Beberapa hari yang lepas kita baca berita bagaimana kerjaan Itali telah meminta maaf kepada Libya kerana penjajahan negara tersebut. Libya diberikan pampasan untuk membayar semula harga kerosakan yang dilakukan oleh itali terhadap negara itu. Kita berasa ini adalah satu perkembangan yang baik untuk menunjukkan ketelusan pemerintahan dan kebertanggung jawaban.
Saya rasa perkara yang sama juga perlu diajukan oleh Malaysia kepada kerajaan UK, kerana kerajaan negara tersebut telah menjajah Malaysia untuk jangka masa yang panjang dan banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh negera tersebut terhadap Malaysia.
Juga satu perkara lagi ialah UK telah pandai pandai menyerahkan negeri negeri Melayu kepada kerajaan Siam, sehingga menyebabkan beberapa negeri Melayu sekarang berada dalam pemerintahan Siam. Perjanjian tidak sah itu hendaklah dikira batal, dan berikan hak kepada rakyat di negeri negeri Melayu yang sekarang ini berada dalam Thailand untuk menentukan destini mereka sendiri, samada mereka hendak merdeka sepenuhnya atau memilih untuk bergabung dengan Malaysia dan menjadi sebahagian daripada negeri negeri dalam Malaysia.