Wednesday, December 31, 2008
Tuesday, December 30, 2008
YAHUDI SEMBELIH ORANGISLAM
Monday, December 29, 2008
PRK 036 KT. UPDATE 4
Arah pengundian yang nampak ialah keadaan masih lagi bertarik tali. Kelihatan keadaan masihbelum berubah seperti dilaporkan sebelum ini, dan saya nampak strategi yang dimainkan oleh UMNO adalah betul.
UMNO akan memastikan pertandingan lebih daripada 2 penjuru. Ini akan melarikan sekitar 300 undi saya jangka. Kemudian UMNO sedang berusaha untuk melakukan education kepada pengundi, dengan harapan jumlah undi rosak akan dikurangkan, dan masuk ke kantung UMNO. Katakan undi yang dapat diperbetulkan daripada yang merosakkannya dulu sekitar 500, maka ia akan jadi ubat yang mujarab.
Oleh kerana daripada 2004 ke 2008 undi MCA mengalami tren menurun, maka UMNO/BN akan cuba menghalang ini daripada berlaku, dan mereka diberitakan telah memulakannya di kawasan bandar.
Oleh itu, kalau keadaan bertahan seperti dalam PRU 12, maka pertarungan sememang akan menjadi sangat sengit, dengan tiada mana mana pihak mendahului, pada hari ini.
Cuma mood pengundi sedang berpaling daripada calon yang dikemukakan oleh UMNO. Inilah satu satu poin yang boleh dieksploitasi oleh PAS.
BUKIT PUTERI
Tidak membantah usaha kerajaan negeri Terengganu memajukan Bukit Puteri sebagai pusat tarikan pelancong. Saya yakin loceng,atau geta yang terdapat di bukit tersebut adalah sumber pendapatan yang boleh dijana oleh aktivit pelancongan di negeri tersebut. Bukan Geta sahaja, tetapi meriam, singgahsana dan tarikan lain yang terdapat di bukit tersebut memang patut dimajukan untuk menjana pendapatan.
Tetapi usahakanlah dengan cara profesional supaya ia mencipta nama. Bukan diurus secara amatur atau novis atau kampungan seperti yang terdapat sekarang.
Nampak gaya, idea awal ada, tetapi idea follow up tiada. itulah yang berlaku di mana mana sahaja di Terengganu ini.
Harap bukit ini nanti tidak jadi bukit yang mengabiskan boreh.
.
PRK 036 KT: UPDATE 3
SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1430
Sunday, December 28, 2008
ZAHARAH DAN RAHMAH
Masjid Tengku Tengah ZAHARAH di Kuala Terengganu adalah salah satu masjid yang menarik. Ia dibina dengan konsep masjid terapung, maksudnya masjid tersebut berada di atas air, walaupun ia sebenarnya tidak terapung.
Ia menjadi kebanggaan negeri Terengganu, kerana ia merupakan salah satu daripada mercu tanda negeri tersebut. Diberitakan bahawa penciptaan masjid tersebut diasaskan kepada Masjid RAHMAH di JeddaH yang dibina di atas air di pantai Laut Merah di Saudi Arabia.
Saya telah berpeluang solat dikedua dua masjid, dan memang terasa kebangaan untuk mendapat peluang yang sedemikian.
Oleh kerana Terengganu telah ada Zaharah, maka saya harap sangat, dan berdoa supaya Terengganu ada RAHMAH. Negeri Terengganu telah sedia menerima Rahmah Allah, dan diharap jangan tidak disyukuri oleh Terengganu.
1. Rahmah minyak: royaltinya hendaklah dititis kepada rakyat. Bukan dikebas
2. Rahmah Penyu. Jangan curi telurnya, dan jangan bunuh makhluk tu
3. Rahmah emas. Bila dah lombong emas, keluarkan zakatnya
4.Rahmah marble. Ambil manfaat untuk rakyat
5. Rahmah silica. Gunakan untuk menjana pendapatan rakyat.
dan macam macam Rahmah lagi yang Allah telah anugerah kepada Terengganu.
Bila PAS perintah Terengganu, PAS telah cuba bawa hukum Allah menjadi hukum tertinggi negeri ini. Itu satu Rahmah.
