Tuesday, December 31, 2013

MERAHANG VS SEMERBAK

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sebaik aku keluar dari kamar bau merahang menerjah tajam ke hidung ku. Waduh, bau apa yang busuk ni, bisik ku dalam hati. Dulu semasa TKI-tenaga kerja indon- bekerja di rumah ku, mereka telah sangat tersedia maklum pak ostad sangat sensitif dengan bau bau seperti ini. Mereka akan sangat cermat sekiranya menggoreng ikan bilis, membakar belacan atau memasak pekasam.

Apabila aku sampai ke ruang dapur, bau yang merahang itu semakin keras dan menerjah deria hidu ku dengan hantaman yang amat kuat sekali, sedangkan jam baru hampir masuk waktu subuh.

Apa yang merahang ni? aku ingin mendapatkan kepastian.

Apa merahang? orang dah bangun dari pukul 5 pagi nak buat nasi lemak ni. Jawab suara yang otoritatif.

Apa yang semerbak ni, aku memiraukan dialog.

Hah, macam tu la. Nasi lomak kalu tak de ikan bilis mano sodap!

Monday, December 23, 2013

GEBEH MENTERI LIM KIT SIANG HANTAM

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bila kita dengar 30 gibu pelajar PMR dapat semua A, tentulah kita rasa sistem pelajaran di Malaysia ini antara terbaik di dunia., Tetapi bila Lim Kit Siang jolok pak menteri mengenai standard pelajaran kita pada peringkat dunia, tidak ada pak menteri yang mampu jawab, termasuklah menteri yang bertanggung jawab.

Prestasi pelajar Malaysia dalam penilaian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) and Programme for International Student Assessment (PISA) adalah amat jauh tertinggal diperingkat antarabangsa.

Sekiranya Lim Kit Siang tidak timbulkan hal ini, mungkin rakyat Malaysia akan terus syok sendiri dengan prestasi sistem pelajaran kita


Thursday, December 19, 2013

APA ITU MAQAM YG TERPUJI?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Al Marbawi, dalam kitabnya Bahrul Mazi mengenai syarah hadis Tarmizi, Juzu' 2, m.s. 89, masalah 184, menerangkan maksud doa selepas azan pada patah perkataan maqam yang terpuji:

Intipatinya, semasa huruhara di hari akhirat, manusia meminta syafaat daripada Nabi Adam, beliau tidak mampu kerana telah engkar perintah Allah agar tidak menghampiri satu pohon di syurga. Mereka beralih kepada Nabi Nuh, beliau tidak boleh memohon syafaat kerana telah mendoakan kaumnya agar diturunkan bala. Mereka beralih ke Nabi Ibrahim, beliau tidak boleh kerana telah berbohong 3 kali (mengaku sakit -Asshaffaat 37:89; mengatakan patung besar memecahkan berhala lain-Al Anbiya 21:63; mengatakan Sarah isterinya sebagai saudaranya, untuk mengelak dirampas oleh raja zalim). Mereka beralih ke Nabi Musa, tetapi beliau telah membunuh satu orang yang tidak disuruh bunuh. Mereka beralih ke Nabi Isa, juga beliau tidak boleh memberi syafaat, tetapi mengsyorkan mereka pergi ke Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila Nabi Muhammad diminta memberi syafaat, baginda bertelut di bawah arasy dengan segala puji kepada Allah sehingga ada suara yang memerintah baginda bangkit dan minta apa yang dikehendaki.

Baginda mengatakan: Ya Allah, umatku, ya Allah, umatku, ya Allah, umatku.

Inilah yang dinamakan Maqam Mahmud, maqam yang terpuji.

Monday, December 16, 2013

TELOQ GRED A

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Hafiy, di mana awak?
Ooo, dia dah main di luar
Patut la senyap je
Ibunya menyelinap ke luar mencarinya
Oh, dia dah pecahkan telor
Dua tiga papan tray telor ditinggalkan oleh ayahnya di veranda tangga dapur
telah diambil sebiji oleh Hafiy dan dihempaskannya ke lantai
 Telor Gred A itu terburai di atas lantai luar
Bukan bukti gred A

Monday, December 2, 2013

BERSERBAN DLM KUBUR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apabila sampai masanya semua makhluk akan menemui tuhannya. Semuanya akan tinggal, melainkan tiga perkara: Amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapa.Ku lihat sepintas lalu jasad yang sedang disempurnakan kafannya sebelum didirikan solat untuknya. Juga semasa aku meninjau ninjau tempat permandian si arwah, aku melintasi peralatan pengkafanan yang telah disediakan terlebih dahulu sebelum mayat dimandikan.

Dari jauh ku teliti apa yang telah disediakan, oo, sama seperti pada kebiasaannya. Cuma yang aku masih tertarik ialah turut disediakan serban bagai tujuan dipakaikan kepada mayyit tersebut. Aku telah lihat serban untuk mayyit beberapa kali sebelum ini.

Mengapa dipakaikan serban apabila sudah arwah? adakah itu satu pengiktirafan bahawa serban itu perlu bagi seseorang di alam akhiratnya?

Mengapa kau tidak pilih menyerbankan kepala mu semasa kau hidup, tetapi diserbankan ketika kau dalam kubur?



Monday, November 25, 2013

YAHUD TETAP X SETUJU NUKLEAR IRAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Membaca perkembangan rundingan mengenai program nuklear Iran antara negara tersebut dengan negara negara kuasa besar dunia, walaupun kuasa besar telah setuju dengan perkara dasar mengenai hal ini, dan walaupun secara angkuh mereka tidak mengiktiraf hak Iran untuk mengkayakan unranium, namun, Israel tetap tidak setuju dengan pencapaian rundingan tersebut.

Dia tetap kata segala kemungkinan boleh belaka, termasuklah menyerang Iran secara sendirian.

Thursday, November 21, 2013

BELAJAR HAL AZAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Membaca sehelai atau seperenggan kitab hadis setiap hari bekerja menjadi amalan ku. Sampai bab azan atau bang. Banyak kelebihan bagi mereka yang menjadi muazzin



Monday, November 11, 2013

TACLOBAN DI FILIPINA HANCUR DEK TUAFAN HAIYAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Typhoon Haiyan - one of the most powerful storms on record to make landfall - swept through six central Philippine islands on Friday.
It brought sustained winds of 235km/h (147mph), with gusts of 275 km/h (170 mph), with waves as high as 15m (45ft), bringing up to 400mm (15.75 inches) of rain in places.
"The world has not seen a storm like this before," said Senen Mangalile, the Philippines Consul General to the UK.

 Officials estimate up to 10,000 people have died in Tacloban city and hundreds elsewhere. Hundreds of thousands of people are displaced.






Saturday, November 9, 2013

SURAU MASJID PERLU AUDIO ENGINEER?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tempat di mana aku tinggal terdapat banyak surau. Mungkin sekarang angkanya sudah melebihi 20 buah.. Ada diantara surau surau ini saiznya menyemai masjid, atau mungkin lebih baik daripada masjid di setengah tempat.

Juga ada diantara surau surau ini yang dapat tauliah untuk mendirikan solat jumaat.

Yang musykil dihati aku ialah orang Islam telah hilang ilmu mengenai design atau architecture, hilang ilmu mengenai pencahayaan, hilang ilmu tentang ventilation, hilang ilmu tentang pendengaran.

Ada surau, yang didirikan solat jumaat, binaannya terlalu rendah, dipasang cermin gelap yang menjadikan ruang solatnya gelap dan samar. Ada surau yang sistem pembesar suaranya bukan membantu jemaah mendengar, tetapi lebih kepada membantu jemaah tidak mendengar.

selain imam, bilal dan muazzin. surau surau di sini mungkin memerlukan audio engineer.

