Saturday, September 6, 2008

RUPA BENTUK KERAJAAN ANWAR

Assalamualaikum,


Katakah lah apa yang dihebohkan mengenai 16 September 2008 itu menjadi. Dan Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan dan dia sendiri adalah perdana menteri Malaysia maka ramai orang bertanya apakah bentuk kerajaan yang akan dihasilkannya? Soalan ini kerap datang dari kalangan PAS, kerana, PAS bersama dengan pakatan ini adalah atas dasar idealisme yang diperjuangkannya, iaitu untuk membentuk pemerintahan Islam di Malaysia.
Saya namakan pemerintahan atau kerajaan yang dibentuk nanti sebagai pemerintahan Anwar atau PA. Untuk membentuk PA, katakan Anwar dapat menarik dan menyebabkan 40 orang ahli parlimen BN berpaling tadah dan menyertai Anwar untuk membentuk kerajaan baru, yang mana Anwar adalah perdana menteri. Sekiranya ini berlaku, maka PR akan mempunyai 4 komponen, PKR, DAP, PAS dan BN murtad (BN-m). Ranking komponen ini akan mengikut jumlah kerusi parlimen yang dipunyai oleh tiap komponen, jadi susunannya adalah seperti berikut: 1. BN-m 2. PKR 3. DAP 4.PAS. Perebutan sengit ialah untuk jawatan TPM. DAP telah menyuarakan L Kit Siang untuk menjadi TPM, tetapi BN-m akan lawan dan akhirnya jawatan TPM jatuh kepada BN-m. Katakanlah orang yang menjadi TPM ialah MY. Sususan kabinet anda boleh agak dengan mudah, kalau tak boleh teka, gunakan sahaja barisan kabinet yang telah pun disebarkan dialam siber ni.
Sistem pemerintahannya adalah sistem sekular. Pendekatan yang digunakan ialah pendekatan sosialistik, dengan penekanan kepada social justice and citizen-friendly.Perang pertama yang akan dilancarkan oleh PA ialah menghapus kurap yang telah subur dalam pemerintahan BN, seperti korupsi, kronism dan perompakan harta negara. Undang-undang draconian seperti ISA akan dihapuskan. Pemerintahan ini akan menghormati Islam sebagai ugama rasmi, tetapi hanya setakat menghormati sahaja. Undang undang Islam tidak akan didaulatkan.
Ini akan membawa kita kepada satu senario menarik. Adakah PAS nanti akan berasa canggung dalam suasana ini? Sistem yang cuba diruntuh PAS tidak dapat diruntuhkan, yang berlaku ialah tukar baju sahaja. Pernah pemimpin PAS menyuarakan pendapat kalau Islam tidak memerintah, PAS akan meninggalkan pakatan ini. Adakah ini akan berlaku?
Saya rasa pilihan terbaik bagi PAS ialah terus berada dalam pakatan ini, sebabnya ialah ia telah termasuk dalam satu lubang yang tidak ada jalan undur ke belakang. Ia perlu meneruskan perjalanan dan hadapi apa juga rintangan di hadapan. PAS tidak akan memainkan peranan penting dalam PA. Ia akan lebih bersifat seperti mufti, atau yang lebih tepat ialah lebai. Apabila satu fatwa dikehendaki, barulah ia dihubungi.
Perjalanan masih jauh lagi bagi PAS. Kalau PA berjaya dibentuk, maka saya jangka PAS kena tunggu 20 tahun lagi untuk mendaulatkan Islam. Itu pun kalau berjaya. Sementera itu, ikut sahajalah pemandu dihadapan:
Sudah kau tahu peria tu pahit
Kenapa disayur dari bunganya
Sudah kau tahu politik tu perit
Kenapa dicebur dari mulanya