UMNO tolak itu. UMNO tolak Rahmah. Dia ajak orang Terengganu semua sekali tolak Rahmah.
Orang Terengganu mesti mencari RAHMAH. Tolak UMNO
PRK 036 KT:GROUND TRUTH UPDATE 2
KENAPA BN NI DENGKI
Saturday, December 27, 2008
PRO 036 KT: GROUND TRUTH UPDATE
Hari ni kami hantar team buat ground thruthing di Kuala Terengganu. Nampaknya persiapan menghadapi PRK di sini sedang siap dijalankan.
Oleh kerana pentingnya undi daripad kampung cina ini, keluarga BN dah pun mula kempen di sana. Lihat bunting tu!
SOKONG BERMIMIK SENGEH
PERNAH DENGAR BERITA INI? GAPENA NAK SAMAN KERAJAAN!
ULANG SEKALI LAGI. GAPENA NAK SAMAN KERAJAAN!
PERNAH DENGAR NAMA ISMAIL HUSEIN, ZAINAL KLING, ABDUL LATIF BAKAR, ZAINAL ABIDIN BORHAN?
PERNAH DENGAR KETUANAN MELAYU?
TETIBA NAK SAMAN TOKEH SENDIRI!
SAYA SOKONG.
DAN SAYA SENGEH!
Friday, December 26, 2008
SAYA SUKA BERI A
Semasa saya buat PhD, saya pernah dapat gred F. Itu membuatkan saya tak lalu tidur dan tak lelap makan. Saya tidak mahu pelajar saya mengalami perasaan yang saya pernah alami itu.
Tetapi bukan percuma sahaja boleh dapat A. Anda sendiri mesti melayakkan diri anda untuk dapat A.
Dalam kelas saya, saya akan naikkan mutu anda sehingga anda atas usaha sendiri, layak dapat A.
Tetapi kalau anda tidak mahu A, saya boleh beri B. Kalau tak mahu B, saya boleh beri C. Kalau tak mahu C saya boleh beri D. Kalau tak mahu D saya boleh beri E. Kalau tak mahu E, saya boleh beri F.
Dalam keadaan yang sangat berat hati, dan sangat tidak mahu dan sangat terpaksa, pernah juga dalam 31 tahun saya mengajar di universiti, saya beri gred F.
Kerana pelajar itu yang terliur hendakkan gred F
BANGUNAN INI
Atas tanah siapa tidak diketahui. Bajet mana yang digunakan tidak diketahui. Siapa beri kelulusan tidak diketahui.
Yang diketahui. Ada papan tanda berbunyi Pusat Komuniti dilekatkan pada tembuk pagar sebaik sahaja bangunan siap.
Yang diketahui. UMNO buat pelbagai mesyuarat dan pertemuan semasa menghadapi PRU 12.
Yang diketahui. Khir Toyo datang rasmikan bangunan ini beberapa hari sebelum PRU 12
Yang diketahui. Sebaik BN kalah di Selangor, bangunan ini di vandalised. Air-cond kena curi. Peralatan lain sudah tiada.
Yang diketahui. Bangunan ini sekarang terbiar. Anai aai berpesta lah!
Siapa punya idea ?UMNO kan?
Siapa yang langgar undang-undang? BN/UMNO kan?
Ada siapa siapa didakwa tentang hal ini? Tentulah tiada!
Kenapa? kalau UMNO buat, semua halal belaka!
Di sini sahaja ke berlaku? Tak lah. Merata rata pelusuk tanah air perkara ini berlaku!
Tetapi semua orang tutup mata!
Kenapa? Sebab itu perintah dan titah dan serakah si raja!
Yang namanya UMNO
Thursday, December 25, 2008
BACA YAA SIN
Di Malaysia, selain daripada surah surah lazim, surah Yaa Sin ini adalah antara surah yang paling ramai orang hafal. Jadi bila anda baca Yaa Sin, pastikan tajwidnya betu,l maikhrajnya betul. KIalau tidak mudah di ketahui oleh orang lain bila anda buat salah.
Kalau anda baca Yaa Sin dengan menjaga tajwid dan tidak dengan tujuan berlumba, saya rasa anda ambil 7 -10 minit untuk menghabiskannya.