Wednesday, November 6, 2013

PERLUKAH MENCIPTA SEMULA RODA?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa bermusafir bersama Al Brangi, beliau antara lain ada menyatakan pendangan mengenai taifah taifah baru yang wujud yang kononya juga memperjuangkan Islam di negara ini. Aku perpandangan sama, walau pun pendekatan mungkin sedikit berbeza.

Pernah ku saksikan u tube pemimpin salah satu taifah ini menghuraikan tahalluf siyasi, yang mana pendekatan jemaah Islam utama di negara ini diperlekeh kerana kononya bersandarkan kepada satu hadis yang dhaif. Lebih kurang apa yang ingin disimpulkan oleh pemimpin ini ialah uslub yang diguna pakai oleh jamaah utama ini adalah salah. Peliknya tahalluf siyasi yang mereka sendiri ambil semasa menghadapi pru 13 yang lepas disandarkan kepada apa? Aku cadangkan kau baca booklet karangan almarhum ustaz Abu Bakar Hamzah yang bertajuk tahalluf siyasi.

Juga ada di kalangan ostad yang duduk dalam jamaah utama ini mencadangkan itu dan ini, sekiranya mau menang. Semua tu ostad, telah selesai dibincangkan berabad dulu.

Perlu kah roda itu dicipta semula?

Tuesday, November 5, 2013

SELAMAT MA'AL HIJRAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1435 kepada semua warga dunia.

Happy new hijriah year, begitulah lebih kurang kata Sulaiman, dari Kuwait kepada kami. Dia juga mengingatkan yang setiap satu abad baru akan muncul seorang mujaddid. 

Pada masa itu kami berada di Penn State University, Pennsylvania USA. Mujaddid pad ketika itu mungkin Khomeini.

Tahun itu ialah 1400 hijriah

Wednesday, October 30, 2013

TAHNIAH BAWANI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Tahniah Bawani kerana memenangi salah satu kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya pelajar UUM.

Nama kau pun ada bau bau berani.

Harap harap student aku ada yang berani macam Bawani

Jangan asyik nak ngampu dan solek solek yang wangi

Monday, October 28, 2013

MENGAPA MESTI KUNING? TANYANYA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Semasa mencari kediaman besan ku, simpang yang sepatutnya aku masuk, tidak ku perasan, kerana pasar borong yang menjadi penandanya telah selesai berbisnis, maka kesibukannya telah tiada untuk menarik perhatian ku.

Maka terlajaklah sampai masjid yang sedang dibina ini di Taman Yayasan.

Mengapa kubahnya mesti kuning, rungut Al Brangi. Bukan kah ada tempat sembahyang satu agama menggunakan warna kuning? Bukankah warna hijau sudah diterima secara universal melambangkan Islam? Rungutnya lagi.

Aku pula komen, kenapa latar belakang papan tanda nya mesti berlatar biru? mengapa paip air dilatar depan mesti diwarna biru?

Tuesday, October 22, 2013

SELAMAT BERTANDING P/RAYA KECIL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Diucapkan selamat bertanding kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya kecil Sg Limau, Kodah.

Monday, October 21, 2013

WORRY?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa bergiat dengan satu badan siasah, suasana pada masa itu amat mudah ditelah. No worry, mesti betul punya telah kau tu, iaitu, bertanding, kalah. Apabila ada jawatan yang hendak dipertandingkan, maka masing masing akan mengelak diri daripada dilantik atau terlantik, kerana jawatan itu pastinya akan menggayutkan diri anda dengan pelbagai bebanan dan tugas yang tidak penting dan tidak membawa sebarang pulangan.

Suasana berubah, apabila berkat dan hasil daripada penat jerih tadi, keadaan kalah bertukar kepada menang, walaupun menang  bukan dalam erti kata boleh menjadi raja dalam urusan keduniaan, namun ghanimahnya tetap ada. Sekurang kurangnya boleh dilantik jadi ahli majlis. Itu sudah cukup bosar, kerana yang bergayut dengan perlantikan tersebut ialah kuasa, yang dulunya sangat elusif.

Pernah ku sebutkan dalam usrah dan pertemuan kami yang sudah otai ini, dalam kes perempuan, 100 orang yang terdapat dalam badan ini, 10 adalah yang terlibat, seperti beristeri lebih daripada satu. Kalau judi, atau arak, dalam 100 adalah sorang. Tapi kalau hal duit, sama saja dengan yang diseberang pantai nuu.

Percikcokan ini bukan lagi rahsia. Bukan lagi tertutup, tetapi telah menjadi tayangan perdana dan ditonton oleh semua.

You worry? I no worry

Thursday, October 17, 2013

IBU BERSENDIRIAN?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ceritanya telah ku dengar daripada mereka yang telah mendahului, dan memang, cerita itu berulang semula. Ibu yang bersendirian sekarang ingin bersendirian di kediaman sendiri, tanpa perlu dibela oleh anak anak. 

Perlu diraikan

Friday, October 4, 2013

TANDA PUTRI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa cuti panjang sekolah dihujung tahun dimana berlaku peristiwa berdarah 13 Mei, aku membaca buku yang ditulis oleh Al marhum Tunku Abdul Rahman mengenai peristiwa berkenaan. Pada ketika itu aku akan memasuki form 5 pula ditahun berikutnya. Aku tidak membuat keputusan apa apa setelah membaca buku itu, tetapi yang aku paling tersentuh ialah apabila penulis menukilkan tasbihnya putus semasa beliau berwirid, dan mungkin, menurut penulis, ada sesuatu mesej yang ingin disampaikan dengan kejadian itu.

Bertahun kemudian, setelah aku reti membuat analisis, aku menyimpulkan musabab peristiwa berdarah itu ialah ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan.

Sebelum PRU 12, aku mengandaikan, memang pihak berkenaan tidak boleh tumbang dalam pru berkenaan, dan memerlukan satu tumbukan lagi untuk tumbang. Tapi, analisis aku tidak tepat. Satu tumbukan tidak cukup untuk menumbangkannya, sebab itu dalam PRU 13, ia masih berdiri, walaupun terhuyung hayang.

Cuma pelajaran penting yang boleh diambil di sini ialah, setelah selesai PRU 12, pihak berkenaan tidak boleh menerima hakikat mengenai kekalahan, sebab itu presiden pada ketika itu diminta berundur.

Setelah PRU 13, keputusan yang diterima lebih teruk lagi, tetapi kali ini presiden tidak diminta berundur. 

Isyaratnya ialah, mereka telah boleh menerima hakikat kalah.

Wednesday, October 2, 2013

TAKBIR PRU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Di institusi di mana aku bertugas sekarang terdapat penggunaan jentera seperti dalam gambar. Ku perhatikan semacam satu carriage dicangkuknya di belakang jentera ini yang mempunyai roda dan ruang yang juga ku perhatikan digunakan untuk meletakkan plastik sampah yang dikutip di sekitar institusi ini.

Bilik kuliah bagi kelas aku semester lepas terletak sekitar 5-7 minit berjalan kaki dari ofis aku, jadi sekiranya cuaca baik, aku memang mengambil peluang berjalan kaki ke kuliah. Juga yang memakai serban di institusi ini setau aku hanya aku dan seorang lagi.

Semasa aku berjalan kaki ke kuliah pada satu hari, aku dengar bunyi jentera ini sedang bergerak bertentangan arah dengan perjalanan ku. Sebaik jentera ini menghampiri aku, ku dengar satu jeritan: Takbir! Oleh kerana bunyi enjin jentera tersebut kuat, tentulah yang bertakbir itu mengeluarkan suara yang kuat sehingga aku dapat mendengarnya dengan jelas walaupun jaraknya dengan aku sekira kira jarak satu tiang letrik. Aku perhatikan pemandu jentera tersebut, dia memalingkan mukanya ke arah lain.

Dua tiga minggu kemudian, aku berjalan kaki lagi ke kuliah. Kali ini aku dengar juga bunyi enjin jentera ini sedang bergerak, tetapi kali ini dari arah belakang aku. Sebaik jentera ini memotong aku, ku dengar sekali lagi: Takbir! Kali ini pemandu tersebut tidak memalingkan pandangannya ke arah lain, mungkin kerana jentera tersebut sudah melepasi aku.

