Suara suara dalam UMNO yang mahukan Dr. Mahathir kembali semula ke pangkuan parti tersebut adalah sebenarnya satu rintisan pilu mereka yang sedang meratapi kenazakan yang yang hanya ada satu sahaja penghujungnya. Ada unsur dalam UMNO yang melihat Mahathir sebagai satu satunya majun yang mampu mengawit semula kematian pucuk mereka sekarang.
Bagaimana kuat pun diratapi, bagaimana gegak pun digegari namun pada hemat saya Mahathir tidak akan masuk semula ke dalam UMNO, walaupun ada kenyataan yang keluar dari beliau menyatakan beliau akan masuk semula ke dalam UMNO apabila onak yang menyebabkan dia keluar UMNO telah terlebih dahulu dikeluarkan daripada tubuh UMNO.
Saya melihat dua sebab kenapa Mahathir tidak akan masuk UMNO semula. Pertama, segala pekung yang subur semasa pemerintahan beliau sekarang ini sedikit demi sedikit sedang diselak dan tertubit. Kalau sekiranya cerita perbalahan antara T.Ananda dengan satu syarikat gergasi di Indonesia itu betul, maka ini adalah hilal kepada satu senario perbalahan yang akan memalap dan mematikan sebarang come back yang mungkin dicuba oleh beliau. Ia akan lebih menyusahkan UMNO daripada menolongnya.
Kedua, dan ini saya rasa lebih benar, masa tidak menyebelahinya.