Pernah semasa saya baru baru berkahwin, masyarakat sekitar kariah rumah isteri saya membaca Yaa Sin dalam hanya sekitar 2 minit setengah. Terkapai kapai saya nak kejar.
Kenapa orang UMNO bila baca Yaa Sin dia hendak, bila laksanakan hukum Islam seperti hudud dia tolak dan perlekeh dan persenda dan perhina?
MC 546
Bandar ini juga ada Pak Ngah Volvo, yang hidup dalam Volvo 122S nya. Tetapi Pak Ngah ini menjauhkan diri dari Kuala Terenganu. Beliau berkelana di Masjid Alor Teratai, Kuala Besut.
Memandangkan songkok tinggi Pak Ngah, nampak gaya macam pengikut setia UMNO.
Mungkinkah ini petanda golongan senior citizen merajuk dengan UMNO dan menyisihkan diri daripada UMNO.
Kalau benar, susahlah UMNO dalam PRK 036 KT nanti.
A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 39
...............continued from part 38
Betrayal of Islam by the Nationalists: Pakistan
Wednesday, December 24, 2008
KENAPA RACIST MELAKA TERLALU TEGAR?
Kenapa racist tegar di Melaka ni macam tu?
Terlebih belacan ke?
Atau terlebih cencaluk?
Nanti kalau ada jembatan ke Sumatra, berselirat dengan sepanduk kurang hajar mereka.
Atau dah terhidu nyawa politik semakin sampai ke penghujung?
SELAMAT DATANG DATO' ABU ZAHAR HASHIM
RENTETAN UMRAH: PENGALAMAN MAHAL
Selesai mengerjakan satu siri umrah, saya terasa sangat untuk ke kaabah dan memeluknya. Maka saya pun pergi kepadanya, dan apabila dapat peluang, saya pun mendepangkan kedua tangan lalu mendakap kaabah.
Sebaik sahaja saya melekapkan diri pada batu kaabah tersebut, saya terasa kaabah itu berdenyut, seperti denyutan jantung. Batu itu hidup. Batu itu bernadi. Ia bernadi dengan nadi seperti nadi manusia, dup, dup, dup, dup.......
Pada ketika itu air mata saya jatuh berderai tanpa henti, dan secara sepontan saya mengakui akan keagungan dan kekuasaan Allah. Dan saya mengadu dan memberi tahu Allah betapa kerdilnya saya dan betapa banyaknya dosa yang telah dibuat.
Saya terus melekap pada batu kaabah itu sambil menangis dan berdoa dan batu itu terus dup, dup, dup, dup......... Saya biarkan keadaan itu berterusan, saya rasa lama. Lebih daripada 5 minit.
Setelah saya rasa puas, maka saya lepaskan lekapan saya. Lepas itu saya melekapkan lagi dada saya ke batu kaabah, tetapi kali ini batu itu tidak punyai apa apa reaksi. Ia tetap batu.
Esoknya, setelah selesai satu sesi umrah lagi, saya ingin uji, adakah perkara yang berlaku semalam boleh berlaku hari ini. Saya pun melekapkan dada saya ke batu kaabah tersebut. Tiada apa apa kelainan. Batu itu adalah batu yang tidak memberi apa apa kesan.
Saya tahu sekarang.Kaabah itu adalah makhluk Allah.
Ia hidup!
Tuesday, December 23, 2008
DAH TAU SIAPA CALON PAS PRK 036 KT
Sah, dah tau siapa calon PAS dalam PRK 036 KT!
Tapi, don't jump the gun, hamirdin!
NOBISHA PERCAYA IBRAHIM ALI: APT
Ibrahim Ali tidak pun pergi KT. Nobisha pun tak pergi KT.Tapi mereka buat tekaan.
Saya hubungi ground truthing agen saya untuk mendapatkan maklumat yang terkini di Kuala Terenganu dan menilai pendapat Ibrahim Ali ni.
Beliau melaporkan: Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak merupakan calon yang disukai oleh pengundi Kuala Terengganu, kalau di banding dengan almarhum. Saya tanya kenapa?
Sebabnya ialah almarhum semasa diangkat menjadi calon tahun 2004 dipersepsi sebagai calon bersih dan tidak tercemar dengan dengan pekung politik. Dan persepsi tersebut kekal hingga 2008.
