bukan gedebe. Mereka sebenarnya santun.
Anda percaya ke?