Wednesday, September 3, 2008

KIT SIANG L, TIMBALAN PERDANA MENTERI

Assalamualaikum,

Gerakan untuk mencalonkan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri sekiranya PR berjaya mengambil alih pucuk pimpinan negara semakin kuat. Dan sekiranya tarikh 16 September yang dipublisitikan itu menjadi kenyataan, maka Malaysia akan memasuki satu era politik yang belum pernah dilaluinya sebelum ini.
Saya mengharap perkara ini menjadi satu kenyataan, iaitu, pemerintahan negara bertukar tangan dari BN kepada PR. Walaupun dilabelkan sebagai masuk dari pintu belakang, namun segala lemungkinan hendaklah diterokai, sebab sistem politik yang diamalkan di negara ini memboleh dan memungkinkan ia berlaku. Seperti apa yang berlaku di Pakistan, di mana Perves Musharraf turun dari tahtanya apabila sokongan ahli parlimen yang dulunya menyokong beliau bertukar kepada pihak lawan beliau.
Sekiranya Anwar jadi perdana menteri dan Lim Kit Siang pula menjadi timbalannya, maka saya baca sistem pemerintahan yang diguna pakai ialah sistem sekular. Perbezaannya dengan apa yang diamalkan oleh BN ialah pemerintahan ini atau pemerintahan Anwar ini bersifat sosialistik, pragmatik dan innovatif. Perincian sistem pemerintahan ini hanya akan kita ketahui selembar demi selembar apabila ia benar benar beroperasi.
Sekiranya terjadi pemerintahan Anwar ini, saya menjangkakan ia bertahan selama 20 tahun, atau selama mana Anwar bertahan. Selesai sahaja era Anwar, sistem atau pakatan ini juga akan selesai. Jadi bagaimana dengan PAS dan pemerintahan Islam?
PAS mahu tidak mahu adalah penumpang yang duduk di tempat duduk belakang. Tetapi penumpang ini penting, kerana ia seperti pembekal bahan bakar kepada kenderaan yang membawa pakatan ini. Tanpa penumpang ini, kenderaan pakatan tersebut akan hanya mampu bergerak untuk jarak yang terhad. Tetapi PAS akan terus menjadi penumpang di tempat duduk belakang, sebabnya ialah apabila sampai ketika untuk berunding bagi pengagihan kerusi bagi menghadapi pru 13, PAS akan berada dalam keadaan yang tertekan, kerana , saya baca, dua komponen lagi akan memandang PAS dengan satu pandangan yang meremeh atau melihat PAS sebagai junior partner. Dengan itu, jumlah kerusi yang boleh ditandingi oleh PAS adalah terhad, dan akan jauh kurang daripada apa yang diperuntukkan kepada dua rakan yang tadi. Dengan itu, PAS akan kekal sebagai junior partner untuk tempoh masa yang saya katakan tadi. Itu pun kalau PAS mempamirkan prestasi yang baik dalam pru 13 nanti. Sekiranya prestasi PAS meredum, maka ia akan jatuh ke kedudukan yang lebih sukar lagi, hatta boleh sampai ke tahap melukut.
Apakah laluan yang boleh diambil oleh PAS?Pada saya laluannya adalah jelas, iaitu satu sahaja: bertahan bersama PR. Prinsip saya ialah be in the game. Dalam masa 20 tahun ini, samada BN atau PR, pemerintahan negara akan terus mengamalkan sistem sekular. PAS memerlukan satu generasi lagi untuk memungkinkan ia merealisasikan idealisma politiknya. Saf pimpinan negara sekarang hanya perintis atau penunjuk jalan kepada generasi akan datang yang akan membawa obor perjuangan Islam. Saf pimpinan PAS yang berada dalam second echolon dan third echelon mesti dimahirkan dan dipertajam bacaan politik mereka untuk memungkinkan menjadi peneraju politik negara masa hadapan. Politik negara pada hari ini bukan ditentukan oleh PAS.
PKR telah sedia dengan PM mereka, DAP telah sedia dengan TPM mereka, PAS sedang tercari cari seorang political engineer.