Setelah dua kali insiden ini, aku yakin, yang bertakbir itu ialah pemandu jentera tersebut.

Satu dua minggu kemudian, dalam perjalanan ku ke kedai makan untuk breakfast, aku terserempak lagi dengan jentera ini, tetapi kali ini jarak amat dekat kerana aku dan jentera itu berada di persimpangan jalan. Oleh kerana sangat hampir, aku menunggu dan mengamati pemandu tersebut dan berharap kalau dia lah yang bertakbir pada dua insiden yang lepas, aku ingin hadiahkan kepadanya sebuah senyumanku yang menawan ini. Aku juga ingin bertemu dengan dia, sekiranya dia parkir jentera itu di tempat yang berhampiran dengan aku, kerana aku ingin bersalaman dengan beliau dan bertanyakan khabar.

Tetapi, semasa jentera ini melepasi tempat di mana aku berdiri, pemandu tersebut tidak menoleh kepada aku dan tidak pula bertakbir. Aku berkira kira sekiranya dia bertakbir, ingin aku sahut takbir tersebut.

Beberapa hari selepas pertemuan ketiga ini, PRU ke 13 berlangsung.

Jentera dan pemandunya tidak kelihatan lagi sehingga ke hari ini


Friday, September 27, 2013

SEMOGA RAHMAT ALLAH BERSAMA MU, UTZ AZIZAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semoga rahmat Allah, keampunan Allah dan redha Allah bersama mu Ustaz Azizan

Friday, September 20, 2013

IPG JADI U?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


TANJUNG MALIM: Kerajaan sedia menimbang cadangan menggabungkan 27 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menjadi sebuah universiti pendidikan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata bagaimanapun ia perlu mengambil kira pelbagai aspek seperti tempoh masa, bidang dan kemahiran yang akan diajar serta bentuk-bentuk pengajaran yang akan digunakan.

“IPGM pun tarafnya seperti sebuah universiti cuma yang terlatih di situ adalah untuk dijadikan guru di sekolah-sekolah rendah. Bagaimanapun, ia satu cadangan yang baik.

“Sama ada IPGM akan berganjak, dinamakan semula atau diletakkan sebagai satu universiti yang besar, ini cadangan yang kita boleh kaji,” katanya pada sesi dialog perjumpaan khas warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan timbalan perdana menteri di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab cadangan seorang alumni UPSI agar 27 IPGM di seluruh negara diletakkan di bawah kendalian universiti itu di sebalik ura-ura memansuhkannya.


Tuesday, September 17, 2013

RATU M'SIA NICOL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tahniah diucapkan kepada Datuk Nicol Ann David atas kejayaan merangkul kejuaraan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB untuk kali kelapan, semalam.

Sunday, September 15, 2013

ROONEY PAKAIN SERBAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tertarik dengan aksi Rooney semasa melawan Crystal Palace 14 Sept. 2013. Beliau pakai serban.

Thursday, September 12, 2013

PERIHAL AZAN.....sambungan

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


.....kemudian dilalukannya tangannya atas mukaku kemudian di hadapanku kemudian atas jantungnya kemudian sampai tangannya s.a.w. ke pusatku maka sabdanya s.a.w.:

barakallah fi ka
wa baraka 'alai ka

Maka kataku: Ya Rasullullah, suruhlah hamba jadi tukang bang di Makkah, maka sabdanya s.a.w. sungguhnya telah aku suruh akan dikau dengannya. Kata Abu Mahzurah maka hilang sekelian perkara yang adalah aku benci bagi Rasulullah s.a.w., dan kembali yang demikian itu sekeliannya kasih bagi nabi s.a.w. 

Maka kembali aku ke Makkah masa itu 'Atab bin Asid dijadikan sebagai pemerintah ('amil)Rasulullah di dalam Makkah maka jadi tukang bang sembahyang aku daripada suruh Rasulullah s.a.w. itu.

(Kata Shafiie): dan bermula bang dan qamat sebagaimana yang telah aku hikayatkan daripada keluarga Abi Mahzur itu maka barangsiapa mengurangkan daripadanya sesuatu atau mendahulu kemudiankan (putar balik) nescaya mengulang ia akan bangnya hingga didatangkan barang yang dikurangkannya dan tiap tiap suatu daripadanya pada tempatnya.


Wednesday, September 11, 2013

PERIHAL AZAN.....1

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Dari Kitab Bahrul Mazi oleh Al Marbawi, vol 2, m.s. 64, masalah 134.

Mengikut Al Marbawi, yang seluruh kitabnya membincangkan hadis Tarmizi, hadis mengenai bang atau azan yng dikeluarkan oleh Tarmizi adalah pendek, lalu beliau mengemukakan hadis mengenai hal ini yang dikeluarkan oleh Shafie dalam Kitab Al Umm.

Katanya (kata Shafie): diriwayatkan daripada  Abdullah Ibn Mahiriz katanya: maka berkatalah aku bagi Abi Mahzurah: Ya Pak Wan, bahawasanya aku akan keluar pergi ke negeri Syam, dan bahawasanya aku takut ditanya orang akan Bang yang diajar Nabi akan dikau apakala sampai aku ke sana, maka khabarkanlah kepada aku akan hadisnya dan lafaznya. Jawab Abi Mahzurah, baik!

Kata Abu Mahzurah:  Keluarlah aku beberapa orang, maka jadilah kami berjalan pada setengah jalan Hunain. Maka Rasulullah s.a.w. mengembalikan tenteranya daripada Hunain maka berjumpalah kami dengannya pada setengah jalan. Dalam itu bang lah tukang bang dengan sembahyang di sisi Rasulullah s.a.w., maka aku dengarlah suara tukang bang itu pada halnya kami sedang bersinduh semuanya. Maka keriaulah aku mengajuk bang dan mengejek ngejeknya, rupanya didengar oleh Rasulullah s.a.w. akan suara ku.

Maka diutusnya orang kepada kami hingga dibawa orang akan kami didirikan di hadapan Rasulullah s.a.w. (yakni sebagai orang salah). Maka sabdanya siapa daripada kamu telah aku dengar suaranya sungguhnya tinggi ia (kerana suara Abi Mahzurah itu sedap dan nyaring ke mana mana). Maka ditunjukkan oleh orangsemuanya kepada aku. Maka Rasullullah s.a.w. pun melepaskan semua mereka itu dan ditahannya aku.

Maka sabdanya bangkit (bangun berdiri) bang sembahyang, maka bangunlah aku. Tiadalah rasanya pada masa itu suatu yang aku benci lebih daripada aku bencikan Rasulullah s.a.w. dan bencikan barang yang disuruhnya aku. Maka berdiri aku dihadapannya lalu diajar Rasulullah s.a.w. akan bang dengan sendirinya, maka sabdanya: kata oleh mu:

Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Asyhadu allailaha illallah
Asyhadu allailaha illallah
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah

kemudian sabdanya: ulang oleh mu dan lanjutkan suara mu
Kemudian sabdanya:

 Asyhadu allailaha illallah
 Asyhadu allailaha illallah
 Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
 Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
Haiya 'alassolah
Haiya 'alassolah
Haiya 'alalfalah
Haiya 'alalfalah
Allahu Akbar
Allahu Akbar
La ilaha illallah

Kemudian dipanggilnya aku pada waktu selesai bang, maka diberinya akan daku satu pundi pundi di dalamnya berisi suatu daripada perak, kemudian menghantar nabi akan tangannya di ubun ubun ku.......

(bersambung)

Saturday, September 7, 2013

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diucapkan selamat menunaikan fradhu haji kepada semua jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci. Didoakan semuga sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana, sentiasa sabar dengan segala cabaran dan dugaan, dan ikhlas serta tekun mengerjakan semua ibadat.