Calon yang dikemukakan sekarang oleh UMNO telah sedia ada pekung politik pada dirinya. Itulah persepsi pengundi pada beliau hari ini. Pengundi UMNo pun tidak suka, atas pagar pun tidak suka, pengundi PAS memanglah tak suka.
Agen melaporkan lagi: pengundi sedang tunggu siapakah calon PAS. Kalau sekiranya calon yang dikemukakan oleh PAS dipersepsikan boleh diterima oleh majoriti pengundi KT, PAS boleh menang besar.
Agen melaporkan lagi: Rumah rumah rumah sedang disewa secara bayar sebulan penuh oleh gerombolan BN. Satu rumah 3 bilik disewa RM8,000.00. Projek projek segera telah pun turun dari langit dan sedang rancak dijalankan.
Untuk bacaan pada hari ini, BN belum boleh dakwa akan menang!
[apt tu maknanya:kenalah pada tempatnya]
Monday, December 22, 2008
FULUSCRAZE LEBIH BAHAYA , TUAN
a
Tetapi sekiranya mereka yang berpelajaran, berkedudukan tinggi, memegang jawatan tinggi serta mempunyai semua tinggi, tidak memahami, atau tidak mahu memahami, atau tidak kisah untuk memahami erti sebenar demokrasi, maka ia sangat memalukan.
Apabila negara itu telah setuju untuk memilih demokrasi sebagai sistem hidupnya, maka ciri ciri demokrasi itu hendaklah dihormati dan dirai. Salah satu cirinya ialah meraikan perbezaan pendapat.
Sekiranya ada pihak yang nak buat demonstrasi, mengapa tidak dirai? berikan permit, berikan syarat, dan tentukan laluan mereka untuk berarak.Kalau mereka engkar, barulah dikenakan tindakan yang berpadanan.
Tidak timbul nak buat pemberontakan. Semua warga negara inginkan kedamaian. Hanya mereka yang termasuk dalam definisi Marx yang mengamalkan legalized voilence sahaja yang tidak punyai toleran terhadap perbezaan pandangan ini.
Hanya beberapa instrument negara sahaja yang mengamalkan apa yang disebutkan Marx tersebut.
Tahu yang mana satu?
Sunday, December 21, 2008
PAS NEEDS A FOOL-PROOF STRATEGY
The P036 KT by-election is unfolding thread by thread. Now that UMNO has named its candidate, and there a good chance that the election will be contested by many candidates, it seems that UMNO has anticipated the margin it will garner should it won the election.
UMNO knew that the margin that separates the winner from the loser will be very thin, and they are arming themsleves with the necessary weaponary.
Therefore PAS has no room for error. This is not the time for PAS to indulge in some experiments and to field some untested minnows.
PAS has to win big. PAS has to pull big. PAS needs a candidate that can pull big chuncks of votes.
BACAAN POLITIK UMNO BETUL, setakat ini
Sekiranya benar nanti akan berlaku pertandingan lebih daripada 2 penjuru, samada 3, 4, atau 5 penjuru, ini juga menunjukkan UMNO membaca suasana politik dengan betul dan sedang membuat persiapan yang betul untuk menang.
Lebih ramai calon yang bertanding, lebih cerah peluang UMNO untuk menang.
Saya percaya PAS pun membaca bacaan UMNO ini.
Saturday, December 20, 2008
SOKONG BAKAL PENGANTIN PERLU UJI HIV
Untuk kesejahteraan semua!
UPDATE PRK 036 KT
Selagi kau tak kena tangkap, bebas le.
PARA PELAJAR BANGKIT AKTIF DI ALAM BLOG
Yang menggembirakan ialah penyertaan para pelajar.
Dan juga para guru.
Terima kasih kepada Hasbullah Pit yang telah sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau.
Terima kasih kepada YB Dr. Che Rosli Che Mat, ahli parlimen Hulu Langat yang telah merasmikan majlis.
Terima kasih kepada Al Brangi yang mempengerusikan majlis.
Di masa akan datang, kita bertemu lagi, inysaallah.