Didoakan anda dapat haji yang mabrur



Wednesday, September 4, 2013

QALAM

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ku lihat anak itu turun menyusuri mata tangga. Aku kira umurnya 6 atau 7 tahun. Mungkin ofis ibu atau ayahya terletak ditingkat atas ofis aku ini. Dia memegang sesuatu, yang walaupun tidak perlu aku menelitinya dengan cermat, secara sepintas lalu aku tahu anak itu sedang memegang sebuah I pad. 

Imej tersebut terus menerobos memori aku yang berkeupayaan jutaan giga bytes. Teringat dalam tahun 1959. Aku hampir sebaya dengan anak kecil yang aku lihat tadi. Pada ketika itu aku sudah pun masuk ke darjah 1, di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya, di negeri Antah Berantah.

Masih ku ingat, bilik darjah yang mula mula aku masuk berbentuk seperti sebuah kandang yang dindingnya terdiri daripada papan yang ditindan setinggi pinggang orang dewasa. Atapnya dibuat daripada daun, aku percaya daun rumbia. Lantainya tidak bersimen, tetapi cukup dengan permukaan tanah yang sudah licin dan season disebabkan dilacak oleh pelbagai kaki.

Guru yang aku ingat lagi pada masa itu ialah guru besar bernama Cikgu Hashim, orang Duyung yang datang ke sekolah memandu kereta Austin berwarna hitam dengan nombor plat M 1551. Ada guru lain yang aku ingat namanya Cikgu Che Wa.

Aku dibekalkan dengan sebuah I pad dan satu stylus untuk kegunaan belajar. Bukan aku sahaja, malah semua murid darjah 1 hingga darjah 2 menggunakan I pad dan stylus masing masing.

Cuma ada perbezaan yang sangat sangat kecil sahaja,

I pad pada masa itu dikenali sebagai papan batu, manakala

stylus pula dikenali sebagai qalam.

Friday, August 30, 2013

MENDEKA!

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 56. Malaysia

Thursday, August 29, 2013

MOTOR HJ ITHNIN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Motor peninggalan almarhum ayahanda masih lagi tercegat di pangkal tangga, meski pun tuannya sudah 6 tahun pergi tanpa kembali lagi.

Wednesday, August 28, 2013

SURAU HJ ITHNIN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Tuesday, August 27, 2013

BUKAN INI TARBIYAH KU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Setelah bersengkang mata bertahun tahun untuk mememangkan PAS di kawasan ku, akhirnya dengan izin Allah dapatlah kami mengecapi kemenangan. Memang ia merupakan satu kemenangan manis. Sebelum daripada itu kami para gurkha dan petugas peringkat bawah menjalani proses tarbiyah bertahun tahun lamanya.

Dalam proses tarbiyah, kami ditanamkan pendirian untuk tidak minta jawatan, tetapi kalau diberi jawatan, ia merupakan satu amanah yang hendaklah dipikul secantik mungkin. Kemudian, kami menjadi jentera pilihan raya. Bertanding, kalah. Bertanding kalah. Bertanding, kalah. Kalah tu dah menjadi asam garam serta pekasam pada kami.

Oleh itu, apabila hendak masuk lagi pilihan raya , kami tidak memohon untuk jadi calon, tidak mempromosi diri sendiri agar menjadi calon, malah menawarkan slot calon kepada mereka yang kami rasakan memenuhi kriteria. Itu masa zaman bertanding, kalah.

Top top, bertanding, menang. Kemenangan itu telah menukar persepsi, hasrat dan cita cita ramai orang. Seperti aku, mereka yang jadi penghalang ditendang keluar. Perebutan untuk mendapatkan slot menjadi ketara dan semakin ketara.

Ditambah lagi dengan kemasukan mereka yang tidak diketahui ada tarbiyah atau tidak. Kemasukan ustaz kepala sentiasa bogel dan macam macam elemen lagi, maka perebutan menjadi jalang, bengis dan kekarbalaan. Siapa jadi penghalang, mesti dipenggal kepalanya.

Itulah yang dilihat sekarang menjelang pemilihan. Ini adalah sundal.

Aku tidak ditarbiyah mengikut laluan ini.


Wednesday, August 21, 2013

DARAH SYUHADA MESIR TENGGELAMKAN MUBARAK

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Walaupun segala pentanda menunjuk kepada arah kembalinya Mubarak, atau pengaruh Muabarak, namun darah para syuhada yang telah membasahi bumi Mesir akan menenggelamkan dia dan siapa sahaja yang bersekongkol dengannya dalam melakukan kezaliman terhadap rakyat Mesir


Saturday, August 17, 2013

KO JUGA TUMBANG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Merasa amat sedih dan geram yang teramat sangat melihat kekejaman yang dilakukan oleh pihak berkuasa haram di Mesir yang membunuh rakyt mereka sendiri. Dengan menggunakan senjatan api, helikopter dan ada juga laporan yang mengatakan menggunakan artileri.

Juga amat kecewa dengan pernyataan yang dikleuarkan oleh setengah pemimpin negara Arab, yang menyokong tindakan kejam tersebut, kerana kita tahu mereka takut rakyat negara mereka kot kot bangkit menentang pemerintahan mereka yang membolot kekayaan negara.

juga negara ini yang senyap menyepi seolah menikus dalam hal ini tanpa pernyataan rasmi mengenai pendirian dalam isu ini. 

Takut kamu juga tumbang ko?


Thursday, August 15, 2013

ISLAMNYA HANYA DI BIBIR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Amat menyedihkan bila menyaksikan footage mengenai kezaliman pihak berkuasa mesir membunuh rakyatnya sendiri. Kesalahan terletak kepada mereka yang membunuh rakyat dan warga negara mereka sendiri, kerana tidak ada negara yang waras, tidak ada pemimpin yang waras fikirannya yang akan mengarahkan pasukan keselamatan mereka membunuh rakyat sendiri.

Konspirasi menjatuhkan Morsi kita tahu telah dirancang sebaik Morsi memegang tampuk pemerintahan, sebab itu Kerry secretary of state kerajaan usa menyatakan sokongan dan approval negara itu terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh Si sisi. Rampasan kuasa itu tidak diakui sebagai satu rampasan kuasa, kerana kononnya berjuta juta rakyat mesir mahukan Morsi diturunkan. Kalau mahu Morsi diturunkan kenapa usa tidak menyuruh cara melalui peti undi untuk melakukannya seperti yang sentiasa dichampionkan, tetapi approve pula cara rampasan kuasa dan kemudian melabelkannya sebagai bukan rampasan kuasa.

Di kalangan mereka yang bersekongkol dengan sisi, usa dan israel, naiknya Morsi memegang tampuk pemerintahan adalah sesuatu yang amat mereka geruni, kerana kononnya Ikhwanul Muslimin adalah satu pergerakan yang menggunakan agama untuk mencapai matlamat politik. Lagu sama yang dinyanyikan oleh mereka yang benci di hati mereka kepada Islam di negara ini yang melabelkan PAS dengan tempelan label yang sama.

Sekiranya rakyat Israel menari nari apabila Morsi dijatuhkan, kita boleh faham kegermbiraan mereka, kerana salah satu daripada kegerunan dan kegusaran mereka telah berjaya dipadamkan. Tetapi apabila ada di kalangan orang yang lidahnya mengaku Islam, tetapi hatinya benci kepada apa jua yang dikaitkan dengan Islam, terutama apabila mereka yang berpegang kepada ideologi berteraskan dan bertunjangkan Islam diberi peluang oleh sistem demokrasi untuk menerajui pucuk pimpinan politik, maka di situlah mereka menunjukkan belang sebenar mereka. Mereka benci, takut, gusar serta susah hati sekiranya Islam itu diberi peluang berkuasa dan dikuatkuasakan.

Pada qalbu mereka ada penyakit. Mereka Islam. Tetapi hanya di bibir.

Tuesday, August 13, 2013

SIAPA YG NYANYI?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku tanya anak ku siapa yang nyanyi lagu ni? Dia kata anwar zain dengan siapa hentah. Itulah lagu yang dikumandangkan semasa suasana raya menjelang dan mengambang. Semasa aku kecil, suasana hari raya akan disambut dengan lagi dam dam dum bunyi mercun nyanyian Saloma. Suasana sudah berubah. Mereka tidak lagi mengenali Saloma, sebab Saloma meninggal mereka belum pun lahir.

Semasa zaman ku hidup di kampung, apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, akan ada orang yang membuka gerai di tepi jalan. Gerai gerai ini akan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan dan dilanjutkan sehingga seluruh bulan Syawal. Tokeh gerai ni nampaknya tidak endahkan tarawih, begitu juga customer mereka juga tidak peduli akan tarawih, yang penting mereka boleh bersembang sehingga lewat malam di malam malam bulan Ramadhan.

Seorang daripada tokeh gerai ini, sudah almarhum, namanya Md. Isa, menjual mee goreng, tetapi taugehnya jauh lebih banyak daripada mee nya. Seorang lagi, juga sudah almarhum, namanya Md. Dek, menjual tahu sumbat, atau di tempat kami dikenali sebagai tahu celah. Makanan ini juga jadi kegemaran ku. Tetapi sekarang mengapa apabila aku makan tahu celah ni rasa tidak sesedap seperti dulu? Adakah dulu aku tidak reti merasai makanan, semuanya sedap belaka?

Sesungguhnya Syawal  datang dan beredar. lagu raya akan terus dicipta. Nanti setiap raya aku akan bertanya: siapa yang nyanyi?

Monday, August 12, 2013

HABIS DAH RAYA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hari raya dah habis. Kitaran bermula semula. Macam mana malas pun kena kerja juga. Cuma bila membaca blog lim kit siang, cerita yang dipaparkan mengconfirmkan lagi cerita lama yang sudah lama ditimbulkan. Undi pos dan undi awal itu lah nyawa dan talian hayat yang sangat sangat mereka perlukan.

kalau tanpa itu, semua sudah bungkus.


Tuesday, August 6, 2013

TEMPAT TAWAF YG BARU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bentuk tempat tawaf yang telah ditambah baik dan dinaik taraf. Dalam modelnya aku lihat akan naik sebanyak 6 tingkat. Mohon kepada Allah dapat ke sana lagi. Amin







Monday, August 5, 2013

SELAMAT HARI RAYO

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diucapkan selamat hari raya. Maaf Zahir & Batin

Thursday, August 1, 2013

MAKAN TAIK AYAM

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Walau pun badan letih letak, ku gagahi juga ke gerai Rmadhan di tempat ku sebab terasa pula nak makan yang sedikit kelainan semasa berbuka. Juga ingin sedikit juadah semasa moreh selepas tarawih. Memang aku telah duga dan telah ketahui, sekiranya berpuasa, dan merayau rayau sebelah petang cari makanan untuk berbuka, serakah selera akan menyuruh beli itu, dan itu dan ini dan ini, tambah ini, tambah itu dan tambah ini.

Jumpa satu gerai murtabak. Semasa berbuka puasa, murbatak adalah cuisine yang menyelerakan. Selama ini aku memang sentiasa ingat apa yang diceramah oleh Pak Yazid. Dia kata ramai orang makan taik ayam. Heran juga aku macam mana. Dia kata bila beli roti canai, apabila telur yang digunakan untuk dicampur dengan roti itu tidak dibasuh dan dicuci dulu dan berselekeh dengan taik ayam, orang yang pegang telur tu akan berselekeh tangannya dengan taik ayam. Kemudian dia pecahkan telur atas tepung uli, dan kemudian dia tenyek. Nyet nyet nyet. Seluruh tepung tu dah kena taik ayam. Seluruh tepung dan najis. Bila dah masak, dia hidangkan pada kau. Kau pun tibai. Nyam nyam nyam. Najis najis najis. Itulah kau makan taik ayam.

20 tahun dulu disebuah restoren di Sungai Besi, sebelum aku order roti canai, aku tanya si penebar, telur basuh tak? Soalan ku menjadikannya marah meletup letup. Kalau basuh nanti telur rosak katanya. Namun mengaku tidak sekali mau dia. Hari tu di gerai ramadhan yang menjual murtabak aku tanya: telur basuh tak? sebab aku lihat telur yang dalam tray tu berselepit dengan taik. Dia tak jawab, tapi aku tau, dia tak basuh. Aku beri tau, telur tu ada taik. Dia jawab, taik kat luar, telur kat dalam. Aku jawab, tangan kau pegang telur bertaik, taik tu najis, tangan kau jadi najis, lepas tu kau geromol murtabak, murtabak jadi najis. Kau beri orang makan najis. Siapa nak tanggung tu? Ah, terima kasih ya, jawabnya.

Kalau kau nak beli murtabak atau roti canai, kau tanya tak telur yang digunakan tu di basuh atau tidak?


Wednesday, July 31, 2013

PEDIH NI.....

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/01/muhyiddin-yassin.jpg

PUTRAJAYA: Action that touch Muslim sensitivities must stop or else it will create tension just like what is happening in other Muslim countries.
Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said the action by certain quarters should not happen in a country that is enjoying the peace.
“This shows that there is no deep understanding within society.
“Muslims do not insult the religion of non-Muslims such as Christianity and Hinduism.
“But non-Muslims are insulting our religion,” he said at the breaking of fast with orphans of Rumah Amal Kasih Bestari here last night.
The Deputy Prime Minister called for stern action to be taken against the culprits for tarnishing the image and sanctity of Islam.
“The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and the Home Ministry must act fast to prevent a recurrence.”

-Bernama

Sunday, July 28, 2013

MORSI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




The pro-Morsi protest in Cairo, 27 July

Saturday, July 27, 2013

USAIN BOLT MONANG.....

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Double Olympic champion Usain Bolt wins the 100m
Six-time Olympic champion Usain Bolt produced a season's best to win the 100m on his return to the Olympic Stadium for the Anniversary Games. 

A year on from the London 2012 opening ceremony, Bolt paid his own homage to last year's Olympics by clinching the blue riband event in 9.85 seconds. 

Before a sell-out crowd, the Jamaican ran nine hundredths of a second quicker than he had previously done this year. 

Britain's James Dasaolu pulled out injured before the race. 

Bolt got off to a lacklustre start, but the Olympic champion overpowered his rivals in the closing stages to dip across the line three hundredths of a second ahead of America's Michael Rodgers in second. 

Jamaica's Nesta Carter was third in 9.99 while Dwain Chambers, the only Briton remaining in the race following Dasaolu's withdrawal, was fifth in 10.10.

Tuesday, July 23, 2013

WALAU LEKIT.....

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mendidik  anak anak semasa bulan puasa ini sememangnya mencabar. Semasa anak anak ku masih kecil dan perlukan didikan berpuasa, kadang kadang aku rasa amat belas kepada mereka.  Sekitar jam 4:30 pagi mereka dikejutkan untuk sahur.

Dah pesan kepada meraka usah tidur lepas sahur, kerana lepas subuh perlu pula bersiap untuk ke sekolah. Namun anak anak tetap dengan kelaku mereka. Lepas sahur berdentum tidur semula. Sampai waktu subuh, walau bagaimana lekit pun untuk digerakkan untuk solat subuh, namun mereka terpaksa digerakkan dan disuruh bangun lagi untuk solat subuh dan langsung bersiap untuk ke sekolah. Semasa mereka balik dari sekolah berjalan kaki, boleh ku saksikan mulut mereka menyeringai kepanasan, kehausan dan keletihan. Seperti seekor cheetah menjelirkan lidah kepenatan setelah mengejar mangsa tetapi gagal.