Friday, December 19, 2008
SOALAN UNTUK JAGOAN KETUANAN MELAYU
Kepada semua pejuang ketuanan Melayu. Cuba jawab, peta apa yang ditunjukkan diatas?
GEMPAR!SERBAN MEMBIAK!
Thursday, December 18, 2008
KAMPUNG CINA: YOU WIN THE BATTLE, YOU WIN THE WAR
Dalam suasana PRK 036 KT, rekod menunjukkan Parlimen Kuala Terengganu telah di menangi oleh beberapa parti sebelum ini:
Tahun Parti Majoriti
1986 BN 3324
1990 S46 1880
1995 BN 4852
1999 PAS 14488
2004 BN 1933
2008 BN 628
Kalau anda perhatikan, sejak BN memenangi kerusi ini dalam tahun 2004, trend undinya semakin menurun.
DUN Bandar di Kuala Terengganu Toh Chin Yaw telah memenangi DUN ini dalam tahun 2004 dengan majoriti 1,612 dan dalam tahun 2008 majoriti beliau menurun kepada 1,142.
Peti Undi 2004 2008
Tok Ku 46 37
Cabang Tiga -257 37
Hiliran Masjid -657 -10
Lorong Masjid -79 0
Pulau Kambing 1251 -81
Kampung Cina 150 -217
Pejabat Bandaran 1047 142
Paya Bunga 232 -32
Pantai Terengganu 704 -1
Undi Pos -176 4
Jumlah 1991 -405
Peti Undi 2004 2008 %Cina
Pulau Kambing 1251 -81 40.8
Kampung Cina 150 -217 83.6
Pejabat Bandaran 1047 -142 69.2
Paya Bunga 232 -32 49.7
Sekiranya prestasi PAS di tiga DUN lagi dapat dikekalkan, maka pertarungan sebenarnya ialah di empat peti undi yang majoritinya pengundi Cina, dan Kampung Cinalah yang mempunyai pengundi Cina yang paling ramai.
Kalau PAS boleh memenangi Kampung Cina, PAS boleh memenangi P036
SEMINAR BLOGGERS 20 DEC 2008
Sekali lagi saya jemput semua bloggers, blogawan, blogawati, blogputra dan blogputri datang ke seminar yang kami anjurkan.
Anda UMNO, PAS, BN, PR tiada parti, tiada pendirian, ada pendirian tapi tiada parti dan semua yang berminat, dijemput.
Suasana: Santai Sentiasa
Tarikh : 20 Disember 2008 (Sabtu)
Tempat: Bilik Seminar, Masjid Jamek Hasanah,Bandar Baru Bangi, Selangor
Cara nak sampai: (kalau reti baca peta, rujuk peta)
1.Ikut lebuhraya PLUS, masuk tol UKM
2. Bayau tol.
3. Jumpa roundabout pertama, lencung jam 9:00
4. Jumpa traffic light 1, 2, 3 :traffic light kat Warta tak kira
5. Pada traffic ke 3, belok kiri.
6. Nampak dah masjid.
7.Parkir kereta
8. Cari Dewan Seminar masjid.
ATURCARA
8.00 pagi :Pendaftaran :yang jaga: Sdr. Md. Nor, Azlan dan Hj.Amir
8:20 Pembukaan- Master of Ceremony: Al Brangi
8:25 Perasmian [YB Dr. Che Rosli Che Mat; ahli parlimen Hulu Langat]
8:35 Sesi 1 [Prof. Dr. Hamirdin Ithnin]
Tajuk: Menajamkan Idea Anda
1. Bagaimana nak dapat idea. 2. Bagaimana nak tulis. 3.Etika menulis blog 4. Apa yang hendak ditulis
Q&A
9:30 Relaks-
9:35 Sesi 2 [Hasbullah Pit]
Tajuk: RSS dan Aliran Maklumat Blog Tempatan
Q&A
10:35 rehat & minum & berkenalan :Nasi lemak dan teh tarik
11:00 Sesi 3. Taaruf bagi semua bloggers
Perkenalkan diri, perkenalkan blog anda, bertanya khabar, sesi bergambar
11:30 Sesi 4 Sidang Pleno -Pengerusi Al Brangi
Tiga ahli panel, dipilih pada hari tersebut dikalangan anda yang hadhir
seorang ahli panel berucap 10 minit
Selesai ketiga tiga berucap, sesi diskusi
12:55 Resolusi
1:00 Penutup : tentatif: YB Dr. Shafie Abuk Bakar ADUN Serdang
dan Tamat
Solat Zuhur.
Restoren ada banyak. Pilih saja lah. Lepas makan, bayau.
MISKIN PUN TAK APA, ASALKAN.....
2. Dari royalti jadi wang ehsan kemudian jadi royalti kembali.
3. Duit banyak, cari jalan masukkan dalam poket sendiri. Kalau tak licik dikejar BPR.
4. Kejar aje.
5. Kalau tak pakai Merc, itu bukan ameno teganu namanya.
6. Mat Said kata dalam 3 tahun lepas RM 80 juta hangus.
7. Golden Pharos Sdn Bhd (kalau terjemah namanya jadi Firaun Emas Sdn Bhd) rugi kata Mat Said
8. Syarikat Percetakan Islam Terengganu; rugi kata Mat Said
9. Permint-Suterasemai Sdn Bhd; rugi kata Mat Said
10. Baru ni dapat RM 406 juta
11. Nanti dapat RM 10 billion atau RM 10,000,000,000.00
12. Berapa banyak sifar daaa.
13. Harap rakyat marhein Terengganu tidak dapat sifarnya saja
14. Sebab bila mulut terlopong, ia membentuk sifar.
15. Kan dulu dah dapat royalti.
16. Kenapa rakyat Terengganu miskin lagi?
17. Dari 1978 hingga Februari 2000, Teganu dapat royalti RM 7 bilion, atau RM 7,000,000,000.00
18. Tetapi team W Moktar tinggalkan hutang RM 700,000,000.00
19. Macam mana duit lesap?
20. Senang je. Tubuh anak syarikat. Lepas gasaklah bajet kat situ
21. Buat bangunan mahal mahal 1.Muzium Negeri 2.mahkamah syariah KT 3.Perpustakaan Negeri Terengganu 4. Pejabat Daerah Kuala Terengganu 5. Bangunan Darul Iman
22. Dalam tenure Idris Jusuh 1. Masjid Kristal 2. Monsoon Cup 3. kau cari sendiri yg lain
23. Hingga 1998, Perwaja rugi RM 3,500,000,000.00
24. Kerajaan Negeri Terengganu punyai 19% saham. Rugi sebanyak RM 671,545,880.00 --sikit aje.
25. Senarainya panjang lah. Orang Teganu tahu lah sendiri. Ada banyak lagi kalau nak tulis. Nanti kau orang tak larat baca.
26. Rakyat Teganu tak mengeluh pun.
27. Kekal dalam kemiskinan pun tak apa.
28. Harga barang di Terengganu mahal pun tak apa.
29. Mundur dari segi tamadun pun tak apa.
30. Asalkan UMNO perintah.
Wednesday, December 17, 2008
SANTUN IS THE KEY
Terengganu folks may be a little rough at times, but if PAS workers can maintain their santun throughout the campaigns, they can pull it through.
Aggressive and unethical campaigning may spell disaster. For all parties.
Tuesday, December 16, 2008
KENAPA PERLU TAKUT TAKUTKAN RAKYAT?
Ini semua nak kena baling dengan kasut ni.
INTERNET EXPLORER ADA SECURITY BREACH?
MUSYKIL MENGENAI P.A.S.T.I. TERENGGANU
Mula 8:20 pg Akhir 11:35 pg Hari Isnin-Khamis
8:20 pg 11:05 pg Jumaat
Mula 6:30 pg Akhir 6:00 ptg
A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 38
...............continued from part 37
Betrayal of Islam by the Nationalists: Pakistan
Monday, December 15, 2008
KENAPA BUKIT ANTARABANGSA RUNTUH, BUKIT PANTAI TIDAK?
Siapa dapat jawab!
Kenapa Bukit Antarabangsa runtuh, sedangkan Bukit Pantai dekat Restoran Amjal, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur tidak runtuh?
Siapa beri jawapan yang betul nanti aku belanja kat Restoran Amjal.