Semasa mereka bersekolah sesi petang, aku lihat semuanya lembik loyak berjalan kaki kembali ke rumah setelah selesai sesi persekolahan untuk hari itu. Namun itulah tarbiyah untuk mereka.

Selamat berpuasa semua.....

Friday, July 19, 2013

BERJUMPA LAILATUL QADAR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Awal tahun 80an aku tinggal di rumah no. 27, Jalan 1/9H. Kawan ku ustaz Hiasyamudin yng pada masa itu seorang pelajar pengajian Islam menjual satu set kitab Bahrul Mazi karangan Syeikh Al Marbawi. Semasa mentalaah kitab tersebut dibulan puasa mengenai perkara perkara yang berkaitan dengan puasa, aku ingin mencuba mencari Lailatul Qadar.

Almarhum bapaku ada memberi tahu bahawa beliau percaya telah bertemu dengan Lailatul Qadar dalam salah satu tahun semasa hayat beliau. Aku pun ingin mencuba juga. Tambahan lagi, apabila aku baca kitab kitab lain, ada ulama yang memberi petua macam mana nak jumpa malam agung tersebut, dan mengikut ulama ini, beliau tidak pernah gagal menemui lailatul Qadar sejak baligh dengan menggunakan formula itu.

Tambahan pula semasa kecil, ada ahli keluarga memberi tahu malam turunnya lailatul qadar, pucuk pucuk pokok aku tunduk sujud ke bumi. Maka ini adalah tanda tanda besar berlakunya perkara ini.

Juga diberitakan kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w. ber'iktiqaf sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, maka siap yang mampu, eloklah hidupkan sunah itu, mudah mudahan dikurniakan Allah bertemu dengan lailatul qadar.

Aku juga membaca dalam kitab Bahrul Mazi tanda tanda berlakunya lailatul qadar, dan aku sentiasa tercari cari tanda tanda sedemikian.

Setiap 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan aku cuba hidupkan dengan tidak tidur, tetapi beribadat, tetapi aku lakukannya dirumah. Setiap setelah penat, aku akan buka pintu meninjau ke luar rumah, kot kot ada tanda turunnya lailatul qadar.

Tidak ada juga. Malam esok, tidak ada juga, malam lagi satu, tidak ada juga, sehingga habis malam dalam bulan Ramadhan. Tetap aku tidak ketemu dengan lailatul qadar.

Akhir, insaflah aku. Aku tidak layak untuk ditunjukkan kebesaran malam tersebut.

Sejak itu, aku mengamalkan apa yang dipesankan oleh almarhum ustaz aku Prof. Dr. Mohamad Saedon, beramal setiap malam dalam bulan Ramadhan.

Pasti kau bertemu lailatul Qadar.

Tuesday, July 16, 2013

RAJJAB DAN PAK YAZID

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekali lagi aku mengucapkan salam ramadhan kepada semua pembaca. Top top sudah hampir habis 1st trimester ramadhan ini. Pelbagai cerita yang timbul dalam bulan ini, tetapi semalam yang menyayat ialah interview sebuah station radio dengan sahabat sahabat di Gaza yang tersiksa akibat pergolakan di Mesir.

Sebaik selesai tadarrus di masjid zohor tadi, aku melangkah mencari kasut ku. Masjid sudah kosong, tetapi aku tidak tahu di mana nak matikan satu unit air cond yang memang dibiarkan on untuk aku terus berada selama bertadurrus tu.

Semasa berjalan keluar menuju rak kasut, aku teringat akan Rajjab yang telah berlalu. Eh, aku tidak mengamalkan apa apa zikir bulan Rajjab pun pada tahun ini. Selalunya Rajjab aku ku isi dengan pelbagai pengisian khusus untuknya, tetapi tahun ini aku telah cuai.

Selalunya Jumaat terakhir dalam bulan Rajjab memang ku nantikan, kerana ada zikir khas untuknya semasa khatib sedang berkhutbah. Tetapi tahun ini semuanya lupa dan telah luput.

Itulah masanya aku teringatkan Pak Yazid. Setiap Rajjab, dalam ceramahnya, beliau akan mengingatkan amalan amalan dalam bulan mulia tersebut.

Sekarang Ramadhan. Rebutlah apa yang ditawarkannya.

Wednesday, July 10, 2013

FUH, APA HEBATNYA ?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Fuh, apa hebatnya di sini?

Lebih senang kalau aku tanya, aku yang jawab.

Tentulah yang dijunjung. Cerita seterusnya


Monday, July 8, 2013

PEMAIN MUSLIM BPL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

When the Premier League started in 1992, it included just one footballer known to be Muslim, Tottenham's Spanish midfielder Nayim. England's top division now features 40 Muslim players and they are having a significant effect on the culture of the game.


On 5 February, 2012, Newcastle United played Aston Villa at St James' Park and one moment symbolised the impact Muslim players were having on the Premier League.
After 30 minutes, Demba Ba scored for the home side. He raced to the corner flag and was joined by Senegalese compatriot Papiss Cisse. The two devout Muslims then sank to their knees in prayer.
The growing influx of Muslim players has been fuelled by the internationalisation of football.


Demba Ba praying after scoring for Chelsea at Wembley



Scouts have spread their nets wider in the search for new talent and the Premier League has become a much more diverse place.
Young men with origins in remote villages of west Africa or tough estates in Paris have become global stars.
They may have found wealth and fame playing for English clubs, but many still hold on to something that is rooted in their cultural identity, something that guides them and comforts them when the going gets tough - their Islamic faith.
When a player of the calibre of Ba, who left Newcastle last year to join Chelsea, says he is serious about his religion, some might argue clubs cannot afford not to listen.
And there is a genuine willingness, on the part of managers and clubs, to understand and accommodate the religious needs of their players.
Muslim footballers are provided with halal food, have the option to shower separately from the rest of the team and are given time and space for prayer.
Until recently, all Premier League players named man of the match were awarded a bottle of champagne.

Nayim in a Tottenham shirt
Tottenham's Nayim was the only footballer known to be Muslim in the Premier League in 1992

Yet for Muslims, alcohol is forbidden. So when Manchester City midfielder Yaya Toure politely refused to accept his award  on religious grounds during a television interview, the competition organisers were forced to sit up and take notice.
Champagne was phased out and now all players receive a small trophy instead.
When Liverpool won the League Cup final in 2012, players had the sensitivity to move the clothes of their team doctor, a devout Muslim, out of the changing rooms so that alcohol wasn't sprayed over them.
Yet there are challenges to managing Muslim players and Ramadan  is a particular pressure point.
How can players who aren't eating or drinking for up to 18 hours of the day perform at the highest level over 90 minutes of a game?
Some players insist on fasting every day. Others may fast during training but not a match day. Clubs tend to muddle through with some kind of compromise, but it can't be an easy period for players or managers.

Swansea players celebrate winning Carling Cup Final 2013
Celebrating victories with champagne does not sit comfortably with Muslim players


Arsenal midfielder Abou Diaby, 27, says: "Arsenal would prefer me to not fast, but they understand this is a special moment for me and they try to accommodate things to make me better."
Ba, 28, admits he has had some issues with managers about Ramadan, but says he has been steadfast.
"Every time I had a manager that was not happy with it, I've said: 'Listen, I'll do it. If my performance is still good, I'll keep playing; if it's bad you drop me on the bench, that's it.'"
Former Stoke striker Mamady Sidibe, 33, insists: "You have some players who are fasting on a match day and doing very well, it's no problem. I make sure that on match day I'm not fasting and not to give excuses to people."
Ramadan this year ends on 7 August, 10 days before the start of the Premier League season.
Sponsorship deals have also been a source of tension. Teams who advertise gambling and pay day loan companies on their shirts put their Muslim players in a difficult position, as it means they are being used to promote activities which contradict Islamic teaching.

Wigan goalkeeper Ali Al-Habsi
Goalkeeper Ali Al-Habsi, from Oman, has played in the Premier League for Bolton and Wigan

Last month Cisse said he planned to talk to Newcastle and their new sponsors, Wonga, because he was worried his Muslim beliefs would be compromised if he were seen to promote the company.
Crewe striker Nathan Ellington, 32, who has also played for Wigan and West Brom, takes the view that he cannot affect which sponsor his club chooses.
He said: "I think that's usually out of the hands of the Muslim. Although he's not allowed to gamble, that's something you cannot affect really."
Wigan keeper Ali Al-Habsi, 31, agrees: "We are players and these are things that are coming from the football club. We can't do anything about it, we just do our job."
Fans are also getting an education in Muslim practices.
When manager Alan Pardew suggested Ba's slow start to the 2011-12 season was due to his fasting, fans picked up on it and marked every subsequent goal with a song celebrating how many goals he had scored since Ramadan, to the tune of Depeche Mode's Just Can't Get Enough.
Children playing football in the parks of Newcastle have even been spotted falling to their knees as if in prayer themselves after scoring a goal.
They may not completely understand what it means, but it's a sign that Muslim practices are becoming a more familiar part of popular British culture.


Thursday, July 4, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diucapakan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak Kepada semua rakyat Malaysia yang Islam.
Kepada semua umat Islam sedunia.
Kepada Abu Ahmad di Muassem, KSA
Kepada Morsi. Bersabarlah

Sunday, June 30, 2013

TERINGAT WADI QUDAID

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Dah lama tak ajak famili makan kat luar. Anak mencadangkan supaya makan di sebuah restoren arab berhampiran kediaman kami. Order ikan grill. Bila makan, waduh, macam makan nasi di perhentian padang pasir di Wadi Qudaid dalam perjalanan antara Makkah ke Madinah atau Madinah ke Makkah.

Sejak peristiwa 9/11 ramai pelajar Arab yang bertukar selera dan melanjutkan pelajaran mereka di Malaysia. Sekitar tempat timggal aku terdapat banyak IPTA dan IPTS yang menawarkan pelbagai program yang menjadi tarikan, dan terdapat ramai warga Arab di sini. Pernah anak aku melaporkan solat eidul fitr dan eidul adha di surau berhampiran mengadakan khutbah dalam bahasa Arab.

Di sekitar tempat tinggal ku tumbuh bercambah restoren Arab, dan aku memikirkan, mereka ni tak ada permit, kalau ada pun satu dua sahaja, tetapi yang banyak gunakan student visa untuk buat bisnis di sini, aku kira.

Tapi hidangan yang kami order sedap rasanya. Semua ahli keluarga ku balun cukup cukup.








Friday, June 28, 2013

KITAB PERUKUNAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mengenangkan betapa ikhlasnya ulama ulama di alam Melayu ini menghasilkan karya dan kitab kitab agung yang sehingga hari ini masih lagi digunakan dan dimanfaatkan oleh umat Islam di Alam Melayu ini. Mereka menulis tidak mengharapkan royalti atau honorarium, juga tidak mensyaratkan copyright. Tetapi tulisan mereka terus menerus digunakan diulang cetak kali demi kali demi kali tanpa sebarang ganjaran diberi kepada penulis atau warisnya.

Satu kitab mudah di alam Melayu ini ialah Kitab Perukunan, yang ditulis oleh Syeikh Abdur Rashid Banjar. Aku percaya kitab ini disimpan dan digunakan oleh ramai umat Islam di alam Melayu ini. Permulaan kitab ini: setelah memuji Allah dan memuji Rasul, beliau menulis:

Adapun fardhu syhahadah itu dua perkara: pertama diiqrarkan dengan lidah, kedua ditasdiqkan dengan hati......

mengapa kau tak baca seterusnya?




Thursday, June 27, 2013

THE WAHID MAGIC

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku sentiasa yakin dengan the Wahid magic.

Terutama di Kuala Besut nanti


Friday, June 21, 2013

QADHA' DI KHANDAQ samb....

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sambungan daripada posting 20/6/13, kata Al Marbawi: mentaakhir sembahyang dengan sengaja apa hukumnya? (ya saudaraku) dengan hadith yang telah disebut, nampaknya Nabi s.a.w. mentaakhir dengan sengaja akan sembahyang kerana berbimbang dengan seteru maka bolehkah kita (buat) yang demikian itu kerana menurut Nabi ada berbuat demikian?

(Kata Nawawi) dan ada taakhir Nabi akan sembahyang 'asar hingga lenyap matahari itu maka adalah ia sebelum turun wahyu sembahyang solat ul Khauf. (kata ulama) merangkumi bahawasanya mentaakhir Ia akan dia kerana lupa, bukannya sengaja. Dan adalah sebab lupanya itu ialah berbimbang dengan pekerjaan musuh.

Dan merangkumi bahawasanya mentaakhir akan dia dengan sengaja kerana berbimbang dengan seteru. Dan berbimbang dengan seteru itu adalah satu 'uzur pada mentaakhirkan sembahyang dahulu daripada turunya solat ul khauf.

Dan ada pun hari kita sekarang ini maka tiada harus mentaakhirkan  sembahyang pada waktunya dengan sebab musuh dan perang. Bahkan hendaklah seorang itu sembahyang akan solat ul khauf atas sekira kira halnya. Dan ada baginya maa'ruf di dalam kitab kitab fiqah.

(Rujukan yang sama, masaalah 95)

Thursday, June 20, 2013

QADHA DI KHANDAQ

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hadith Tarmizi yang memetik: diriwayatkan daripada Jabir Bin 'Abdullah bahawasanya Syaidina Omar Al Khattab berkata ia pada hari perang Khandaq dan jadi ia mempermaki maki akan kafir Quraisy yang menghalang akan mereka itu daripada sembahyangnya. Katanya: Ya Rasulullah, tiada hampir aku sembahyang 'asar hingga masuk matahari. Maka sabda Rasulullah s.a.w. demi Allah tiada aku pun sembahyang akan dia.

Katanya turun kami di tempat bernama Bathan maka mengambil wudhu' Rasulullah s.a.w. dan mengambil wudhu' kami. Maka sembahyang Rasulullah s.a.w. akan 'asar kemudian daripada telah masuk matahari, kemudian sembahyang ia kemudian daripadanya akan maghrib [kata Abu Isa Tarmizi ini hadith hassan lagi sahih] dan telah dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim dalam shahih keduanya.

Ulasan oleh penulis kitab: Al Marbawi: Dengan hadis ini diketahuilah bahwasanya nabi telah mengqadha' sembahyangnya dengan beraturan yakni waktu yang dahulu didahulukannya dan yang kemudian dikemudiankannya.

Daripada Kitab Bahrul Mazi: Mukhtasar Sahih At Tarmizi karangan Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al Marbawi Al Azhari: Juz ke 2. Masalah 93, m.s. 43-45.