Sunday, December 14, 2008
UMNO ULANGI STAIL TUN GHAFFAR
GEMPAR! REKOD DUNIA AKAN DICIPTA DI PRK KT
MENGANGKAT CAMERON HIGHLANDS KE TARAF DUNIA
Mencari tempat buang air atau toilet juga sama seperti tempat tempat lain di Malaysia. Sekiranya toilet berbayar yang diusahakan oleh pihak perendirian, keadaanya boleh tahan, walaupun ada juga yang tidak memuaskan, tetapi kalau yang dikorporatkan oleh pihak PBT, memang tidak memuaskan langsung.
Bilakah pihak berkuasa tempatan ingin menaikkan taraf Cameron Highlands ini kepada taraf dunia. Adakah mereka telah puas hati dengan pencapaian pusat peranginan ini yang masih lagi bertaraf kekampungan? Sedangkan ia berpotensi untuk menjaguhi dunia?
Saturday, December 13, 2008
KALAU TEMPAT LAIN PULA RUNTUH?
UPDATE (3) PRK KT: UMNO TIADA MODAL BESAR
Friday, December 12, 2008
UPDATE (2) PRK KT
Pada penilaian saya calon untuk PRK KT tinggal dua orang sahaja untuk bertarung.
1. Mustapaha Ali- out, takkan pj nak promosi diri sendiri. Lagi pun recently dah beberapa kali fumble
2. Wan Mutalib Embong - out, krisma tiada untuk meraih kemenangan
3. Khazani -out, langsung tak layak
yang tinggal
(a) Mat Sabu (b) Dr. Syed Azman
Pendapat anda?
CAMERON HIGHLAND SEMAKIN SEJUK?
Tanah runtuh memang banyak berlaku di Cameron Highlands, asalkan tidak melibatkan kehilangan nyawa, orang boleh cover sikit. pembangunan di lereng bukit terus menerus dilakukan dengan giat. Maklumlah, fulus be!
Kau agak agak siapakah raja di Cameron Highlands?
Kawan tu kot?
KEPADA SELURUH PELAJAR IPT; KAU DIHINA
Thursday, December 11, 2008
MACHIAVELLI TEGAR
SEKARANG DAH ROYALTI PULAK DAH
Wednesday, December 10, 2008
P36. ARAHAN 1
Kepada semua orang PAS.
Korang semua pergi ke P36.
Buat ground truthing.
Pastu tulis dalam blog masing masing apa penilaian korang.
PAS boleh menang ke tidak.
Sekarang juga buat!
IKLIM. ORANG MALAYSIA, HORMATLAH DIA SIKIT!
Luluhawa ni dia hancurkan batu macam gambar atas tu, jadi macam ni.
Bila dah jadi macam ni, namanya regolith. Tanih pun boleh juga lah.
Tapi regolith atau tanih ni tidak kukuh duduknya. Sebab dia dah peroi. Kalau kat lereng bukit lagi le tak kukuh. Jadi Allah sediakan pokok untuk pegang dia supaya jangan gerak. Pernah tengok pokok? kalau nak tahu, macam ni: panggil tumbuhan pun juga boleh lah.
Kat lereng bukit, pokok tu cengkam regolit tu. tak de le dia runtuh. Kalau dia runtuh juga, walaupun ada pokok, berlaku, tapi jarang jarang. Pokok juga tahan air hujan supaya lambat sampai ke tanih, dan dalam kuantiti yang sedikit. Dia halang banjir, dia halang tanah runtuh. Bila kau gondolkan bukit daripada tumbuhan, proses asli kau dah kacau.
Iklim akan terus bertindak. Ada masa hujan lebat, ada masa hujan renyai. Bila kombinasi faktor cukup, lereng yang gondol boleh terkucil.Kau rasa, kalau iklim marah, kondo macam ni berapa tahun lagi boleh bertahan?
DI BUKIT, RUNTUH; DI LEMBAH, BANJIR
begitulah negara ku yang diperintah BN.
Buat rumah di atas bukit. Bukit runtuh.
Buat rumah di lembah. Banjir seluruh.
Ada rumah pangsa. Lift rosak.
Ada rumah teres. Sampah peghak. Bising pekak.
Yang bijak si almarhum Datuk Z
Istana siap. langssung zzzzzzzzzzzz