Monday, June 17, 2013

IMPORT BABI PUN KAU SEBAT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 


KUALA LUMPUR: Early last March, the Centre for Policy Initiatives (CPI) posted on its website a damning article about “cronyism, corruption and rent-seeking at the highest level” in the pork import business.
The article, based on an interview with a commodity trader, alleged that the business had become a “semi-monopoly controlled by a business-political mafia and which involves the highest level of leadership” in the Agriculture Ministry.
The Malaysian Association of Pork Importers (MAOPI) subsequently denied the allegations, but pork importers have told FMT in recent interviews that they have indeed fallen victim to unfair trade practices, forcing some of them to switch to importing other frozen products in order to survive.
Before MAOPI was formed in the first quarter of 2011, the import of pork into the country was carried out according to the rules of free trade.
“There was no limitation and no preferential treatment given to any importer,” industry player Alan Thng told FMT.
Recently, a group of importers submitted a petition to the Department of Veterinary Services (DVS) complaining of the government’s unfairness in giving 50% of the import quota to companies owned by a couple of MAOPI officials. They also mentioned other onerous rules that they had to comply with on pain of being blacklisted.
CPI has also claimed that it is in possession of copies of official letters from MAOPI that give “clear proof of monopolisation, power politics, cartelisation” and other violations of free trade in the pork import business.
According to sources, several MAOPI members and independent pork importers have lodged reports with the Malaysian Anti-Corruption Commission. These apparently followed a meeting of importers with the then deputy agriculture minister, Chua Tee Yong, which failed to address the controversy.
According to an importer who attended the meeting, Chua subsequently washed his hands off the issue. “Importers repeatedly contacted him, but were told that the Agriculture Minister would handle the case.”
Last September, Chua publicly denied that there was a single party in control of pork imports. “There is no policy to allow any single entity to take control of all pork imports into the country.”
According to an importer, that denial flew in the face of information supplied to him by aggrieved importers who met up with him in early 2012.
Nevertheless, some importers have told FMT they are optimistic that the new Agriculture Minister will embark on measures to resolve the controversy. They hope he will call for a no-holds-barred investigation into the allegations of corruption, cronyism and monopolistic practices.

Stanley Koh | June 17, 2013
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/17/privileged-few-hogging-pork-imports/

MENANG DJARUM

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tahniah Lee Chong Wei menang Djarum Indonesian Bandmintaon Open. Title ke 5 kau.
Lepas ni kau pegi la tengok anak kau si Kingston tu. Emak dia pun kau tengok juga la

Sunday, June 9, 2013

KETAM MASUK HOSP

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam ini kita bakar dia! kata mereka yang berada di post pru itu. Malam ini baru dia tau nasib dia, kita bakar ketam, kita makan dia.

Pemimpin agung negeri itu baru sahaja turun dari kenderaannya 10 minit sebelum waktu pengundian tutup. Dan itulah pos terakhir yang dilawatinya. Menurut kawanku yang menyaksikan insiden ini, beliau sendiri tidak setuju pemimpin agung itu dicemuh sebagai ketam, kerana itu tidak melambangkan akhlak yang mulia.

Apabila diherdik oleh pihak lawan yang berada di pos seberang jalan, pemimpin agung ini terkedu dan merintih. Bagaimana aku sebagai seorang pemimpin agung diperlekeh sedemikan rupa oleh pihak lawan.  Setelah selesai bersalaman dengan para petugasnya, si pemimpin agung berjalan cepat dan menjarakkan dirinya daripada grupnya. Dia mengeluarkan sapu tangan dan menyapu mukanya. Mungkin air matanya mula merembes kerana diperlaku sedemikian rupa.

Memang, pada sebelah malamnya, setelah berkali kali recounting, si pemimpin agung kalah di halaman rumahnya sendiri.

Tekanan berat memikul kekalahan yang tidak dijangka membuatkan pemimpin agung tertekan dan tertekan dari semua aspek.

Diberitakan beliau terpaksa berkampung di hospital


Wednesday, June 5, 2013

NGINAP DLM GUA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pendekatan yang digunakan adalah sesuatu yang telah sangat lapuk. NGO digunakan untuk menyuarakan pandangan yang sangat ekstrim, yang pada perkiraan mereka sekiranya pandangan tersebut mereka sendiri yang hamburkan, maka undi semestinya akan lari dari mereka. Oleh itu NGO yang tidak bermaruah dijadikan drilling bits mereka.

Pendekatan gangster juga digunakan  sepenuhnya, dan ia adalah satu reinkarnasi daripada zaman pemuda tahan lasak tahun 60an, juga mempamirkan kebengisan, keganasan, memperlekeh undang undang, memperlekeh hak asasi manusia dan menunggang atas serakah nafsu. Yang menjadi mangsa sebenar bukan lawan politik, tetapi remaja yang diupah untuk menjalankan misi, tetapi menjerumuskan mereka dalam masalah disiplin, moral serta sosial.

Pendekatan deviant political manoeuvre seperti yang pernah dilakukan di Terengganu, dan di Perak tahun 2009 mencuri legitimasi pemerintahan, walaupun berjaya merembat kuasa politik, tetapi menghitam dan merahangkan sejarah dengan mencederakan institusi raja dan amalan demokrasi.

Pendekatan Goebbels sekarang ini digunakan sepenuhnya dan semau maunya. Pendekatan ini mudah sahaja. Kalau bohong itu diulang berkali kali, orang akan akhirnya menerimanya sebagai benar. Pendekatan ini digunakan pada tahap serakah maksimum, seperti sebaran video porno, sumpah dalam masjid serta depan multazam dan mutakhir ini red bean army.

Mengapa mereka tidak maju sederap dengan peredaran zaman dan perkembangan terkini? Mengapa tidak menggilap persepsi diri sendiri dengan benar benar menghapuskan rasuah, menghapuskan amalan merompak harta negara, menghapuskan amalan kekronian, menghapuskan tender diberi secara anugerah, bersikap penuh profesional serta mengamalkan amalan demokrasi sebenarnya?

Sebabnya ialah mereka masih nginap dalam gua


Monday, June 3, 2013

AKU YG LAYAK GANTI PM

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Teringat masa dia buat program luar darjah dan membawa pelajar untuk diindoktrinasi supaya menerima aliran pemikiran PAS. Kemudian dia bercerita sebuah kereta peronda polis mencurigai perkumpulan tersebut sehingga memanggilnya untuk memberi sedikit penerangan.
 Sekarang dia berkata tiada siapa yang layak ganti piyem.
Tentulah pembaca akan menyambung akhir ayat itu, yang berbunyi aku yang layak ganti piyem.

Thursday, May 30, 2013

INGAT SIAPA YG RUNTUHKAN SURAU/MASJID DI SGOR?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

2003.  Surau Jublee Perak di Bandar Baru Bangi diruntuhkan. Bukan di Bangi sahaja, tetapi ada beberapa tempat lagi surau dan masjid diruntuh dan dirampas. Siapa punya kerja?

Wednesday, May 29, 2013

BERLAGA DI BELAGA?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertama saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi bot tenggelam di Belaga, Sarawak.

Rungutan rakyat mula membuak sekarang mengenai tragedi ini. Bagaimanakah Malaysia yang kononnya sebuah negara yang menuju status negara maju masih lagi tidak mempunyai prasarana perhubungan yang membantu dan memudahkan rakyat pedalam untuk berhubung. Dan lebih teruk lagi Sarawak yang telah 50 tahun diperintah oleh BN masih setia serta ketagih kepada pemerintahan BN.

Diberitakan bot berkenaan overloaded. Memanglah overloaded sebab ramai rakyat Sarawak nak balik menyambut gawai. Tetapi kenapa tidak sediakan sistem jalan raya agar mereka tidak perlu bertarung nyawa semata mata untuk kembali ke kampung.

Juga diberitakan bot berkenaan cuba mengelak sebatang balak terapung dalam sungai tersebut sebelum terlanggar batu di dasar sungai. Soalnya ialah mengapa ada balak yang terapung di laluan air yang digunakan oleh orang awam untuk tujuan pengangkutan? Tentulah ada aktiviti membalak dilakukan, dan sekiranya ada balak yang tersisa sehingga terapung sedemikian, membayangkan banyaknya balak yang dikeluarkan daripada hutan negeri tersebut sehingga ada yang boleh dibuang begitu sahaja. Soal balak tersebut akan membahayakan nyawa orang awam boleh tolak tepi dulu.

Sudah sampai masanya rakyat Sarawak mempunyai sistem jalan raya yang menghubungkan Bakun-Belaga-Bintulu dan juga Kanowit-Song-Kapit. Mengapa setelah 50 tahun di bawah ketiak BN sistem perhubungan darat ini masih lagi tidak disediakan untuk rakyat Sarawak?

Mungkinkah kerana walau 100 tragedi lagi berlaku, dacing tetap di kalbu ku?